5 Aktiviti Team Building Maya (Virtual) Yang Berkesan

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort
virtual Team Building

Adalah menjadi keperluan bagi mewujudkan suasana kepercayaan dan persahabatan dikalangan pekerja apabila mereka berkongsi bangunan yang sama selama 40 jam atau lebih sehari.

Namun begitu, bagaimana pula jika terdapat sebahagian daripada tuan bekerja jaraj jauh dan sukar sekali (sekiranya ada!) untuk berjumpa rakan sekerja? Apakah langkah tuan bagi membina dan mengekalkan professional yang berdaya saing dan hubungan peribadi secara online? Disini merupakan 5 aktiviti team building maya(virtual) bagi menyatukan pasukan tuan yang kerja dari jauh. Aktiviti ini dapat merialisasikan apa yang dikatakan tugasan mustahil itu iaitu memastikan pekerja yang bekerja jarak jauh kekal berhubung dan mudah untuk dihubungi.

1) Jangan Pendekkan Perbualan

Pasukan kerja jarak jauh perlu meluangkan masa untuk sembang kosong semasa perjumpaan pasukan. Cuba luangkan masa beberapa minit pada permulaan perjumpaan untuk berbual mengenai perkembangan peribadi terkini. Minta ahli –ahli pasukan tersebut menghantar gambar foto terkini diri mereka dan minta mereka kumpulkan dan masukkan ke dalam persembahan slaid untuk ditayangkan pada masa perjumpaan.

Ambil selangkah maju kehadapan dengan memanfaatkan sistem persidangan video seperti Skype, kemudian bertanya 1-2 soalan mengenai aktiviti mereka pada hari hujung minggu. Peluang untuk melihat antara satu sama lain sambil berbual menjadikannya perbulan tersebut lebih peribadi dan rasa dekat.

2) Membalas Semua E-mel

Sebarkan satu e-mel kepada pasukan dengan satu soalan icebreaker. Minta semua orang untuk membalas jawapan pada soalan melalui email dan “reply all” supaya semua orang dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.

Soalan yang diberikan bergantung pada tuan—ianya mungkin bersifat peribadi (“dimanakah tuan bayangkan tuan berada untuk sepuluh tahun akan datang?”), untuk keseronokkan (“Jika tuan diberi peluang untuk bercuti di mana sahaja tempat di dunia sekarang ini, dimanakah tempat itu ?”), atau soalan yang mempunyai kaitan dengan tugasan yang pasukan tuan sedang usahakan.

Pastikan tuan juga membalas jawapan pada kesemua mesej yang dihantar dalam group secara umum, melainkan tuan mempunyai alasan untuk mengalihkan perbualan maya (virtual) tersebut kepada “offline.”

3) Ayuh Mulakan Permainan

Mendorong pasukan tuan untuk bersama-sama melibatkan diri dalam beberapa permainan game secara online dapat menghidupkan semangat berdaya saing. Permainan game online beramai-ramai dapat mewujudkan persefahaman yang bermanfaat pada masa hadapan apabila menyiapkan tugasan.

4) Mengopi

Dengan kemudahan sambungan WiFi yang meluas pada zaman ini, ianya menjadi lebih mudah untuk ahli-ahli pasukan untuk berhubung secara online diluar pejabat atau diluar kediaman mereka. Pekerja yang bekerja dalam bangunan yang sama mungkin dapat berpakat untuk berkongsi kenderaan ataupun melakukan percutian bersama atas urusan bisnes dan mengambil pengalaman melakukan perjumpaan urusan syarikat; walaubagaimanapun, pekerja yang kerja jarak jauh mungkin tidak mendapat akses pada keistimewaan ini.

Setkan perjumpaan santai sambil minum kopi, dimana setiap ahli pasukan malawat kedalam kedai kopi yang berdekatan dan berhubung secara online untuk mendapatkan maklumat yang kemaskini. Hantarkan kad ucapan pada setiap individu dan pasukan. Pemberian ini akan menyebabkan mereka berasa usaha mereka dihargai.

5) Team Building Maya ( Virtual)

65% pekerja yang bekerja jarak jauh melaporkan bahawa mereka tidak pernah mengikuti sesi team building. Aktiviti team building secara maya (virtual) mungkin dapat mensimulasikan hari anda. Daripada panggilan mesyuarat pesidangan kepada agenda e-mel, pasukan dalam maya juga perlu bekerjasama, walaupun berjauhan, untuk mencapai matlamat.

Setiap permainan team building secara maya (virtual) menyasarkan pada menambahbaik kemahiran kolaborasi dan komunikasi pasukan maya(virtual). Program seperti itu juga termasuk aktiviti team building icebreakers yang direka untuk merapatkan perhubungan dan persefahaman dalam pasukan maya.

Semua pasukan yang kerja jarak jauh menghadapi cabaran tentang penglibatan pasukan dalam masa yang sama mengekalkan budaya kerja yang positif.

Terutamanya sekiranya pasukan tersebut tidak mempunyai pengalaman kerja dari jauh sebelumnya. Kami sudahpun fikirkan beberapa solusi untuk bermula dan menguruskan pasukan kerja jarak jauh tuan. Bacaan seterusnya: Langkah untuk mulakan gerak kerja pasukan kerja jarak jauh tuan.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA