4 Tips Bagaimana Memulihkan Kelesuan Akibat Kerja Rutin Harian | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Apa yang berlaku jika tuan menyedari bahawa tuan dan pekerja tuan berada dalam kelesuan akibat kerja-kerja rutin harian?

Jangan risau, kelesuan adalah sebahagian daripada kehidupan normal. Di sini datangnya Team Building Korparat! Apabila tuan tidak menemui sesuatu yang baru dan menginspirasikan, atau yang mencabar di tempat kerja, tuan mungkin dapati diri tuan, dan staf tuan dalam pusingan rutin-rutin kerja harian yang sama. Mari kita bincangkan 4 tip ini untuk melepaskan diri daripada roda rutin kerja harian tuan.

1. Mengatur Aktiviti Yang Dapat Melepaskan Diri Daripada Kerja-Kerja Rutin

Teknologi terkini kadang-kala dapat membantutkan kemampuan untuk berfikir di luar kotak apabila ia mula menggambil alih akal dan idea inovatif kita sendiri. Lepaskan dan jauhkan diri daripada telefon tuan dan segala alatan teknologi yang lain, dan dorong tekanan untuk berkreatif dalam pasukan tuan! Inovasi secara langsung memberi impak perkembangan dan pertumbuhan syarikat. Apabila tidak ada cabaran baru di tempat kerja, situasi itu cepat melesukan. Untuk hindari daripadanya, cipta dan ikuti trend trend baru adalah kejayaan masa hadapan dalam dunia hari ini. Mulakan dengan aktiviti berkumpulan seperti makan tengah hari, berjalan, atau acara untuk memulakan idea-idea baru. Adakah masih terdapat projek yang tuan sudah lama tangguhkan dalam minda tuan? Buat sahaja. Sesiapa sahaja berpeluang menjadi seorang inovator.

2. Menggalakkan kolaberasi

Tanya pasukan tuan apakah cabaran yang mereka sedang usahakan? Inspirasi daripada kolaberasi hanya akan membawa kepada solusi kreatif. Tuan tidak rugi apa-apa!

Bukan sahaja ianya dapat menaikkan produktiviti pasukan tuan, tetapi ia juga boleh merevitalisasi dan menguatkan pasukan tuan.

3. Berwajah Baru

Mulakan perubahan. Perubahan adalah perkara yang tidak boleh dielakkan, namun sangat penting untuk kejayaan!
• Bincangkan perkara baru dan inovatif untuk menghadapi cabaran.
• Apakah ruang kelemahan yang dapat ditambah baik?
• Apakah yang tuan perlu lakukan untuk menggalakkan pasukan tuan terus mencapai kejayaan?

• Bolehkah tuan menghidupkan kemabali ruang suasana tempak kerja tuan?

Galakkan perubahan, dan tuan akan berada satu langkah kehadapan untuk memotivasikan mereka keluar daripada cengkaman kelesuan di tempat kerja! 

4. Insentif Bagi Penambahbaikan

Beri ganjaran pada staf tuan sebagai penghargaan kepada mereka tentang impak dan kemajuan idea yang mereka telah sumbangkan. Pengiktirafan sendiri adalah sesuatu ganjaran.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA