Pertandingan Sukan Olimpik 2018 sedang menghampiri kita! Acara sukan antarabangsa ini telah diperkenalkan atas nama perpaduan dan merupakan sebuah acara pertandingan antarabangsa melalui nilai semangat persahabatan yang disertasi oleh negara-negara di dalam dunia. Kami di Lagoona Resort Cherating berpegang kuat pada keyakinan bahawa pertandingan melalui semangat persahabatan adalah asas pada pembinaan pasukan yang cemerlang! Sekiranya tuan juga ingin mengambil kesempatan dengan memanfaatkan bahang suasana semangat sukan olimpik yang bakal berlangsung tidak lama lagi di pejabat tuan, kami juga amat berbesar hati untuk membantu tuan! Tidak pasti bagaimana hendak bermula? Jangan risau teruskan pembacaan ini sampai habis.
Setelah tuan sudah mendapatkan bayangan susun atur rancangan permainannya, kami mempunyai beberapa tip dan panduan bagi memastikan Hari Sukan Olimpik tuan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang!
1. Lokasi, Lokasi, Lokasi

Lokasi yang sesuai adalah kunci utama! Pastikan tuan memilih kawasan yang sesuai bagi menjayakan Hari Olimpik Pejabat tuan. Walaupun acara seperti ini mungkin sangat sesuai sekali dianjurkan di dalam pejabat tuan sahaja, adalah sangat penting untuk memastikan tiada alatan elektronik atau barangan yang mudah rosak dan penting diletakkan terlalu berhampiran. Pertimbangkan pilihan yang lebih baik contohnya mengalihkan meja perabot pejabat di luar bilik tersebut untuk tempoh separuh hari sahaja. Sekiranya tuan mempunyai akses kemudahan di kawasan terbuka contohnya seperti di kawasan taman atau tempat letak kereta, tuan juga boleh mengadakan aktiviti seperti ini di luar kawasan pejabat!
2. Dapatkan Maklumat Tentang Ramalan Cuaca!
Di kampung halaman kami Kuantan, Pahang, keadaan cuaca sangat tidak menentu. Sekiranya tuan membuat keputusan untuk menganjurkan Pertandingan Olimpik Pejabat tuan di luar pejabat, sentiasa semak maklumat ramalan cuaca sebelum tarikh yang dirancang dan sediakan lokasi alternatif andaikata cuaca bertukar hujan. Dan sekiranya hari tersebut diramalkan cerah dan panas, pastikan semua orang menggunakan krim pelindung cahaya matahari! Kesan pendedahan pada cahaya matahari adalah perkara yang tuan perlu elakkan semasa hari acara tersebut.
3. Manfaatkan Alatan Musik
Persekitan pasti menjadi lebih ceria dengan kehadiran muzik! Pilih gaya muzik yang bertenaga bagi merancakkan acara tuan dan untuk mendorong semangat pasukan tuan. Tuan tidak perlu risau tentang sistem A/V yang rumit, tuan juga boleh mainkan musik tersebut menggunakan laptop tuan sahaja. Walaubagaimanapun, sekiranya acara tuan dianjurkan di luar bangunan, kaedah yang mungkin terbaik bagi tuan adalah dengan menyediakan pembesar suara yang dipasangkan melalui telefon atau alatan MP3.
4. Pemakaian Bebas
Sekiranya tempat kerja tuan mengamalkan polisi pemakaian yang ketat, tuan boleh pertimbangkan untuk memberi sedikit kelonggaran kepada pekerja tuan untuk berpakaian bebas pada hari acara tersebut. Walaupun tempoh masa Hari Acara Olimpik yang dirancang di pejabat tuan hanya mengambil masa separuh hari sahaja, ia akan dapat membantu menceriakan suasana hari tersebut khususnya kepada setiap perserta yang mengambil bahagian. Hebahkan pada semua orang khususnya pada peserta yang terlibat bahawa mereka dibenarkan untuk memilih pemakaian yang selesa pada hari tersebut, supaya tuan dapat elakkan kecederaan yang tidak diingini oleh mana-mana individu yang terpaksa belari menggunakan kasut tumit tinggi!

5. Sediakan Beberapa Pingat
Pingat Olimpik DYI adalah sangat mudah untuk disediakan! Tuan juga dapat membelinya daripada kedai serbaneka di sekitar kawasan tempatan tuan, atau tawarkan beberapa jenis hadiah yang berbeza kepada pemenang. Sekiranya tuan tidak kisah untuk berbelanja lebih, kami mencadangkan cenderahati berupa kad ucapan yang berharga RM6, RM12 dan RM25 sebagai hadiah kepada para pemenang.
6. Berseronoklah!
Suasana keseronokan harus diberi penekanan yang sewajarnya, kerana semangat motivasi dan penghayatan disebalik keterujaan Hari Olimpik Pejabat adalah sangat penting. Walaupun acara yang bakal dipertandingkan dapat memberi kita sumber dorongan dan keseronokkan, jangan sesekali biarkan semangat persaingan mempengaruhi kita sehingga menyebabkan semua orang tidak merasa seronok lagi. Hadiah yang ditawarkan mestilah tidak begitu mahal atau bernilai tinggi supaya persekitaran tersebut dapat dielakkan. Hadiah yang mahal atau mempunyai nilai materialistik yang tinggi bagus untuk pemenang namun dapat mengakibatkan rasa cemburu dikalangan rakan sekerja. Pastikan semua orang dapat menikmati keseronokkan melalui semangat persahabatan dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.Sekiranya tuan mahu dapatkan lebih banyak bacaan tentang konsep Hari Olimpik Pejabat, tuan boleh baca artikel lain yang berkaitan semangat Hari Olimpik di sini.