Hayati Semangat Berpasukan Dan Korbankan Soal Kepentingan Peribadi | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

“Pada saya, semangat kerjasama berpasukan adalah keindahan sukan kita, dimana lima seolah menjadi satu. Dalam beberapa situasi yang mendesak, tuan perlu mampu mengetepikan soal kepentingan peribadi.” – Mike Krzyzewski

Selang beberapa tempoh setiap ahli pasukan perlu didorong semula bagi mendorong mereka untuk menjadi yang terbaik. Petikan kata-kata semangat team building mempunyai kuasa dorongan bagi tujuan memotivasikan dan memimpin mereka kearah kejayaan.

Mike Krzyzweski, seorang bekas jurulatih bola keranjang bagi pasukan peringkat kebangsaan negara Amarika Syarikat yang lebih mesra dengan panggilan Coach K, memahami bagaimana untuk menyatukan pemain beliau dan membentuk mereka supaya menjadi yang terbaik. Coach K adalah merupakan jurulatih paling cemerlang dalam sejarah bola sepak keranjang dalam Liga I NCAA bagi kategori lelaki dan telah memimpin Universiti Duke Blue Devils dalam empat Kejuaraan Kebangsaan NCAA. Beliau melatih Blue Devils selama lebih 30 tahun dan mempunyai hubungan sangat rapat dengan pemain dan peminat beliau. Beliau bukan sahaja dianggap sebagai pemimpin oleh anak buah beliau bahkan beliau sebenarnya telah menjadi sebahagian besar daripada keluarga mereka. Beliau juga faham bagaimana untuk membawa inspirasi ke dalam pasukan.

Coach K menjadi salah satu figura yang paling disegani dalam sejarah sukan bola keranjang dan telah banyak kali mengenepikan beberapa tawaran lumayan untuk menjadi jurulatih di peringkat NBA. Krzyzewski telah dilantik sebagai jurulatih pasukan peringkat kabangsaan Amarika Syarikat kategori pasukan lelaki pada tahun 2005. Beliau pernah berjaya memimpin pasukan dalam mencapai pingat emas Olimpik bagi dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2008 dan 2012. Beliau merangkul banyak penganugerahan termasuklah “Jurulatih terbaik Amerika Syarikat” daripada Time Magazine dan “Pemain Sukan Tahunan” daripada Sports Illustrated.

inspirasi kerjasama pasukan team building

Dalam sukan bola keranjang, sikap seperti mengetepikan kepentingan peribadi adalah elemen penting untuk berjaya. Coack K sentiasa mengingatkan pemain-pemain beliau untuk memberikan yang terbaik bagi kepentingan pasukan berbanding kepentingan peribadi. Beliau seringkali menyandarkan sebahagian besar kemenangan beliau kerana faktor kesedaran memahami diri sendiri dan juga pemain beliau. Kemahiran manjalin hubungan baik bersama pemain beliau dan pada masa yang sama mengajar mereka tentang pengertian sesuatu permainan, maka tiada apa yang mustahil bagi beliau untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Bagaimanakah ahli-ahli pasukan tuan mampu untuk terus berkerjasama pada masa yang sama mengetepikan kepentingan peribadi mereka? Bagaimanakah tuan memberi inspirasi dalam pasukan tuan?

Kami amat berbesar hati untuk mendengar apa sahaja maklum balas khususnya apakah kaedah yang diamalkan tuan bagi mengekalkan semangat kerjasama dalam pasukan tuan sendii! Semak kembali petikan kata-kata inspirasi team building yang lain pada setiap minggu dan maklumkan pada kami petikan kata-kata inspirasi yang manakah menjadi sumber motivasi pada tuan.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA