Team Building: Ia adalah terma popular yang sering menjadi perbincangan dalam banyak organisasi hari ini yang membawa maksud usaha untuk menyatukan pekerja bagi merialisasikan matlamat yang sama. Walaupun terma itu sendiri mungkin telah berkembang menjadi maksud yang negatif sejak beberapa tempoh tahun kebelakangan ini, Forbes Magazine mengulas. “Team building adalah pelaburan paling penting tuan boleh laburkan untuk pasukan tuan. Ianya membina kepercayaan, mengurangkan konflik, dan menggalakkan komunikasi, dan menyemai kolaborasi.” Bagi merialisasikan ini, tuan perlu menjadi lebih inovatif semasa membuat perancangan aktiviti team building. Fikirkan latihan jalan untuk keluar daripada aktiviti kebiasaan seperti jamuan makan bersama, dan implimentasikan praktis team building yang dapat memberi peluang pada pekerja dan rakan sekerja untuk mengolahkan kebolehan mereka bagi membuahkan hasil yang lebih baik dan nilai berpanjangan untuk bisnes tuan secara keseluruhan.

1) Pengharaan Pekerja and Sistem Ganjaran
Ramai orang tahu melalui pengalaman berterusan bahawa memerahkan tenaga lapan jam kerja sehari boleh melemahkan tuan secara mental, fisikal, dan emosi. Sangat jelas, sebagai pemilik bisnes , tuan tidak mahu perkara seperti ini berlaku. Pekerja yang mempunyai motivasi tinggi cenderung menjadi lebih produktif, yang dimana adalah merupakan tunjang kekuatan syarikat. Untuk mencapai semua ini, banyak syarikat memilih untuk menawarkan pengiktirafan dan sistem ganjaran kepada pekerja mereka sebagai alat pengukuhan yang positif. Menjadi kreatif: Bonus prestasi, kad ucapan, waktu makan tengah hari dipanjangkan, pelepasan hari cuti adalah beberapa perkara yang boleh diusahakan.
2) Hari ini makan kami belanja
“Perut saya kosong!” Ini perkara biasa yang sering kedengaran dalam banyak persekitaran pejabat, dan idea ini bermaksud mengambil langkah lebih jauh dari hanya sekadar penyediaan bilik rehat dan halaman santai. “Hari ini makan kami belanja”, di restoran luar daripada lokasi kerja, adalah cara terbaik pemilik bisnes untuk menggalakkan amalan terpuji sesama rakan sekerja. Berkongsi makanan dan mempunyai hubungan baik bersama rakan kerja di tempat kerja dapat menggalakkan kreativiti dan kemahiran komunikasi. Hal ini juga dapat membantu menguatkan hubungan baik sesama rakan sekerja, secara tidak langsung kebiasaannya dapat mengukuhkan pembangunan professional di tempat kerja.
3) Senaman

Kebanyakkan dari kalangan kita pernah berada dalam situasi ini. Kadang kala kita terperangkap dalam menghabiskan banyak masa profesion kita sehingga kita lupa untuk meluangkan masa untuk diri sendiri. Ini sememangnya mempunyai impak negatif kepada kesihatan tuan untuk masa yang panjang, terutamanya jika tuan berkerja dalam pejabat yang memerlukan tuan duduk di kerusi berjam-jam. Dapatkan rakan kerja , dan pergi bersenam bersama. Mengamalkan senaman kecergasan berkumpulan menghasilkan hasil positif dalam banyak keadaan. Tuan lebih cenderung dalam lebih bersemangat sekiranya tuan mendapat sokongan bersama rakan. Kehadiran sahabat dan teman rapat di sebelah anda juga membolehkan tuan untuk mendorong satu sama lain, dan rasa seronok melalui proses kejayaan secara bersama. Dan sudah tentu, tuan akan dapat mengurangkan berat badan, membakar kalori, dan mendapat bentuk tubuh badan yang lebih baik jika tuan etrus mengamalkan gaya hidup sihat bersama rakan kumpulan.
4) Shuffle Pekerjaan
Perkara memerlukan sedikit kretiviti, akal sihat, dan kebijaksanaan, Namun begitu, ini adalah cara yang bagus untuk memerlukan semua orang berfikir di luar kotak, dan kesyukuran tinggi tentang tanggungjawab yang berbeza dalam bisnes atau pasukan. Manfaat umum kaedah ini adalah memberi peluang pada ahli pasukan tuan untuk menjadi lebih serba boleh, yang mana akan menaikkan nilai keseluruhan organisasi.
5) Bawa Kanak Kanak ke Tempat Kerja
“Saya perlu luangkan masa yag lebih untuk anak saya” adalah frasa yang selalu kita dengar di banyak tempat kerja. Oleh itu bawa mereka bersama ke tempat kerja dengan tuan. Selagi ia bermaksud bagi mencapai maksud tujuan, ini adalah konsep jika diimplementasikan dengan betul, boleh membawa keseronokan dan keceriaan kepada tempat kerja. Ramai kanak kanak akan rasa lebih seronok sekiranya mereka mempunyai pilihan untuk menggantikan waktu di sekolah mereka dengan meluangkan masa bersama ayah mereka di pejabat jika diizinkan. Ini bukan sahaja akan memberikan tuan lebih masa bersama dengan anak tuan malah juga dapat merapatkan hubungan semua orang dalam organisasi tuan secara keseluruhan.