Kesilapan Biasa Majikan Dalam Menangani Cabaran Menguruskan Pasukan | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Bergantung pada gaya pendekatan yang diambil oleh sesuatu majikan atau barisan pengurusan, kekuatan sesebuah pasukan itu sebenarnya dapat dibangunkan dan sebaliknya juga dapat diruntuhkan. Sebuah pasukan yang tersusun dan dikendalikan oleh sebuah pasukan pengurusan yang cekap dapat menaikkan keuntungan syarikat berlipat kali ganda disamping pada masa yang sama dapat mengekalkan kesetiaan pelanggan. Sebaliknya pula berlaku, sebuah pasukan yang memiliki ciri-ciri pengurusan yang lemah pula, dapat memberi kesan yang sebaliknya dan kesan tersebut dapat mejadi punca kepada permasalahan yang lain.

majikan bersama pasukan pekerja pengurusan

Semangat pasukan yang lemah, kemasukan pesaing-pesaing baru yang lain dalam pasaran dan peningkatan jumlah pelanggan yang tidak berpuas hati akan menyerlahkan lagi barisan pengurusan yang lemah dan ketandusan elemen-elemen penting yang dimilik sebuah pasukan yang mampan. Setiap ketua mestilah mempunyai kekuatan daya saing yang tinggi agar beliau dapat menguruskan pasukan beliau dengan lebih cekap bagi mendapatkan hasil yang positif.

Berikutnya adala beberapa kesilapan-kesilapan yang biasa berlaku apabila semasa menguruskan pasukan:

Pembahagian Tugasan

Setiap ahli pasukan perlulah saling bantu membantu antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaubagaimanapun, setiap ahli pasukan tetap diberikan sekurang-kurangnya satu tugasan dimana beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tugasan tersebut. Kesilapan yang biasa terjadi adalah dimana seorang pengurus gagal dalam menerangkan tanggungjawab setiap tugasan yang telah dibahagikan kepada setiap ahli pasukan beliau. Pembahagian tugasan yang tidak terancang membawa kekeliruan kepada ahli pasukan berkenaan tanggungjawab sebenar mereka, menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan tugasan dengan baik dan berkesan selain daripada masalah komunikasi dalaman dan salah faham antara satu sama lain. Oleh itu, seorang pengurus perlulah memastikan bahawa pekerja mereka diberikan penerangan yang jelas tentang peranan yang diamanahkan.

Komunikasi Yang Lemah

Komunikasi yang lemah adalah masalah biasa yang majikan sering hadapi bersama pasukan mereka. Pemimpin perlu sentiasa bersedia setiap masa bagi menjawab segala persoalan, masalah dan perkara-perkara lain yang dibangkitkan. Tambahan lagi, mereka perlulah memastikan pekerja mereka merasa selesa untuk menghubungi mereka apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Pemimpin dapat memudahkan urusan ahli pasukan mereka dengan menyediakan mereka dengan maklumat seperti alamat e-mel, nombor telefon dan apa-apa komunikasi peribadi yang mudah bagi mereka untuk hubungi apabila berhadapan dengan cabaran yang memerlukan nasihat dari pakar.

Sistem Pemantauan Pekerja Yang Tidak Berkesan

Ramai majikan yang sering menghadapi cabaran berkaitan soal aspek pemantauan pekerja mereka. Sebahagian besar majikan cuba untuk memantau sendiri prestasi dan gerak kerja pekerja dan pasukan mereka. Kaedah pemantauan yang tidak berapa cekap ini dapat melemahkan kedua pihak sama ada bisnes atau pasukan itu sendiri disebabkan faktor kemampuan individu perseorangan yang terbatas dalam mendapatkan pemahaman yang menyeluruh mengenai punca permasalahan.

Dengan memuat turun alatan teknologi dalam memudahkan perancangan tugasan ke dalam perisian komputer pejabat, pihak majikan dapat meringankan beban tugasan kerja harian mereka dalam tugasan penyeliaan dan pemantauan kerja. Sistem teknologi bagi memudahkan perancangan tugasan kerja yang canggih ini dapat memudahkan urusan penyediaan laporan secara automatik yang lebih berkesan dalam membantu majikan memantau setiap tugasan pekerja mereka. Perisian ini dapat membantu tuan dalam mengenal pasti masalah dengan lebih cepat sebelum masalah tersebut terus berlarutan dan pada masa yang sama dapat membantu tuan dalam menguruskan pasukan melalui perspektif yang lebih luas, berbeza daripada kaedah pemantauan gerak kerja individu atau pasukan yang dilakukan secara mikro.

Resolusi Konflik Yang Lemah

Pengurusan konflik yang lemah adalah sebahagian daripada masalah lain yang sering dihadapi barisan pengurusan dalam menguruskan pasukan. Sebahagian ahli pasukan lambat dalam memberi tindak balas sewajarnya kerana mereka beranggapan bahawa sesuatu masalah tersebut sebagai remah. Faktor lain pula adalah kerana terdapat sebahagian daripada pemimpin pasukan yang tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam ilmu pengurusan konflik. Masalah seperti ini dapat diatasi dengan mendaftarkan diri dalam beberapa kursus latihan yang berkaitan dengan subjek pengurusan konflik. Terdapat pelbagai institusi yang menawarkan kursus latihan pengurusan konflik di dalam negara kita. Kursus secara online atau webinar juga amat mudah didapati dan sebahagian kursus tersebut menawarkan tempoh masa pengajian yang singkat.

Persiapan Yang Lemah

Sebahagian besar majikan tidak memperuntukkan masa yang secukupnya dalam menyediakan latihan atau coaching peribadi yang berkesan untuk setiap ahli pasukan mereka. Meskipun setiap ahli dalam pasukan tersebut masing-masing membanting tulang supaya memastikan sasaran jualan yang dirancang tercapai, namun setiap ahli pasukan tersebut tidak dapat lari daripada hakikat seorang insan yang tetap mempunyai kelemahan peribadi masing-masing. Mereka dapat memperolehi manfaat yang besar sekiranya bos mereka meluangkan masa berkomunikasi dengan mereka tentang kekuatan dan kelemahan individu yag ada pada mereka. Barisan pengurusan dapat mengambil langkah proaktif dengan mengadakan penilaian secara berskala dan sesi temuramah individu secara perbadi.

Kritikan Yang Kurang Membina

Maklum balas yang sering diterima oleh pekerja daripada majikan mereka kebanyakan masa dapat memberi kesan kepada prestasi dan sikap mereka. Pekerja yang mudah rasa tersinggung cenderung menyimpan perasaan tidak berpuas hati dan sekiranya dibiarkan mereka mampu memberi ancaman pada kemampanan sesuatu organisasi. Majikan pula perlulah berhati-hati supaya tidak melemparkan kritikan yang negatif pada setiap masa. Mereka sebenarnya hanya perlu mengambil pendekatan berkecuali dengan tidak memberi maklum balas palsu semata-mata untuk menutup kesalahan mereka dan tidak juga memuji mereka yang gagal dalam melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Malah majikan perlu mengambil pendekatan tektikal yang berbeza bagi mengetengahkan permasalahan yang timbul dalam masa yang sama tonjolkan bahagian tugasan mereka yang berjaya disiapkan dengan cemerlang. Majikan yang mahu menambahbaik kemahiran mereka digalakkan untuk mendaftarkan diri dalam kursus kepimpinan terkini yang lebih segar dan berkesan .

Senarai-senarai di atas adalah masalah biasa yang dihadapi majikan apabila berhadapan cabaran menguruskan pasukan mereka. Barisan jurulatih atau ketua pasukan dapat mengambil peluang ini bagi menambahbaik persekitaran gerak kerja mereka dengan mengenalpasti dan menambahbaik kelemahan atau kelompongan yang masih ada. Manfaatkan semua panduan dan solusi yang dibincangkan dalam artikel ini di tempat kerja atau di dalam budaya organisasi tuan.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA