7 Latihan Team Building Hari Bekerja Kakitangan Anda Jatuh Cinta

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Apabila kembali kepada cabaran menjalankan bisnes, menguruskan staf tuan boleh menjadi salah satu cabaran terbesar tuan. Sebagai pemilik/pengurus, tuan perlu sentiasa menjaga kebajikan dan keperluan staf dalam masa yang sama menuntut yang terbaik daripada mereka.Salah satu faktor menjadi seorang majikan yang berjaya bergantung pada kebolehan tuan untuk memimpin. Inilah sebab mengapa setiap pengurus dan pemilik bisnes harus mempertimbangkan aktiviti latihan team building yang membina.

Perlukan lebih inspirasi?

1. Tidak perlu tunggu sehingga Hari Cuti Perayaan khusus untuk menyumbang!

Samada tuan dan pasukan tuan meraikan hari perayaan Krismas, Aidil Adha, Aidilfitri, Deepavali , tahun baru cina atau apa-apa “cuti umum” secara umum, semua orang boleh memupuk sifat memberi dan terus menyumbang. Melibatkan diri dalam kerja amal tidak terhad kepada cuti Hari Raya Adha atau bulan Ramadhan contohnya, malah sifat terpuji ini harus digalakkan sepanjang hari dalam setahun! Tuan boleh mengusulkan mesyuarat dan menggalakkan semua orang untuk melibatkan diri menyumbangkan idea terbaik mereka berkenaan instutusi atau golongan sasaran manakah yang difikirkan memerlukan sumbangan dan apa perlu dilakukan untuk memulakan kempen kesedaran untuk menjayakannya.

Sebagai contoh, tuan boleh melibatkan diri dalam program Kembali Ke Sekolah dimana kempen kesedarannya untuk menggalakkan orang ramai dan juga badan institusi kerajaan dan korporat untuk memberi sumbangan bagi menyediakan keperluan asas sekolah seperti beg sekolah, baju sekolah, alatan tulis, kasut dengan mensasarkan golongan susah, anak yatim atau golongan-golongan lain secara umum.

Dalam majlis ini, pasukan tuan bekerja sama secara lansung membantu untuk berkempen, mengumpul, dan mengagihkan barang-barang keperluan yang hendak didermakan.

Sebahagian pelanggan Cherating Lagoona Villa Resort terdiri daripada badan syarikat korporat dan kerajaan yang banyak aktif melibatkan diri dalam kempen seperti ini dengan meyumbangkan derma selain keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula, pakaiaan, makanan, dan  banyak lagi kepada sekolah, badan pertubuhan kebajikan, pusat zakat dan banyak lagi.

Alternatif lain, tuan memulakan kempen atau acara khusus untuk kesemua staf membantu untuk mengutip derma untuk tujuan kerja amal.

2. Cabaran “Satu Minit Untuk Menang”

Untuk cabaran yang lebih menyeronokkan untuk aktiviti latihan team building boleh dilakukan pada hari bekerja ialah tuan boleh menjadi tuan rumah kepada acara untuk staf dan kemungkinan disertai keluarga mereka juga berdasarkan permainan popular rancangan Satu Minit Untuk Menang. Dalam rancangan permainan ini, para peserta ditugaskan untuk melengkapkan beberapa cabaran bawah masa 60 saat.

Tuan boleh menganjurkan cabaran yang seakan sama  di dalam pejabat. Samada disesuaikan dengan kemahuan tuan atau cabaran permainan yang bersifat individu dan tugasan kumpulan seperti:

  • Permaian Menembak Gelang Getah – Para peseta menembak mengunakan gelang getah di beberapa target yang ditetapkan sekitar pejabat.
  • Permainan Biskut Atas Muka– Setiap peserta perlu untuk mengalihkan biskut di atas dahi mereka ke dalam mulut tanpa menggunakan tangan mereka.
  • Junk in the Trunk – sebuah kotak tisu didalamnya dipenuhi bola ping pong dimatikan di pinggang peserta, mereka perlu mengeluarkan bola ping pong tersebut sebanyak yang mungkin mengunakan hanya pergerakan badan.
  • Melambung Klip Kertas – peserta melambuang klip kertas dalam satu satu masa ke dalam sebuah cawan pada jarak-jarak yang berbeza.

3. Meditasi Kumpulan

Idea yang lebih santai untuk latihan team building hari kerja adalah melibatkan pasukan tuan dengan kelas meditasi di kawasan setempat. Walaupun meditasi sering kali dikaitkan dengan agama budha atau hindu, ianya mengambil bahagian di kebanyakkan agama, termasuklah di praktiskan untuk tujuan yang tiada kaitan dengan keagamaan. Ianya merupakan aktiviti yang sangat selamat dan tidak memerlukan pergerakan yang banyak. Meditasi juga dikatakan mempunyai banyak manfaat-manfaat saintifik.

Manfaat meditasi ini antara yang lainnya termasuklah aktiviti yang mengurangkan tekanan stres dan kegusaran, membantu mengurangkan sebarang jenis ketagihan yang negatif, melatih kesedaran diri, dan terbukti menjadi inspirasi untuk melakukan lebih banyak kebaikan bagi individu yang mengamalkanya.

4. Tubuh Pasukan Penganjur Untuk Acara Lelongan

Satu lagi aktiviti latihan team building hari bekerja yang menarik dan cara untuk mengumpul derma melalui acara lelongan. Walau bagaimanapun, untuk mendorong penglibatan staf kita mengesyorkan untuk menggalakkan mereka untuk merancang pelan sebagai sebuah pasukan.

Mereka akan membuat keputusan di mana lokasi acara majlis bakal berlansung, tetamu jemputan (orang bisnes, artis, dll), dan jenis suasana persekitaran yang mahu dicipta. Ia boleh jadi majlis mengenakan tie hitam dalam perjumpaan yang tidak formal. Staf tuan juga boleh menawarkan barangan peribadi untuk lelongan atau menyumbangkan tenaga untuk menjayakan acara lelongan tersebut.

5. Kelas Memasak

Kebanyakkan orang tidak mengetahui bertapa mereka berasa seronok memasak hinggalah mereka mencubanya. Menawarkan kelas memasak untuk latihan team building hari cuti umum mungkin salah satu cara terbaik untuk mengerakkan pasukan dan memberi pembelajaran dan pengalaman berharga.

Walaubagaimanapun ianya tidak harus berhenti disitu. Tuan juga boleh melibatkan staf dalam kelas masakan amal. Dalam senario ini, tuan dan staf tuan akan menghadiri kelas masakan, makan apa yang tuan telah masak dan kongsi dan agihkan makanan tersebut bersama jiran sekitar pejabat, kawasan perumahan, peminta sedekah, pusat kebajikan dan lain lain lagi.

Apakah cara yang lebih baik untuk meluangkan masa dengan membina pasukan yang lebih kukuh sambil menikmati makanan yang sedap dalam masa yang sama membantu golongan yang memerlukan?

6. Mencipta Kempen Pemasaran Secara In-House

Jika tuan terlibat dalam bisnes untuk beberapa tempoh masa, tuan akan dapati salah satu aspek cabaran terbesar adalah untuk mencipta atau membawa masuk pelanggan. Mecipta kempen pemasaran berkesan boleh menjadi sangat menyakitkan bagi sesetengah pemilik bisnes. Ia boleh mengambil masa beberapa bula atau tahun untuk mencipta dan mendatangkan strategi pemasaran yang betul.

Walaubagaimanapun, ia juga boleh menjadi aktiviti latihan team building hari bekerja yang hebat untuk mengumpulkan staf bersama dan mempamerkan sudut kretiviti mereka. Dalam masa yang sama juga dapat mengenalpasti beberapa ahli pasukan yang berbakat di kalangan pasukan tuan yang mempunyai kebolehan memberi memberi sumbangan idea kepada usaha kempen pemasaran tuan.

Bahagikan staf tuan kepada beberapa pasukan atau dapatkan mereka untuk bekerjasama untuk mencipta beberapa kempen marketing dan iklan. Tuan boleh memberi cabaran yang spesifik atau terbuka terpulang pada bagaimana tuan mahu arahkan.

7. Rancangan Persembahan Bakat Dalam Suasana Santai Tanpa Bersaing

Akhirnya, pemimpin yang baik mendorong kretiviti  dalam suasana pejabat dan dikalangan staf beliau.

Apabila staf diberi kebebasan untuk berkreatif dan bebas berfikir untuk menyelesaikan masalah, ia membuka kepada corong dunia baru yang penuh kemungkinan dalam suasana positif untuk mendorong kemampuan sebenar atau bakat terpendam mereka.

Kaedah yang mendorong dan efektif untuk menggalakkan kretiviti staf adalah dengan menganjurkan pesembahan ujian bakat di hadapan semua orang termasuk keluarga mereka sendiri. Ini seharunya dijalankan dalam suasana tiada persaingan dimana staf akan mempersembahkan bakat mereka dalam bidang musik, lakonan, seni, dan kemampuan fisikal, dll.

Menyedari tuan tidak dapat memaksa semua orang untuk mengambil bahagian, tuan harus mendorong dan maklumkan bahawa ini adalah peluang untuk semua orang melihat dari sudut sisi berbeza rakan sekerja mereka dan matlamat tertinggi untuk menguatkan dan mengekalkan jalinan ukhwah yang telah dibina.

Sedang Mencari Aktiviti Latihan Team Building Pada Hari Bekerja?

Jika tuan sedang merancang aktiviti yang dapat dipraktiskan pada hari bekerja atau apa apa sahaja jenis acara yang dirancang masa hadapan, tuan boleh lihat 9 program aktiviti Team Building Terbaik tahun 2020 kami.

Kami, Cherating Lagoona Villa Resort merupakan pakar dalam acara team building outdoor.

Hubungi kami hari ini untuk lihat apa yang kami boleh bantu tuan dan staf tuan!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA