Merancang Orientasi Intern Yang Berjaya

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Salah satu kelebihan yang besar semasa melantik pelatih intern adalah peluang untuk memilih dan membangunkan sumber bakat masa hadapan syarikat tuan. Satu tinjauan daripada Bridge states melaporkan bahawa lebih separuh daripada pelatih intern yang melepasi kelayakan yang ditetapkan berjaya memperolehi status sebagai pekerja penuh.

Walaubagaimanapun, pelatih perlulah dijelaskan terlebih dahulu mengenai persekitaran syarikat, posisi, dan komunikasi bersama kalangan ahli pasukan bagi menjamin pekerjaan mereka. Perkara ini boleh dicapai melalui Program Orientasi Pelajar Intern.

Program orientasi pelatih intern merupakan kaedah yang terbaik dalam memberi pendedahan kepada pelatih tuan tentang aktiviti utama bisnes danc gerak kerja organisasi tuan. Semakin cepat pelatih intern tuan memahami tentang persekitaran bisnes tuan, semakin singkat masa yang diperlukan untuk mereka memulakan tugasan. Hasil yang diharapkan daripada program ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada saiz organisasi atau program internship tuan, namun terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan bersama pelatih intern baru tuan:

  • Jumlah jam bekerja
  • Kod pemakaian
  • Tanggungjawab keseluruhan
  • Protokol keselamatan dan polisi syarikat

Susunan dan intipati latihan program internship yang terancang dan menyeluruh dapat membantu pelatih intern belajar dengan lebih berkesan dan menjadi sebahagian daripada aset yang produktif untuk syarikat. Luangkan sebahagian masa tuan dalam memberikan latihan secara langsung kepada pelatih tuan yang sebenarnya dapat menambahbaik keberkesanan program itu sendiri dan yang lebih penting dapat memberikan pengalaman yang berharga kepada pelatih intern tuan.

Senarai Semakan Program Orientasi Intern

  • Perkongsian tentang misi dan matlamat organisasi tuan.
  • Penjelasan tentang struktur organisasi dan tanggungjawab setiap bahagian atau jabatan.
  • Penerangan yang jelas dan spesifik tentang peranan dan tanggungjawab setiap pelatih intern dan modul latihan yang memberikan kemahiran-kemahiran tambahan yang dapat membantu mereka dalam menjalankan posisi tugasan baru mereka.

Matlamat Program Orientasi Intern

  • Memperkenalkan pelajar intern kepada jurulatih sementara mereka dan rakan sekerja baru yang lain.
  • Menyediakan mereka dengan maklumat yang berguna tentang persekitaran bisnes seperti operasi, polisi, prosedur organisasi tuan.
  • Perjumpaan bersama individu lain daripada jabatan atau bahagian yang berbeza supaya mereka mudah untuk menyesuaikan diri dan berinteraksi dalam kalangan ahli pasukan yang berlainan.
  • Memberi peluang kepada pelatih untuk berkenalan di antara satu sama lain dengan lebih rapat.
  • Memberi ruang kepada pelatih bagi merancang keperluan perkembangan profesional mereka dan mengenalpasti matlamat atau sasaran baru yang mereka ingin capai.

Jadika Hari Orientasi Intern Tuan Antara Pengalaman Yang Paling MENYERONOKKAN

program orientasi pekerja intern

Apakah kaedah yang lebih baik bagi mejayakan program orientasi pekerja tuan selain daripada pengenalan melalui aktiviti team building? Serlahkan lagi keseronokan yang sudah ada dengan merancang satu aktiviti yang berkesan. Kami di Cherating Lagoona Villa Resort menawarkan program aktiviti berkumpulan yang paling lengkap seperti aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), rekreasi rekreasi air dan darat seperti obstacle course, jetski, water rafting, flying fox, abseiling, ATV sport dan dll. Aktiviti team building bagi tujuan program orientasi dapat membantu dalam membina hubungan yang lebih baik di antara pelatih baru dan pekerja lama.

Sedari bahawa pelatih intern tuan mungkin mempunyai pemahaman yang sedikit atau langsung tiada tentang persekitaran kerja dan matlamat besar organisasi tuan. Program orientasi yang berjaya dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran dengan lebih cepat dan produktif!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA