Seni Memastikan Pasukan Kerja Jarak Jauh Anda Kekal Bersemangat | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Menguruskan pasukan kerja jarak jauh adalah sedikit mencabar. Walaubagaimanapun, ianya memberi tuan peluang untuk membina syarikat yang bertaraf dunia melalui hasil titik peluh tuan sendiri, menarik minat pekerja yang berbakat walaupun berhadapan dengan cabaran geografi.

Menurut kajian 10 bulan yang dijalankan oleh Profesor Ekonomi Nick Bloom bersama pasukan beliau daripada Stanford Graduate School of Business, pekerja yang bekerja dari rumah cenderung untuk menjadi lebih produktif. Pekerja berkenaan mengambil masa rehat yang singkat, cuti sakit yang kurang dan seterusnya dapat melengkapkan banyak tugasan. Kedengaran seperti sangat bagus, bukan?

Meskipun terdapat kelebihan yang ketara, pasukan yang bertugas jarak jauh memerlukan lebih perhatian dan usaha dalam menguruskannya. Hasilnya, tanpa objektif yang jelas dan yang boleh di ukur pekerja yang bekerja dari rumah tidak dapat persembahkan prestasi terbaik mereka, kepincangan daripada komunikasi yang lemah akan mengakibatkan kejatuhan motivasi.

Persoalannya adalah– bagaimana tuan memastikan pasukan kerja jarak jauh tuan ini kekalkan keterikatan (engaged) dan produktif? Kami mempunyai tip yang berharga untuk dikongsikan bersama tuan.

KENAL PASTI HOBI ATAU AKTIVITI APAKAH YANG MEMOTIVASIKAN AHLI PASUKAN PADA WAKTU TERLUANG MEREKA

Usaha untuk memotivasikan seseorang pekerja yang tidak merasa seronok mengenai kehidupan mereka tidak akan membuahkan apa-apa hasil.

Pertama sekali, kenal pasti perkara yang disukai pekerja tuan dan tumpang bangga mengenainya. Beri sokongan moral untuk mereka mencapai hasil yang lebih baik mengenai perkara yang mereka sudah mempunyai minat yang mendalam. Semakin tinggi kejayaan seseorang pekerja pada masa lapang mereka, semakin tinggi kualiti dan produktiviti hasil kerja mereka.

KEKUATAN INTERAKSI

Individu bekerja secara lebih sukarela apabila mereka dapat merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada pasukan. Adalah penting untuk menyokong budaya kolaborasi dan komunikasi berterusan bersama rakan pasukan, terutamanya apabila ia melibatkan pekerja yang bertugas dari jauh. Berita baik pula, terdapat banyak alat kolaberasi pasukan yang pelbagai. Sebagai contoh, aplikasi pasukan seperti Chanty atau Slack membantu mewujudkan persekitaran pasukan yang positif dan menyumbang peranan di kawasan pejabat dan kawasan rehat untuk berbual-bual.

TERANGKAN TUGASAN MENGUNAKAN AYAT YANG JELAS

Sedikan pelan yang jelas – langkah demi langkah – yang mempunyai semua ciri ciri keperluan untuk pekerja virtual tuan. Seperti yang dinyatakan oleh Forbes, “Sekiranya matlamat yang ingin dicapai ditetapkan dengan jelas, dan lebih bagus lagi apabila ianya terhasil melalui persetujuan bersama, ia akan dapat membawa keseluruhan kakitangan kerja jarak jauh kepada satu fokus yang lebih jelas.”

Jika ahli pasukan tuan berada dalam zon masa yang berbeza, adalah bagus sekiranya disediakan satu jadual yang spesifik pada setiap pekerja menggunakan ketetapan masa yang sesuai dan setiap kali tuan mempunyai masa yang terluang cuba berkomunikasi dengan mereka.

MOTIVASI MELALUI ILMU

Ilmu adalah faktor motivasi yang sangat berkuasa. Untuk mencapai tahap kepakaran tinggi dalam apa jua bidang, pekerja perlu berusaha menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang mereka. Usah tunggu sehingga mereka yang berkerja dari rumah meminta sendiri tugasan yang lebih mencabar kerana ianya mungkin tidak akan berlaku. Kursus dan latihan online menjadi sumber inspirasi yang berharga bagi membangunkan kemahiran dan mempromosikan persaingan di antara rakan kerja yang kerja dari jarak jauh.

BERI MAKLUM BALAS SEMASA

Setiap pekerja mahu melihat sumbangan peribadi yang mereka curahkan ke dalam tugasan keseluruhan dan inginkan hasil kerja mereka sentiasa di nilai secara berskala, adil dan tepat.

Apabila pekerja jarak jauh ini melengkapkan tugasan mereka, lakukan satu panggilan video untuk bersemuka bagi membincangkan kerja yang telah di selesaikan dan tinggalkan maklum balas yang membina. Lagipun, pekerja tersebut akan dapat berkongsi idea atau pandangan mereka dan mereka dapat merasa lebih dihargai dan penting kepada syarikat.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA