8 Tip Ringkas Untuk Mendorong Semangat Pekerja | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort
Pekerja yang mempunyai semangat ttinggi akan melahirkan banyak idea berkualiti

Takrif definasi semangat pekerja mempunyai berkait rapat dengan kepuasan, pandangan, kesejahteraan emosi pekerja dalam persekitaran kerja. Pekera yang memiliki semangat moral yang tinggi terbukti memberi kesan yang langsung terhadap produktiviti, dan menjadi akar tunjang kepada sesuatu bisnes. Pekerja yang seronok dan positif di tempat kerja cenderung memiliki semangat moral yang tinggi berbandng syarikat yang masih mengekalkan pekerja yang negatif dan sikap kurang berpuas hati dalam persekitaran kerja mereka cenderung untuk mempunyai pekerja yang lemah semangat.

Simptom Pekerja Yang Mempunyai Semangat Moral Yang Lemah

  • Kerjasama yang lemah: Apabila semangat moral dalam persekitaran pejabat menjadi lemah, secara umumnya, pekerja lebih cenderung untuk menunjukkan sikap kerjasama yang lemah dan mungkin lebih suka mengelakkan diri daripada tugasan kompleks atau yang membebankan.
  • Komunikasi peribadi yang rendah: Komunikasi bersifat persahabatan bukanlah kemestian bagi operasi perniagaan yang berjaya, namun ketirisan komunikasi peribadi dapat menjadi simptom bagi mengenal pasti pekerja yang memiliki semangat moral yang rendah..
  • Initiatif peribadi yang rendah: Sekiranya tuan mengenal pasti dalam bisnes tuan tidak ramai pekerja tuan yang berusaha mengambil initiatif peribadi bagi menambahbaik syarikat secara menyeluruh ianya mungkin petanda besar bahawa semangat moral pekerja sudah menjadi sangat lemah.
  • Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi: Bagi mengenal pasti petanda ini, tuan perlu melihat trend yang lebih besar –sekiranya bilangan individu yang meninggalkan organisasi tuan semakin tinggi mungkin menandakan bahawa semangat moral dalam persekitaran kerja tuan semakin melemah.
  • Prestasi keseluruhan yang lemah dan sikap yang tidak memberangsangkan: Kemungkinan situasi sebegini sentiasa dilepas pandang dan semakin jelas ketara sehinggalah kesannya semakin lama semakin parah. Adakah produktiviti pekerja tuan semakin hari semakin susut? Pernahkah berlaku kejadian yang negatif yang berulang?

8 Tip Ringkas Bagi Mendorong Semangat Pekerja (daripada Inc.com):

(1) Mengenalpasti pencapaian individu dan kumpulan: Semangat moral biasanya lemah apabila seseorang berpendapat kerja mereka tidak kemas atau dihargai. Kebiasaanya majikan berpendapat bahawa apabila mereka mahu menghargai sumbangan kerja keras pekerja mereka, mereka fikir tentang kenaikan gaji, promosi atau manfaat baru, namun begitu, ucapan penghargaan atau pengiktirafan yang ringkas sebenarnya dapat memberi kesan yang lebih besar serta tidak memerlukan sebarang kos. Ucapkan tahniah pada pekerja secara peribadi dan di depan khalayak ramai. Matlamat tuan yang utama adalah mewujudkan persekitaran dimana semua orang dapat merasakan bahawa sumbangan mereka dihargai.

(2) Luangkan masa untuk berseronok di pejabat: “Tugasan” dan “keseronokkan” bukanlah sesuatu yang terpisah. Tuan dapat memperkenalkan elemen keseronokkan di tempat kerja tanpa menjejaskan produktiviti kerja harian. Pecahkan suasana kebuntuan dengan sedikit keseronokkan di tempat kerja tanpa menjejaskan produktiviti harian tuan. Meluangkan masa sekali sekala selama beberapa minit jauh dari meja kerja tuan bagi merehatkan fikiran dapat menambahbaik produktiviti kerja. Salah satu lagi cara bagi menaikkan semangat moral adalah dengan memperkenalkan rakan sekerja syarikat tuan dalam pelbagai aktiviti program team building.

(3) Memberi kelonggaran masa untuk aktiviti peribadi: Walaupun aktiviti kegemaran pekerja tuan di luar persekitaran pejabat adalah manifestasi minat atau hobi peribadi, galakkan pekerja tuan untuk terus melakukan apa yang menjadi kesukaan mereka supaya mereka dapat kekalkan bersemangat dan memiliki visi yang lebih jauh.

(4) Strukturkan semula rutin harian tuan: Semangat moral boleh melemah apabila persekitaran gerak kerja harian di pejabat tuan terasa seakan seperti robot. Menstrukturkan rutin harian dapat memberi kesan yang dramatik kepada semangat moral pekerja walaupun ianya hanyalah bersifat sementara. Merehatkan diri sebentar daripada rutin kerja harian dapat memberi kesan yang positif kepada semangat moral secara menyeluruh.

(5) Meraikan kejayaan peribadi: Pekerja tuan mempunyai kehidupan di luar daripada persekitaran pejabat. Meraikan kejayaan mereka bukan sahaja dapat membuatkan mereka rasa seperti sebahagian daripada keluarga korporat tuan, bahkan pemberian yang kecil seperti ini dapat memberi kesan yang amat besar.

(6) Promosi Kenaikan pangkat: Pastikan tuan mengutamakan kenaikan pangkat kepada pekerja yang mempunyai pengalaman langsung dalam syarikat tuan walaupun ianya memerlukan sedikit pelaburan tambahan daripada segi masa dan kos berkaitan kursus latihan.

(7) Mempromosikan sikap positif dengan melatih diri sendiri untuk bersikap positif: Langkah terbaik untuk mendorong sikap positif secara menyeluruh di dalam persekitaran syarikat itu sendiri adalah dengan memperagakan watak diri sendiri yang positif. Mentaliti yang positif memberi kesan yang berjangkit dan menyeluruh. Berikan komen yang positif, berjalan sambil melemparkan senyuman, dan ucapkan salam atau selamat pagi setiap kali tuan tersempak pekerja tuan melangkah masuk ke pejabat. Pekerja pula akan lebih cenderung mencontohi amalan sikap yang positif sebegini dan tanpa tuan sempat sedar tuan telah menyuburkan persekitaran kerja yang positif secara kolektif.

(8) Bersikap terbuka: Sumber semangat dorongan terbesar yang tuan dapat berikan adalah dengan mempamerkan sikap keterbukaan terhadap pekerja tuan bahawa setiap pandangan dan suara mereka diambil berat dan dihormati. Luangkan sebahagian masa tuan untuk menanyakan pekerja tuan tentang apakah pandangan mereka tentang tugasan mereka, mengambil berat tentang keprihatinan dan luahan hati mereka. Pastikan pekerja tuan sentiasa seronok dan kekal bermotivasi tinggi.

Adakah tuan mempunyai sebarang tip dan panduan lain bagi mendorong semangat moral pekerja?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA