Libatkan Diri Lebih Aktif | 6 Aktiviti Team Building Yang Seronok dan Berkesan

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Percaya atau tidak, tuan dapat berseronok sambil bekerja! Tukar beberapa kaedah di pejabat dan cuba pengalaman baru, aktiviti team building yang berkesan untuk dapat mendorong semua orang untuk lebih bertenaga.

“Saya tidak pernah bekerja walau satu haripun dalam hidup saya. Sebenarnya semua yang saya lakukan ini hanyalah semata-mata untuk keseronokan.”

Thomas A. Edison

Secara realistiknya, pekerja adakalanya cenderung untuk tererangkap dalam jerat kebosanan. Fakta ini tidak perlu lagi didebatkan! Terdebat banyak aktiviti team building yang sangat efektif yang dapat dipraktiskan bersama tuan dan pasukan  tuan untuk meransang hungungan dan mengenai dengan lebih baik antara satu sama lain disamping menjadi lebih produktif, sambil menikmati keseronokan sepanjang proses tersebut. Sangat penting untuk membina pasukan secara berterusan dan apa yang lebih penting adalah bagi mendapatkan semua orang untuk melibatkan diri. Dengan usaha yang betul, tuan dapat mengharapkan kemahiran komunikasi yang bagus dan tim pasukan yang kompeten! Sekiranya tuan mengabaikan elemen keseronokkan, sesuatu perkerjaan tersebut amat sukar untuk berkembang dengan baik!

 (1) Makan tengah hari bersama rakan kerja

Waktu makan tengah hari adalah masa paling efektif untuk mengumpul orang ramai dalam kawasan kerja, dan dengan sebab yang bagus. Meluangkan masa makan dan merehatkan otak setelah bekerja kuat adalah amat penting, walaupun ianya hanya memakan masa yang singkat. Untuk waktu rehat makan tengah hari seterusnya, cuba sesuatu yang baru bersama pastukan tuan. Mulakan dengan meluangkan sebahagian masa minggu tersebut untuk meluangkan masa makan tengah hari bersama dengan mengambim manfaat daripada peluang ini untuk mengenali pasukan anda dengan lebih baik. Cuba dapatkan lokasi baru setiap kali dan wujudkan permainan yang dapat dimainkan secara bersama ketika dalam perjalanan atau susudah sampai. Di bawah ini adalah beberapa contoh! Komunikasi baru yang diwujudkan di antara semua orang akan menjadi lebih hebat supaya dibawa bersama ke pejabat.

Permainan kerjasama berpasukan: “Dua kebenaran and satu pembohongan”

Setiap seorang perlu menghantar dua fakta kebenaran dan satu pembohongan tentang diri mereka semasa permainan atau kepada pengurus majlis. Setiap orang hendaklah memaklumkan pengurus majlis fakta mana yang bohong. Kumpulkan semua maklumat ke dalam dokumen dalam format kuiz dengan pelbagai jawapan pilihan dan cipta satu kunci jawapan. Ketika acara sedang berlangsung, edarkan kertas permainan dan pastikan semua orang menjawab setiap soalan dengan mengagak jawapan manakah yang bohong untuk setiap peserta. Pilih satu atau dua perserta yang tidak terlibat dalam permainan dan tugaskan mereka untuk mencatat markah yang diperoleh dan umumkan pemenangnya! Tuan akan terkejut bertapa banyaknya (atau sikitnya) tuan tahu tentang rakan sekerja tuan.

Permainan Kerja Berpasukan: “Namakan tune itu (atau movie)

Cipta satu senarai potongan ayat daripada movie atau potongan ayat daripada lirik lagu. Tulis kesemuanya dalam sehelai kertas dan bahagikan kumpulan dalam pasukan. Setiap pasukan mengambil giliran mngambil kepingan kertas itu tadi dan baca atau menyanyi ayat yang tertera. Setiap pasukan mempunyai 30 saat untuk meneka sehingga pasukan lain dapat mencuri peluang untuk mencuba. Lihat siapa yang lebih tahu mengenai movie atau siapakah yang mempunyai minat mandalan dalam bidanag musik dan nyanyian.

 (2) Gotong Royong Pejabat

Kita mulakan perubahan kecil melalu aktiviti gotong royong mencantikkan pejabat. Sekiranya pejabat tuan memerlukan beberapa perubahan yang telah dikenalpasti, dapatkan semua orang untuk bekerjasama sebagai satu pasukan bagi menceriakannya semula! Sementara pasukan tuan menguruskan makan tengah hari, cipta satu lagi senarai mudah tentang alatan atau barangan yang dapat diguna pakai semula. Bekerjasama dalam pasukan dapat memberi memanfaatkan pada semua orang. Organisasi tersebut tidak perlu membelanjakan budget besar. Pelaburan kecil seperti menambah pokok bunga baru, barangan senim atau beberapa bantal warna warni diatas sofa ruang tamu dapat mencipta perubahan positif. Laburkan usaha untuk menjadikan pasukan tuan lebih kuat, persekitaran kerja dapat dimanfaatkan untuk semua dengan menghulurkan tangan yang dimana dapat mengembalikan persekitaran yang lebih meneyngarkan dalam suasana pejabat.

 (3) Aktiviti Team Building Outdoor

Hari yang cerah, udara luar yang segar, dan keindahan alam untuk dihayati! Bawa pasukan anda untuk lakukan aktiviti perjumpaan di luar sekiranya tuan mempunyai masa yang terluang. Berada di luar pejabat dapat membawa keceriaan dan kejayaan denagn meluangkan masa yang lebih berkesan berbanding masa yang dilaburkan di pejabat. Meluangkan masa melalui aktiviti team building DIY adalah yang paling sempurna untuk  dilakukan di luar persekitaran pejabat.

Sekiranya tuan mebcari sesuatu yang lebih konstuktif, try Go Team Smartphone Scavenger Hunt. Program ini dapat disesuaikan mengikut keperluan tuan yang dipenuhi dengan rasa keseronokan! Pasukan mengunakan tablet atau telefon pintar untuk lengkapkan pemburuan pemulung. Apa yang lebih baik tentang program ini adalah anda boleh download satu app dan cuba lakukannya sendiri (tanpa fasilator program). Apa sahaja kaedah yang tuan pilih, tuan sudah tentu akan mendapat keseronokkan dan pengalaman team building yang efektif.

(4) Mengenal pasti peralatan

Manfaatkan alatan umum sebagai alat keseronokan adalah kaedah yang terbaik bagi memperlihatkan bahawa seseorang telah menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada pejabat. Penuhkan kotak dengan pelbagai item sebagai penghargaan kepada ahli pasukan yang telah berjaya melengkapkan tugasan atau mencapai sesuatu yang dapat dibanggakan. Tindakan ini dapat memperlihatkan sikap positif dalam pejabat dan mencipta budaya kerja pejabat yang menarik. Di bawah adalah beberapa contoh peralatan yang berbeza unutk diletakkan di dalam kotak. Bawa juga peralatan sendiri yang mempunyai maksud tersirat disebaliknya!

  • Barangan bersifat gam atau mudah lentur untuk seseorang yang menunjukan sifat fleksibel.
  • Sebuah cermin mata murah untuk yang seseorang mengeluarkan idea idea kreatif.
  • Bola getah untuk seorang yang berjaya bangun semula daripada sesuatu cabaran.
  • Gula gula untuk menceriakan hari seseorang.

 (5) Pasukan Pejabat atau Kelab

Apakah ada sesuatu yang menghalang hubungan rakan sekerja? Apakah tuan mahu mereka melihat mereka kembali bergaul dan ceria? Cipta satu pasukan atau kelab untuk menjayakan usaha team building tuan. Pasukan sukan atau pasukan kelab buku mungkin cadangan yang tuan perlukan untuk melihat pasukan tuan menjadi lebih kuat melalui perkongsian minat dan pengalaman.

Menjadi sebahagian dari hidup mereka diluar kerangka kerja dapat memberi ahli pasukan sesuatu untuk dihubungkan dan mendorong topi perbualan yang segar untuk dibualkan. Pasukan yang sihat atau kelab mungkin menjadi satu satunya perubahan di tempat kerja yang dapat menyerikan budaya kerja.

(6) Aktiviti Sosial

Setiap perkerjaan yang tidak mempunyai elemen permainan akan menambah kemalapan dalam persekitaran pejabat. Dalam masa yang sama keutamaan ditekankan agar peker berada tahap terbaik untuk menjalankan tugasan kerja mereka seperti mana yang mereka dibayar, ada juga kaedah aktiviti ber-kos rendah yang mampu mencorakkan rutin pejabat dan mempercepatkan “esprit de corps.”

  • Majlis Persembahan Bakat
  • Permainan Catur
  • Hari pakaian bertema

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA