Cuba bayangkan tuan baru sahaja melantik pekerja baru. Walaubagaimanapun, dalam tempoh beberapa bulan, pekerja baru ini membuat keputusan untuk meninggalkan tuan. Terdapat pelbagai faktor yang mungkin menyebabkan mereka memilih untuk berhenti. Ada kemungkinan juga terdapat masalah dimana mereka tidak pernah utarakan pada syarikat.
Program onboarding adalah proses mendapatkan pekerja baru supaya mereka dapat membiasakan diri dengan persekitaran baru mereka; ini adalah proses yang menyeluruh yang patut disediakan sebelum pekerja memulakan tugasan mereka. Chad Halvorson, pengasas When I Work, sebuah aplikasi penjadualan komunikasi pekerja, telah menggariskan 12 langkah program onboarding pekerja yang berkesan.
(1) Merancang agenda pelantikan baru seawal mungkin:
Mempunyai kefahaman tentang aspek paling penting tugasan pelantikan baru ini. Proses ini dapat merangkumi masa penjadualan bagi lantikan baru untuk berkenalan dengan semua rakan sekerja dan memperoleh pemahaman menyeluruh mengenai syarikat dengan lebih baik.
(2) Menyediakan ruang bekerja
Meja yang berselerak dapat melemahkan semangat pekerja baru. Wujudkan persekitaran tempat kerja yang mempunyai budaya kerja yang menggalakkan. Ruang meja yang tersusun termasuklah peralatan pejabat yang di perlukan pekerja baru. Ia termasuklah juga carta organisasi, buku panduan pekerja dan apa-apa dokumen lain yang berkaitan yang diperlukan pekerja.
(3) Meraikan Kedatangan
Semanagt meraikan kedatangan pekerja baru, walaupun ia dilakukan hanya mengunakan isyarat yang kecil namun ia mampu untuk menyuntik semangat pekerja baru tersebut. Item-tem ini termasuklah bahan seperti buku nota, t-shirt atau aksesori lain. Isyarat yang sebegini dapat membantu proses membina jenama kesetiaan untuk pekerja baru secara semula jadi.
(4) Menyediakan Informasi yang membantu
Informasi ini termasuklah perkara seperti kod pemakaian, tempat letak kenderaan dan kepada siapa untuk dirujuk apabila mulakan langkah pertama ke tempat kerja. Dengan mengambil kira semua elemen ini, tuan mengurangkan tekanan pekerja tersebut pada hari pertama mereka memulakan kerja, kerana mereka sudah hadir bersama persiapan dan persediaan.
(5) Bantu pekerja baru memahami pejabat baru

Pastikan untuk memberi orientasi yang lengkap mengenai susun atur dan gerak kerja dalam pejabat. Orientasi ini termasuklah perjumpaan bersama individu yang mereka akan bekerjasama; selain lokasi bilik air dan fasiliti-fasiliti yang lain.
(6) Memperuntukkan masa untuk orientasi
Jangan membiarkan pekerja terus sahaja memulakan tugasan pada hari pertama bekerja, luangkan masa untuk mereka dapat mengenali semua orang. Langkah ini dapat memudahkan urusan mereka pada kemudian hari. Adakan perbualan kasual bersama mereka, bawa mereka makan tengah hari bersama adalah langkah terbaik untuk mereka memahami apa yang penting! Jangan segan untuk mencuba beberapa icebreakers atau permainan yang dapat membantu mereka merasa selesa bersama pasukan baru mereka.
(7) Merancang perjumpaan bersama pengurusan
Melalui perjumpaan ini, pekerja baru akan memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai tanggungjawab yang mereka pikul. Pengurus akan memberi tahu mereka tentang gaya pengurusan mereka dan harapan masa depan beliau pada mereka.
(8) Jelaskan polisi dan protokal yang wujud
Memastikan lantikan baru mempunyai pemahaman jelas mengenali pelbagai polisi dan langkah prosedur yang sedia ada. Proses ini merangkumi secara menyeluruh daripada hubungan bersama media atau sumbar yang sedia ada untuk pekerja.
(9) Pelaburan Dalam Latihan
Luangkan masa untuk memastikan pekerja baru telah dilengkapi dengan persediaan yang sepenuhnya yang kemudian hari produktiviti mereka ini akan dapat dimanfaatkan untuk jangka masa yang panjang. Melalui perancangan jangka masa pendek pula, tuan mungkin boleh mengambil kuputusan untuk menyerahkan pekerja baru ini terus dimasukkan dalam beberapa projek berbeza. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak dapat menyesuaikan diri tentang cara gerak kerja, atau polisi individu, atau gerak kerja pembekal, kesilapan tersebut dapat memberi kesan balik pada tuan atau diri mereka.
(10) Memperkenalkan job shadowing

Bagi mendapatkan pemahaman menyeluruh mengenai syarikat dapatkan pekerja baru menyesuaikan diri di semua bahagia. Pendedahan sebegini akhirnya memberi masa pada pekerja untuk menyesuaikan diri berbeza dengan mereka hanya menurut salah seorang daripada bahagian mereka.
(11) Menggalakkan maklum balas
Maklum balas adalah sangat penting. Dengan mencipta persekitaran yang meraikan komunikasi terbuka, tuan dapat mewujudkan hubungan yang lebih kuat di antara tuan dan pekerja baru tuan.
(12) Melakukan penilaian pretasi kerja yang pertama
Penilaian ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 90 hari pekerja baru memulakan tugasan mereka. Penilaian prestasi ini akan menentukan tindakan selanjutnya yang akan diambil tuan mengenai pekerja ini. Andai kata mereka mempunyai kelemahan, yang mereka dapat membuat penambahbaikan, bantu mereka. Ia juga sangat penting untuk memaklumkan pada mereka sekiranya mereka telah mejalankan tugasan dengan cemerlang. Pada tahap ini, tuan akan membuat keputusan samada untuk mengekalkan mereka. Seseorang tidak mahu memperuntukkan masa dan sumber mereka secara berlebihan sekiranya pekerja tersebut tidak mencapai standard yang ditetapkan.