Keluar Dari Zon Selesa Anda | Lakar Sendiri Kejayaan Anda

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Menjadi Versi Terbaik Tuan Adalah Menjadi Apa Yang Sentiasa Tuan Impikan

Ketakutan—emosi yang paling mudah mempengaruhi tindakan orang apabila mereka menghadapi situasi penting yang kritikal. Ia mempengaruhi tindakan orang yang secara umumnya dikenali sebagai tindak balas “melawan atau melepaskan diri” iaitu samada untuk kekal dan berdepan dengan situasi atau melepaskan diri daripada situasi yang menyebabkan kita merasa kurang selesa. Hampir semua orang pernah mengalami situasi yang sebegini. Ini berpunca daripada proses kompleks yang berlaku di dalam otak. Di dalam lobus temporal otak, terdapat apa yang dinamakan sebagai amigdala, dimana berfungsi sebagai kunci elemen otak yang mengawal penerimaan dan pemprosesan emosi negatif.

Walaubagaimanapun, bukan semua unsur amigdala mestilah negatif. Malah, terdapat beberapa bahan kimia sama yang meransang sensasi “melawan atau melepaskan diri” yang juga menyumbang kepada keadaan emosi yang positif seperti keseronokkan dan keterujaan (Javanbakht & Saab, 2017). Apabila seseorang sudah bertekad untuk mengambil keputusan bagi menangani pada awal sensasi “melawan atau melepaskan diri”, mereka dibiarkan berasa puas, selamat, dan yakin pada kemampuan mereka untuk menghadapi perkara-perkara yang pada awalnya menakutkan mereka.

Memahami bahwa ketakutan adalah emosi semula jadi. Tiada seorang pun di dunia ini yang bebas sepenuhnya daripadanya. Ketakutan memastikan kita selamat dalam situasi yang tidak menentu dan juga berfungsi sebagai ujian kepada sebesar mana keinginan seseorang. Ketakutan berfungsi sebagai halangan yang samada mengalihkan orang daripada matlamat mereka atau memotivasikan mereka untuk terus berusaha dan pandang kedepan untuk mencapai matlamat mereka. Berikutnya adalah beberapa tokoh yang dikenali dalam sejarah hinggalah ke hari ini yang berjaya mengatasi tembok ketakutan mereka.

Semua Orang Sedang Berjuang

Stephen King merupakan seorang penulis terkenal yang digelar sebagai  “Raja Seram”. Namun begitu, novel pertama beliau telah ditolak sebanyak 30 kali. Kerana sangat kecewa dan ketakutan tehadap penolakan yang lain, beliau hampir sahaja berputus asa. Melalui bantuan dan dorongan daripada orang lain (khususnya isteri beliau) beliau terus berusaha menghadapi cabaran. Novel yang sama telah terjual lebih 350 juta cetakan dan banyak yang telah diadaptasikan dalam bentuk filem.

Warren Buffett berdepan dengan kegugupan dan ketakutan di atas pentas dan cuba mengelak sepenuhnya kelas-kelas yang memerlukan pengucapan awam. Kemudian hari, sebagai seorang professional dalam pasaran saham, beliau akhirnya berdepan dengan kesedaran. Beliau mempunyai pilihan samada untuk mendorong diri sendiri menghadapi ketakutan beliau atau larikan diri daripadanya dan tidak pernah mencapai potensi pebuh beliau. Beliau merasa lega apabila mendapati bahawa orang lain juga dapat memahami apa yang beliau rasakan. Melalui kerja keras dan dedikasi yang tinggi, beliau hari ini berkhidmat sebagai pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway, sebuah syarikat induk konglomerat multinasional yang bertapak di Amerika Syarikat. Buffet kini merupakan orang paling kaya ketiga di dunia dengan jumlah nilai aset sebanyak 65.7 bilion USD.

Tokoh-tokoh yang berpengaruh ini mencapai empowerment tidak tercapai akal dan keberanian. Mungkin tuan terfikir, “Bilakah masanya saya menemui empowerment saya? Jawapannya adalah: tuan akan menemuinya apabila tuan berani keluar dari zon selesa. Kebanyakkan masa manusia itu sendiri adalah pengkritik paling kejam dan halangan paling besar terhadap diri mereka sendiri. Bisikian hati mereka yang penuh dengan keraguan, ketakutan dan kurang keyakinan mengambil alaih dan menghalang mereka daripada keinginan sebenar mereka. Bagaimana caranya orang menangani halangan dalaman ini? Nasib baik, terdapat banyak program yang dirangka untuk membantu orang dengan masalah ini.

Kami Di Sini Sedia Membantu

Dibangunkan dari upacara kuno orang Fiji, Mematah Anak Panah adalah permainan dimana semua orang dapat melibatkan diri dan berseronok. Seseorang meletakkan titik anak panah kayu pada kawasan kerongkong mereka yang lembut dan penghujung anak panah yang bertentangan pula disandarkan pada permukaan yang keras. Para peserta dicabar untuk “mencabar diri sendiri” dengan melangkah kehadapan sambil mematahkan anak panah  tersebut—sebagai satu simbolisme untuk menghadapi ketakutan mereka dan fokus pada matlamat yang lebih tinggi berbanding rintangan-rintangan dihadapan mereka. Sesetengah orang mengalami kebimbangan atau ketidakselesaan kerana aktiviti ini memaksa peserta untuk keluar dari zon selesa mereka. Walaubagaimanapun aktiviti sebegini mmbuktikan pada mereka bahawa tindakan melangkah keluar dari zon selesa membuka peluang pada perkara-perkara baik yang lain. Mereka mengambil langkah pertama dengan meneroka potensi dan kemampuan sebenar mereka.

Menangani ketakutan lebih mudah untuk diucapkan berbanding menanganinya dalam situasi yang sebenar. Ia memerlukan 100% komitmen daripada sesiapa yang ingin berjuang dimana memerlukan keazaman dan keyakinan. Permainan Mematah Anak Panah membantu orang mencapai tahap keyakinan tinggi dan berani mengambil langkah ke hadapan, menaikkan komitmen 100% untuk mencapai matlamat dan mengatasi ketakutan. Program ini diolahkan mengunakan beberapa latihan dan kemahiran untuk menggalakkan orang untuk menghadapi ketakutan dan terus berjuang. Bayangkan kemungkinan tidak berhujung yang berlaku apanila orang mengambil keputusan untuk berjuang mengatasi ketakutan dan memberikan 100% komitmen. Mimpikannya. Yakininya. Perjuangkannya. Pastiakan ianya tercapai.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA