
Sejak dari kali pertama tuan mula belajar untuk bercakap, perkataan yang sering diulang-ulang dalam kosa kata percakapan tuan mungkin adalah “MENGAPA?” Ketika tuan masih bergelar seorang kanak-kanak, tuan mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan sering menyakat ibu bapa tuan dengan soalan-soalan yang sentiasa bermain di benak fikiran tuan. MENGAPA? MENGAPA? MENGAPA? Tuan seakan tidak sabar untuk mendapatkan kepastiannya dalam semua perkara yang terjadi, seakan-akan dunia dan persekitaran yang tuan berada di dalamnya adalah seperti sebuah simbol tanda soal yang besar.
Semakin tuan meningkat dewasa, sifat ingin tahu tuan menjadi semakin besar. Tuan mula mempersoalkan kejadian seperti mengapa bintang berkedip atau kejadian timbul dan terbenamnya matahari yang akhirnya membawa kepada persoalan yang terbesar iaitu apakah tujuan sebenar kewujudan kita. Mengapa kita berada di sini? Apakah tujuan kita berada atas muka bumi ini? Apakah matlamat sebenar kita? Perkara yang paling menyedihkan apabila sebahagian besar orang meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan jawapan-jawapan kepada persoalan mereka —Apakah pengertian sebenar sebuah kehidupan? Apakah tujuan saya diciptakan—tujuan yang sebenar?
Daripada semua persoalan yang ditimbulkan, kita sebenarnya mendambakan “kepastian”, kepastian sama ada kita akan berjaya dalam kehidupan, kepastian sama ada kita akan menjadi insan yang berguna, sama ada pekerjaan kita ini dapat memberi tambah nilai, sama ada kewujudan kita ini diperlukan dan memberi manfaat kepada semua orang di sekeliling kita. Disebalik keinginan yang kuat dalam usaha menjamin “kepastian” ini terselindungnya tenaga magik, kemahuan yang keras, yang menjadi pemangkin setiap keputusan dan tindakan yang kita ambil. Ini kerana, apabila kita sudah berjaya menemui cara cara berfikir yang betul ianya dapat memberikan kita satu keyakinan dan “kepastian” supaya kita dapat terus mendorong diri sendiri dalam mengecapi kejayaan. Kita hanya perlu ulangi sahaja proses yang sama berulang-rulang kali. Kita akan mampu menilai setiap pilihan sebelum membuat keputusan melalui cara fikir yang telah diprogramkan sebagai petunjuk untuk kita kembali ke roadmap kejayaan yang telah ditetapkan. Ianya menjadi sebahagian alasan “MENGAPA” kita melakukan perkara yang kita telah lakukan.
Apakah BIG WHY tuan? MENGAPA tuan berfikir mengikut cara tuan berfikir, berucap sebagaimana tuan berucap, bertindak sebagaimana tuan bertindak? Bagaimana pula sekiranya tuan diberi peluang melihat dunia dari sudut pandangan atau perspektif yang berbeza, satu pandangan yang datangnya secara langsung dari dalam diri tuan sendiri…daripada sistem kepercayaan tuan yang terpendam, tuan punya BIG WHY. Bagaimanakah sekiranya persoalan-persoalan tentang duniawi menjadi semakin jelas?
Seandainya tuan dapat apungkan diri tuan dan memerhatikan sendiri tindak tanduk dan tingkah laku tuan, tuan akan menyedari bahawa terdapat satu corak tingkah laku yang sering berulang-ulang, Tuan kebiasaanya mempunyai tingkah laku yang berbeza di tempat kerja, di luar tempat kerja, bersama rakan-rakan, rakan sekerja, dan bahkan bersama orang kampung tuan sendiri—kita sering mengejar apa yang dinamakan “kepastian” yang dapat memberikan tuan suatu perasaan yang menenangkan, kelapangan & keselamatan dan keinginan yang amat tinggi untuk berjaya, seperti yang tuan cita-citakan. Tuan sudah mempunyai satu corok berfikir yang telah diprogramkan dan kesemua keputusan tuan ambil, bagaimana tuan berfikir, berucap ataupun tindakan yang tuan ambil hanyalah terjemahan daripadanya. Kami mengistilahkan kejadian ini sebagai BIG WHY tuan dan hanya setelah tuan mampu mengenal pastinya, ianya seolah-olah tuan baru sahaja mengenali diri sendiri tuan yang sebenar.
Setiap individu dan organisasi perlu mengenal pasti apakah BIG WHY mereka. Organisasi yang mampu memberikan inspirasi yang tinggi akan dapat menghayatinya setiap hari. Ianya merupakan kelebihan yang dimiliki tuan, yang sebenarnya menjadikan tuan seorang yang unik dan istimewa. Ianya memudahkan orang lain untuk berhubung dan membina pertalian rapat bersama tuan pada tahap yang lebih tinggi, sama ada untuk diri tuan sendiri ataupun sebagai sebuah organisasi. Luangkan masa untuk mengundurkan diri seketika dan manfaatkan masa tersebut untuk mengenal pasti dan memahaminya. Tidakkah TUAN ingin mengetahui apakah KELEBIHAN yang tersembunyi dalam diri tuan?