7 Pengajaran daripada Harry Potter Anda Dapat Aplikasikan dalam Pejabat | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

26 Jun 2020 merupakan penanda ulang tahun ke 23 cetakan pertama buku Harry Potter. Dalam tempoh dua dekad semenjak terbitan pertama, siri ini telah menjadi satu anjakan budaya untuk berjuta-juta peminat di seluruh dunia. Sebagaimana cerita-cerita lain yang terkandung banyak pengajaran didalamnya, siri cerita Harry Potter mengfokuskan pada perjuangan kebaikan melawan kejahatan.

Demikian itu, setelah memperuntukkan masa menelaah lebih satu juta patah perkataan, terdapat lebih banyak pengajaran penting yang dapat dimanfaatkan daripada Harry Potter bukan sekadar “kebaikan mengatasi kejahatan”. Terdapat 7 tips disini yang diambil daripada siri Harry Potter yang tuan dapat aplikasikan di tempat kerja tuan.

1) Bantu Rakan Kerja Tuan

Tunjang persahabatn dalam siri ini adalah diantara tiga sekawan: Harry, Ron dan Hermione. Namun, sejak awal cerita buku pertama, Hermione merupakan orang luar daripada kumpulan. Pada awalnya Harry dan Ron mendapati Hermione suka memberi arahan dan bangga dengan diri sendiri. Namun begitu apabila nyawa Hermione berada dalam keadaan terancam, mereka akan lekas memberi beliau bantuan.

“Terdapat beberapa perkara yang anda tidak dapat borkongsi sebelum menyukai seseorang itu terlebih dahulu, dan mengalahkan 12 kaki gergasi merupakan salah satu daripadanya”- JK Rowling.

Mudah-mudahan tidak terdapat situasi genting hidup dan mati terjad dalam pejabat tuan. Walaubagaimanapun, terdapat banyak manfaat yang boleh didapati dengan membantu rakan kerja yang berada dalam kesusahan. Tuan mungkin mendapat kawan baru, atau paling kurangnya mendapat satu atau dua sahabat setia.

2) Elakkan Daripada Mencuri Kredit Kejayaan Orang Lain 

Dalam buku siri kedua, kita diperkenalkan dengan karakter Gilderoy Lockhart, seorang ahli sihir yang mendapat kemasyhuran dengan mencuri kredit orang lain. Walaubagaimanapun, kisah Lockhart harus dijadikan sebagai peringatan, setelah beliau mengakhiri kisah beliau dalam buku ini dengan hilang daya ingatan dan tidak mempunyai idea tentang diri sendiri dana pa yang telah beliau lakukan. Tidak ada kebaikan yang diperolehi dengan usaha mencuri kredit untuk kerja yang telah dilakukan orang lain. Ianya meruakan sikap yang akan memakan diri sendiri.

3) Berfikiran Terbuka dan Elak Menghakimi Sesuatu Dengan Berat Sebelah

Prisoner of Azkaban memperkenalkan kali pertama watak Remus Lupin kepada pembaca. Seorang yang baik hati, cerdik dan merupakan rakan sekelas ibu bapa Harry, yang pada awal lagi mula memikul peranan sebagai ayah angkat Harry. Namun di akhir penceritaan buku tersebut, mendedahkan bahawa beliau sebenarnya adalah seekor serigala jadian. Ini mengakibatkan beliau terpaksa dihentikan kerja sebagai pengajar meskipun seorang profesor yang cemerlang dan mengambil berat.

Kisah Remus Lupin merupakan pengajaran tentang peringatan terhadap prejudis dan kejahilan. Samada tuan berada daam posisi untuk membuat pilihan pengambilan pekerja, atau sekadar berinteraksi dengan rakan sekerja adalah penting untuk tidak membenarkan sikap prasangka mempengaruhi penilaian awal tuan.

4) Jangan Segan Untuk Menerima Pertolongan

Semasa era pertandingan Triwizard dalam siri The Goblet of Fire, Harry menjadi harapan untuk menggalas tiga misi maut dan berbahaya. Beliau mungkin tidak dapat melengkapkan pertandingan tanpa bantuan Hermione, Hagrid, Doby dan ramai lagi yang membantu beliau sepanjang perjalanan. Ianya penting untuk memahami bahawa tidak ada masalah untuk meminta bantuan apabila tuan memerlukannya. Jangan biarkan keegoan menghalang tuan daripada mendapatkan bantuan yang tuan perlukan untuk berjaya.

5) Kadang kala Tuan Perlu Memikul Sendiri Peranan Tanggungjawab

Buku siri ke-5 memperkenalkan kita kepada watak Dolores Umbridge, seorang pensyarah yang sengaja menghalang pelajar daripada mempelajari ilmu mempertahankan diri mengunakan magik. Kecewa dengan arahan yang tidak berunsur baik itu, Harry dan rakan-rakan beliau menggalas sendiri tugasan pembelajaran mereka.

Sering kali dalam persekitaran pekerjaan, projek boleh menjadi tidak teratur di awalnya kerana kelemahan kepimpinan dalam pasukan. Jangan takut untuk menggalas peranan itu sendiri. Jika tuan kecewa dengan arah tuju atau tahap motivasi dalam projek yang tuan sedang usahakan, cuba ambil peranan yang lebih aktif dalam proses membuat keputusan.

6) Networking Memainkan Faktor Penting Dalam Kejayaan

Salah satu nasihat yang paling pratikal dalam kehidupan sebenar yang diambil daripada buku siri -6 Harry Potter adalah kepentingan mengenal pasti orang yang betul apabila memulakan kerjaya. Profesor Slughorn merupakan yang cemerlang dalam memilih ahli pasukan yang dibina untuk kejayaan, dan memberikan connection yang mereka perlukan untuk langkah permulaan kehadapan. Mencari kenalan seperti Slughorn adalah sangat berharga semasa tuan sedang memajukan diri dalam bidang pilihan tuan. Walaupun ianya bukan lah semudah itu untuk membuat kenalan baru, majlis networking atau perjumaan syarikat merupakan tempat yang terbaik untuk membina kenalan.

Salah satu nasihat yang paling pratikal dalam kehidupan sebenar yang diambil daripada buku siri -6 Harry Potter adalah kepentingan mengenal pasti orang yang betul apabila memulakan kerjaya. Profesor Slughorn merupakan yang cemerlang dalam memilih ahli pasukan yang dibina untuk kejayaan, dan memberikan connection yang mereka perlukan untuk langkah permulaan kehadapan. Mencari kenalan seperti Slughorn adalah sangat berharga semasa tuan sedang memajukan diri dalam bidang pilihan tuan. Walaupun ianya bukan lah semudah itu untuk membuat kenalan baru, majlis networking atau perjumaan syarikat merupakan tempat yang terbaik untuk membina kenalan.

7) Sentiasa Bersedia Untuk Menghadapi Situasi Terburuk

Walaupun ianya kedengaran seperti agak pesimis, namun sentiasa bersedia dalam apa juga kemungkinan merupakan langkah yang terbaik. Hermione menunjukkan contoh dalam siri terakhir buku ini dengan menyiapkan semua bekalan persiapan yang beliau fikirkan berguna untuk mereka semasa perjalanan misi mereka. Tiba masanya, apabila mereka dalam keadaan mendesak untuk melarikan diri, semua alat-alat persiapan yang mereka perlukan ada dalam simpanan beg tangan ajaib beliau.

Dalam perspektif kehidupan sebenar, ianya merupakan idea yang bagus untuk membuat persiapan rapi sebaik mungkin untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang mendatang. Ianya semudah menyimpan salinan file computer dari masa ke semasa untuk mengurangkan risiko kehilangan data atau ganguan dalam sistem baru dalam kes yang rumit. Rancang kehadapan dapat menyelamatkan tuan pada kemudian hari.

Apakah Pengajaran Yang Tuan Dapati Dari Harry Potter?

*Kesemua karakter Harry Potter dan gambar dimiliki oleh @ Warner Bros. Entertainment Inc.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA