Adakah haka adalah sebab mengapa pasukan All Blacks merupakan pasukan ragbi yang terbaik di dunia?
Pasukan All Blacks dari New Zealand merupakan pasukan ragbi dan kini juara dunia ragbi. Mereka mempunyai peratusan kejayaan yang amat membanggakan. Dalam tempoh 100 tahun, pasukan All Blacks memengang rekod 77% kemenangan daripada jumlah perlawanan yang mereka telah terlibat. Semenjak era profesional, peratusan ini telah menaik kepada 84%. Sejak tempoh 10 tahun yang lepas peratusan ini naik kepada 90%. Ia juga dikatakan pasukan ragbi terbaik di dunia.
Jadi apakah yang membuatkan All Blacks sangat berjaya? Ada apa tentang pasukan dan budaya mereka yang memastikan mereka terus mendahului setiap pertandingan saban tahun?
Sebahagian jawapannya adalah terletak pada bahagian tarian budaya All Blacks yang sering dipersembahkan sebelum bermulanya setiap acara perlawanan. Postur tarian Moari, yang merupakan orang asal New Zealand yang telah menjadi sebahagian upacara persembahan All Blacks sebenarnya sudah diamalkan sejak lebih daripada 130 tahun.
James Kerr, dalam buku beliau bertajuk Legacy, menerangkan upacara tarian yang dilakukan dapat memberi peluang pada pasukan All Blacks untuk mempunyai hubungan dengan identiti asal dan menyatupadukan setiap ahli sebagai satu pasukan melalui teras neratif dan sejarah mereka. Pengarah urusan HakaWorks , Karl Burrows menerangkan bagaimana haka, dimana hari ini menjadi fenomina moden yang diamalkan All Blacks sebenarnya berasal daripada budaya Polinesia kuno yang disandarkan pada prinsip-prinsip kepimpinan dan komuniti lama.

“Haka bermaksud untuk menyuntik semangat kehidupan. Daripada sudut peribadi, haka adalah tentang mengubungkan kuasa peribadi, menjadi diri sendiri yang sebenar, dan mencari kekuatan daripada dalaman. Namun, ia juga berkaian dengan manusia, komuniti tuan – samada keluarga, sekolah, pasukan ragbi atau rakan sekerja tuan– ia tentang meletakkan kepentingan orang lain mengatasi diri sendiri. Haka memerlukan sifat murah hati yang tinggi, berjiwa besar, dan berkonsi tenaga untuk memberi inspirasi pada orang lain.”
Namun kesemua tenaga itu tidaklah berguna sekiranya diamalkan tanpa matlamat yang jelas. Haka memerlukan matlamat jika tidak tenaga tersebut mejadi tidak terarah dan tiada manfaat. “Kami melakukan haka untuk pelbagai sebab- untuk bersedia dalam peperangan, untuk meraikan tetamu, untuk perayaan untuk meratapi kesedihan atau untuk hiburan. Walau apa pun sebabnya haka adalah tentang komitmen daripada komuniti– sepenuh hati, komitmen yang penuh untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.”
Di Lagoona Resort Cherating kami memahami kunci pengajaran dalam haka dan mewarisi sebahagian budaya All Blacks– kejujuran, penyatuan pasukan dan komitmen pada matlamat– yang seniasa dikongsi bersama pelanggan kami.