Pencapaian adalah sangat penting pada syarikat dan pemimpin pasukan, tetapi bagaimana ahli pasukan berinteraksi semasa mereka untuk mencapai kejayaan adalah aspek pengurusan pasukan yang sering kali dilepas pandang.
Pembelajaran Korperatif adalah pendekatan pendidikan yang menyediakan struktur sosial bagi pembelajaran melalui pengalaman secara akademik. Walaubagaimanapun, pembangunan pasukan di tempat kerja juga bergantung berat pada elemen pembelajaran korperatif. Pendekatan ini berbeza daripada pasukan kerja dengan niat “menstukturkan ketergantungan yang positif” ” – penglibatan dan akauntabiliti.
Berbeza daripada pembelajaran secara individu, yang mungkin lebih kompetatitif persekitarannya, peserta dapat belajar secara koorperatif dalam kumpulan melalui kerjasama kearah matlamat yang dikongsi bersama dan saling memanfaatkan kekuatan dan kemahiran di antara satu sama lain.
Pembelajaran Korperatif Mendorong Kolaborasi & Kejayaan Pasukan
Aktiviti pembelajaran korperatif sangat berkesan dalam menangani projek yang kompleks dan konsep jangka masa panjang sambil mewujudkan sikap yang saling mengambil berat dan lingkungan rakan yang dapat memberi sokongan. Hubungan di antara ahli pasukan dapat menyuntik motivasi dan dan mengukuhkan komitmen pasukan tuan kearah matlamat pasukan dalam masa yang sama menaikkan keyakinan dan nilai diri.
Pembelajaran korperatif juga menggalakkan ahli pasukan untuk memastikan setiap orang “berada dalam kapal yang sama” semasa projek sedang berjalan. Tambahan lagi, pendekatan ini sangat mudah untuk diimplimentasikan dan tidak mahal.
5 elemen untuk aktiviti dan pendekatan pembelajaran korperatif yang berjaya.
#1 Ketergantungan yang positif
Semua orang mesti melibatkan diri sepenuhnya (termasuklah tuan) dan memberikan sumbangan yang termampu melalui pasukan mereka. Tanggungjawab dan akauntabiliti individu mestilah dikenal pasti – ahli pasukan mesti diberitahu dengan jelas apakah peranan mereka dan mereka hendaklah bertanggungjawab.
Bagaimana? Melalui peranan yang jelas.
Mudah, bukan? Tidak semudah itu. Ianya tidaklah seberapa sukar untuk jatuh menjadi keliru mengenai peranan individu, pertindihan, dan stratergi bagi memastikan akauntabiliti apabila matlamat yang ingin dicapai adalah kompleks. Sebagai seorang pemimpin, tuan perlu berusahaja untuk memastikan mereka jelas, sejelas yang mungkin. Penilaian semula peranan dan tanggungjawab sepanjang projek dan pastikan tuan mempunyai kefahaman yang cukup dan memuaskan tentang mereka. Sekiranya tuan tidak faham, kemungkian pasukan tuan juga tidak faham.
Mudah, bukan? Tidak semudah itu. Ianya tidaklah seberapa sukar untuk jatuh menjadi keliru mengenai peranan individu, pertindihan, dan stratergi bagi memastikan akauntabiliti apabila matlamat yang ingin dicapai adalah kompleks. Sebagai seorang pemimpin, tuan perlu berusahaja untuk memastikan mereka jelas, sejelas yang mungkin. Penilaian semula peranan dan tanggungjawab sepanjang projek dan pastikan tuan mempunyai kefahaman yang cukup dan memuaskan tentang mereka. Sekiranya tuan tidak faham, kemungkian pasukan tuan juga tidak faham.

Makan malam bersama yang progresif adalah alat berkesan untuk menilai pasukan tuan dan pemahaman mereka mengenai peranan dan tanggungjawab mereka secara kasual dan persekitaran sosial.

#2 Interaksi promotif secara bersemuka
Sebagai seorang pemimpin, bukanlah tuan menjadi tugas tuan seorang sahaja yang perlu melakukan usaha bagi memberi dorongan. Pasukan tuan akan merasa lebih dihargai apabila sumbangan mereka diiktiraf oleh orang lain, bukan hanya daripada ketua mereka. Sahaja.
Bagaimana? Kumpulkan setiap ahli pasukan supaya mereka dapat mempromosikan setiap hasil kerja orang lain.
Semasa perjumpaan pasukan, peruntukan masa dan satu format untuk rakan kerja menerangkan pada satu sama lain apa yang mereka telah dapat pelajari dan bagaimana mereka dapat membantu antara satu sama lain untuk lebih faham dan lengkapkan tugasan.
#3 Akauntabiliti individu dan kumpulan
Setiap ahli kumpulan perlulah mendemostrasikan kepakaran dalam subjek mereka dan bertanggungjawab atas pengatahuan mereka supaya dapat mengelakkan diri daripada “social loafing“.
Bagaimana? Akauntabiliti bukanlah bermaksud hukuman.
Hukuman seringkali gagal untuk menghentikan – kadang-kala semakin benyak – pengulangan sikap yang tidak diterima. Stratergi untuk ketergantungan positif akan dapat menaikkan akauntabiliti tetapi kaedah lain seperti meraikan kegagalan juga dapat memberi kesan yang signifikan.
Sebab #1 pekerja sukar untuk mengaku kesalahan mereka adalah kerana mereka takut terhadap tindak balas atau hukuman susulan. Walaubagaimanapun, ia sangat penting untuk memahami apakah cabaran yang sebenar supaya tuan dapat menanganinya. Penganjuran aktiviti yang menyeronokkan seperti majlis makan malam teater sangat baik untuk meraikan kejayaan, khususnya kejayaan kecil.
#4 Kemahiran sosial:
Komunikasi efektif, interpersonal dan kemahiran pasukan mestilah dipupuk, dikenalpasti dan digalakkan.
Bagaimana? Bangunkan stratergi untuk menaikkan kemahiran pasukan.
Usaha untuk mendorong kemahiran kempimpinan, berusaha untuk membina kepercayaan dan membangunkan komunikasi dan kemahiran pengurusan konflik sebagai satu pasukan melalui team building dan program latihan korporat.
#5 Pasukan pemikir:
Nilai keberkesanan gerak kerj tuan melalui pasukan dan fikir bagaimana ianya dapat ditambahbaik.
Bagaimana? Belajar untuk mengambil keputusan secara pasukan.

Mengeluakan keputusan secara berpasukan boleh menjadi agak mencabar, tetapi ia adalah kunci bagi setiap ahli pasukan untuk dapat merasai penglibatan mereka dan sumbangan mereka pada keputusan akhir mengenai sesuatu isu yang memerlukan sokongan semua orang. Pendekatan ini jua dapat membantu tuan untuk membuat keputusan yang lebih baik dengan mengurangkan sikap berat sebelah yang dapat melemahkan pasukan tuan. Semakin tinggi keterlibatan pasukan tuan dapat rasakan dalam usaha bersama menangani masalah atau cabaran, semakin tinggi kecenderungan mereka untuk setuju dan komited kepada tindakan yang telah diputuskan.
Ross dan Smyth (1995) menerangkan ciri-ciri latihan pembelajaran korperatif yang berjaya sebagai intelektual, kreatif, terbuka, dan penglibatan dalam kumpulan pemikir tinggi bagi sesuatu tugasan. Program team building ini digabungkan dengan kuasa permainan dan memberikan konteks yang nilai tinggi untuk pendekatan pembelajaran korperatif.

Peserta yang terlibat dalam pembelajaran aktif (melakukan tugasan yang sebenar, simulasi, latihan permainan, dll.) dapat mengekalkan 90% daripada maklumat. Melalui aktiviti pembelajaran yang koorperatif, peranan pengajar atau pakar berubah daripada menyampaikan maklumat kepada pembelajaran secara langsung. Setiap orang– termasuklah fasilitator itu sendiri – berjaya apabila pasukan mereka berjaya.
Berapa banyakkah aktiviti pembelajaran korperatif yang dapat tuan kenal pasti sekitar tempat kerja tuan? Adakah ianya berkesan? Apakah perbezaan yang tuan akan lakukan?
.