Mengapa membangunkan kemahiran sangat penting?
Membangunkan kemahiran dapat menambah nilai kepada tuan dan organisasi taun melalui perkembangan kerjaya peribadi. Membangunkan ia membolehkan pertumbuhan pekerja melalui pendidikan dan latihan.
Membangunkan kemahiran juga merupakan langkah terbaik yang diambil syarikat untuk menajamkan kecekapan sumber manusia mereka dan mendapat ilmu teknikal interpersonal dalam kalangan pekerja. Latihan menyumbangkan secara langsung kepada prestasi syarikat dan kepuasan pekerjaan, di mana mengurangkan kadar pusing ganti pekerja dan dapat menaikkan produksi.
Kejayaan latihan di tempat kerja:
- Mendidik pekerja tentang pengunan teknologi yang efektif;
- Mengekalkan kelebihan kompetatif dalam pasaran;
- Promosikan keselamatan dan kesihatan dalam kalangan pekerja;
- Bantu pekerja mematuhi undang undang dan peraturan;
- Menabahbaikkan produktiviti dan keuntungan;
- Sasarkan matlamat spesifik.
Pembangunan kemahiran juga membantu mengurangkan kelemahan di tempat kerja, yang dimana dapat menghalang daripada memberikan servis terbaik. Mempunyai struktur latihan dan program pembangunan akan memastikan pekerja mendapat pengalaman secara berterusan dan persiapkan diri dengan pelbagai latar belakang pengatahuan. Latihan berterusan juga dapat memastikan pekerja sentiasa kekal berdaya saing dalam perkembangan industri.
Tidak kira bagaimana tahap pencapaian tuan dan pasukan tuan daripada segi membangunkan kemahiran, masih sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan. Ikuti langkah ini sebagai permulaan:

- Membahagikan latihan kepada langkah langkah kecil.
- Belajar daripada yag terbaik.
- Menyelidik dan membaca.
- Dan sudah tentu, menghadirkan diri ke bengkel