Adakah tuan mempunyai pekerja cemerlang dimana tuan sukar untuk melepaskan beliau sekiranya beliau memaklumkan tuan untuk berhenti? Pernahkah tuan terfikir bagaimana caranya untuk memastikan mereka kekal bagi tempoh jangka masa yang panjang? Kadar pengekalan pekerja atau “employee retention” mestilah menjadi salah satu keutamaan tuan, namun ianya dapat menjadi satu cabaran yang besar kepada syarikat. Oleh itu, adalah sangat penting untuk memahami langkah-langkah yang perlu diambil sebelum kita mahu mencapai sesuatu kejayaan. Semakin tuan faham tentang kepentingan menaikkan kadar pengekalan pekerja, semakin baik gaya pengurusan tuan!
Memahami hakikat bahawa terdapat beberapa perkara yang berada di luar kawalan dan kemampuan tuan, salah satunya adalah tuan tidak berupaya untuk mengawal perubahan sikap dan keinginan pekerja tuan. Bahkan tuan juga sebenarnya tidak mampu daripada menyekat mereka sekiranya merekaa telah memilih untuk meninggalkan organisasi tuan. Namun begitu, adalah menjadi tanggungjawab organisasi tuan untuk melakukan apa yang sewajarnya bagi menaikkkan kadar pengekalan pekerja (employee retention). Kadar pengekalan pekerja yang rendah memberi gambaran yang negatif pada organisasi tuan dan memakan kos yang tinggi sekiranya perkara seperti dibiarkan terus berulang. Merancang startergi yang tersusun dapat membantu pekerja untuk kekal lebih lama bagi memastikan kadar pengekalan pekerja dan produktiviti mereka pada tahap yang lebih tinggi!
Sepertimana tuan berharap agar tuan mampu mengekalkan bakat-bakat tenaga pekerja yang cemerlang, begitu juga dengan mereka. Pekerja tuan juga mengharapkan perkara-perkara yang sama seperti berikut:
- Peluang perkembangan kerjaya dalam bidang yang mereka minati.
- Maklum balas yang berterusan mengenai prestasi diri dan syarikat.
- Peluang penglibatan yang lebih dalam membantu usaha ke arah kemajuan organisasi dan pengiktirafan yang sewajarnya.
- Jadual tugasan yang fleksibel yang dapat mengimbangi tugasan hakiki dan kehidupan peribadi mereka.
- Kadar gaji yang berpatutan dan peluang kenaikan gaji dari masa ke semasa.
- Bonus sampingan bergantung kepada keperluan individu.
Kenal pasti langkah-langkah yang berkesan bagi mendorong kadar pengekalan pekerja yang cemerlang. Adakah tuan masih tertanya-tanya mengapa pekerja tuan masih kerap yang berhenti kerja? Link artikel ini adalah antara bahan bacaan yang terbaik bagi menerangkan tentang sebab mengapa pekerja memilih peluang pekerjaan yang baru:
- 53% pekerja mencari peluang gaji dan manfaat yang lebih baik.
- 35% memberi respon mengenai ketidakpuasan mereka tentang isu potensi perkembangan kerjaya di tempat kerja mereka.
- 32% pula mengatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk mencari cabaran dan pengalaman yang baru.

Strategi pengekalan pekerja (employee retention)
Lantikan Berdasarkan Faktor Kelayakan
Semasa proses lantikan pekerja baru, tuan mempunyai peluang yang besar dalam mengawal kadar pengekalan pekerja. Seandainya tuan bermula dengan betul dengan melantik individu yang betul, tuan akan mendapati mereka semua akan memilih untuk kekal dalam tempoh masa yang lebih panjang. Calon pekerja idaman adalah individu yang memiliki kemahiran yang tinggi, sentiasa bersikap positif dan mudah mesra dengan orang ramai. Ketirisan kriteria-kriteria sebegini dapat menyumbangkan kepada kadar pengekalan pekerja yang rendah. Hanya lantik individu yang mempunyai kelayakan dan mampu menyesuaikan diri di dalam pasukan tuan.
Menilai semula prestasi dari masa ke semasa
Kadar pengekalan pekerja perlu sentiasa diukur dan dinilai dari masa ke semasa. Sekiranya tuan tidak mengemas kini maklumat kadar pengekalan pekerja yang terkini, bagaimana pula tuan mahu mengharapkan sebarang perubahan? Fokuskan pada data ini dan persiapkan langkah tuan yang seterusnya. Matlamat akhirnya adalah untuk mengenal pasti individu yang mempamerkan prestasi yang tinggi dan individu yang memerlukan latihan tambahan bagi menambahbaik prestasi kerja mereka. Sekiranya tuan menumpukani perhatian yang sepenuhnya tentang perkara-perkara yang perlu dibetulkan, tuan sebenarnya sudah selangkah kehadapan dalam usaha menambahbaik kadar pengekalan organisasi tuan.
Berikan latihan tambahan
Sekiranya tuan menyedari bahawa barisan pengurusan tuan tidak mempamerkan prestasi terbaik mereka semasa di tempat kerja, latihlah mereka! Apa yang sebenarnya seringkali terjadi adalah orang berhenti kerja bukan disebabkan tugasan itu sendiri tetapi kerana faktor pengurusan mereka. Langkah tebaik adalah dengan mengambil langkah yang berkesan bagi memperbetulkan keadaan seperti ini untuk kebaikan jangka masa yang panjang supaya kita dapat bermula betul dengan melantik calon yang betul dalam masa yang sama menilai prestasi mereka dari masa ke semasa. Barisan pengurusan yang cekap dan proses latihan yang berterusan kebiasanya menerima maklum balas negatif yang rendah. Selagi tuan mampu mengenalpasti kepincangan yang berlaku di dalam barisan pengurusan tuan, tuan mempunyai peluang untuk masuk campur dan memperbetulkan semula keadaan bagi mengelakkan percambahan masalah yang lain kesan daripada pengurusan yang lemah.
Bersikap Akomodatif
Seandainya tuan mahu melihat pekerja tuan kekal lebih lama, buktikanlah pada mereka. Sekiranya tuan menyedari bahawa kadar pengekalan kerja tuan masih berada di tahap yang lemah, tuan mungkin perlu menimbangkan beberapa perkara. Cuba kaji semula beberapa faedah yang tuan telah tawarkan kepada mereka. Faedah yang dimaksudkan ini termasuklah pakej intiatif, memperkenalkan jadual tugasan yang lebih fleksibel, dan memperkenalkan roadmap perkembangan kerjaya yang lebih jelas. Mereka tuan sebenarnya mahu diberikan penglibatan dan tanggungjawab yang lebih besar bagi mengembangkan lagi potensi kerjaya mereka.
Komunikasi
Komunikasi yang berkesan adalah kunci kepada kejayaan. Tuan perlu mengambil sikap yang lebih terbuka agar tuan sentiasa bersedia menerima maklum balas daripada pekerja tuan sendiri tentang suasana persekitaran kerja dalam pejabat tuan. Sekali-sekala adakan perjumpaan bersama staf tuan dan sampaikanlah maklum balas dan pandangan peribadi tuan kepada mereka. Komunikasi yang berterusan memberi peluang kepada tuan bagi mendapatkan pandangan yang berbeza daripada setiap pekerja tentang suasana bekerja di syarikat tuan. Tuan dapat memanfaatkan maklum balas yang diterima bagi melakukan beberapa perubahan dan penambahbaikan supaya mereka rasa seronok untuk terus bekerja bersama syarikat tuan.

Pekerja yang memilih untuk kekal, adalah yang memilih untuk membangunkan karier mereka bersama syarikat tuan dan menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka bagi membantu pertumbuhan syarikat. Semakin lama pekerja tuan memilih untuk kekal bersama tuan semakin luas ilmu pengatahuan mereka tentang syarikat mereka dan tuan dapat melihat pasukan tuan akan semakin hari semakin membesar dengan lebih berjaya.