Kepentingan Semangat Kerjasama Berpasukan | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

“Kerjasama Berpasukan adalah pemangkin yang membolehkan orang yang kelihatan seakan biasa-biasa untuk mencapai pencapaian yang luar biasa.” .” – Andrew Carnegie, Pemain Utama Sektor Industri Keluli Amerika Syarikat

Kerjasama berpasukan adalah elemen penting bagi memastikan kejayaan dalam apa jenis bisnes syarikat dan petikan kata-kata semangat yang berkesan dapat memberi inspirasi pada pasukan untuk bekerjasama dengan lebih baik.

Petikan ucapan kata-kata semangat team building pada minggu ini di ambil daripada Andrew Carnegie. Carnegie merupakan salah seorang pemain industri yang menerajui pengembangan industri keluli di Amerika Syarikat pada lewat abad ke-19. Beliau dihargai atas usaha kebajikan beliau yang menyeru golongan kaya pada zaman itu bagi menabahbaik komuniti masyarat untuk kepentingan masyarakat umum. Beliau membangunkan Syarikat Keluli Carnegie di Pittsburgh, dimana akhirnya berkembang menjadi sebuah syarikat induk bagi sektor keluli negara Amerika Syarikat.

Carnegie adalah seorang usahawan yang sangat bijaksana dan dipenuhi  dengan idea tentang kekayaan dan kedermawanan. Semasa hayatnya, beliau telah menyumbangkan lebih 350 juta usd kepada pelbagai badan kebajikan amal dan seorang individu yang sentiasa berfikiran positif. Seluruh hanyatnya, beliau berkempen bagi memberi kesedaran kepada orang ramai. “Antara petikan nasihat Andew Carnegie” adalah:

  • Melaburkan satu pertiga daripada masa kehidupan kita bagi mendapatkan ilmu yang bermanfaat;
  • Melaburkan satu pertiga masa kehidupan yang seterusnya bagi membuat sebanyak mana wang yang dapat diusahakan;
  • Melaburkan satu pertiga daripada masa hayat kita untuk menyumbangkan kembali pada komuniti masyarakat dan perkara perkara yang membawa kepada kebaikan.

Carnegie sedar bahawa syarikat beliau tidak mungkin dapat bertahan tanpa sokongan kerjasama berpasukan disebabkan skala dan cabaran yang besar dalam persekitaran sektor industri keluli. Syarikat Keluli Carnegie menggajikan pekerja yang mempunyai kemahiran kerjasama dalam memastikan bisnes mereka dapat terus bertahan.

Kerjasama : Gembira dan kejayaan syarikat

Carnegie juga menyamakan kejayaan yang kecil adalah kesan daripada keseronokan yang sedikit.

Keseronokkan dan persekitaran kerja yang bertenaga dapat mendorong pekerja untuk terus bekerja keras pada masa yang sama rasa seronok. Dalam program team builing kami, kami menggalakkan semua orang berasa seronok di tempat kerja dalam masa yang sama mempunyai pengajaran yang berguna yang dapat dimanfaatkan bagi membangunkan pasukan syarikat yang kukuh.

Bilakah kali terakhir suasana gelak ketawa di tempat kerja tuan memberi inspirasi pada pasukan tuan untuk bekerja dengan lebih bersungguh dan sentiasa memberi kerjasama?

Kami amat berbesar hati mendengar pandangan tuan mengenai keseronokkan di tempat kerja tuan!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA