Panduan Sumber Manusia Untuk Persediaan Menghadapi Coronavirus: Sisi Manusiawi Dalam Persekitaran Kerja Secara Remote | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Mengharungi tempoh masa yang unik ini, kita semua sedang menunggu satu penantian yang amat menakutkan. Maklumat berita sentiasa mencurah-curah setiap jam, dan kita perlu respon dengan lebih fleksibel berbanding sebelum ini. Walaupun trend persekitaran kerja secara remote semakin mendapat permintaan yang tinggi, isu kepercayaan pula menjadi isu yang semakin penting. Menyedari perkara ini dapat membantu tuan menyesuaikan diri dalam keadaan semasa.

Tanpa perlu diingatkan lagi, sistem sokongan yang rapi mestilah ditempatkan seawalnya bagi membantu keberkesanan gerak kerja. Bermula daripada persiapan teknologi untuk kelancaran proses kerja, persefaham pasukan juga merupakan isu yang penting untuk ditekankan.

 “Tolong! Saya Seorang Yang Buta IT!”

Ingatlah – tidak semua daripada kita yang mahir dalam bidang teknologi dan bukan semua orang pula pernah memilki komputer canggih di rumah ataupun mempunyai idea tentang perkerjaan remote, oleh itu bantuan tambahan mestilah diberikan

Kerja secara jarak jauh atau remote - Team Building Malaysia

dalam menyelesaikan masalah ini. Satu akaun Skype milik individu mungkin sama seperti akaun Zoom untuk orang lain. Satu orang mungkin sudah tahu apakah yang dimaksudkan sebagai password VPN, sementara individu yang lain pula mungkin tertanya-tanya “Apakah yang tuan sebenarnya maksudkan?!” Meskipun tuan mungkin kekurangan sumber atau dana bagi menempatkan struktur teknologi yang lebih ideal yang disokong dengan alatan kerja lain yang berkaitan, namun tuan masih perlu menyediakan pekerja dengan informasi yang berterusan munggunakan bahasa yang mudah difahami untuk semua orang supaya dapat memastikan setiap individu dalam pasukan tuan berada dalam roadmap yang sama.

Untuk bekerja dengan lebih berkesan, kita memerlukan lebih dari sekadar teknologi. Dalam mengharungi isu global ini, kita semua akan respon mengikut cara kita sendiri. Satu-satunya cara untuk menghubungkan semua kisah silam kita adalah melalui sikap kasih sayang dan ruang belas ihsan. Luangkan masa untuk menyusun beberapan pecahan bahagian-bahagian kecil dan wujudkan satu sistem sokongan bersifat persahabatan dimana panduan mudah didapati dan idea dapat dikongsikan sesama rakan sekerja. Persekitaran positif ini dapat membantu dalam proses penyesuaian diri dan gerak kerja dalam sistem baru.

Pekerja Juga Manusia

Sebagai seorang pemimpin dan pengurus pasukan, kita mestilah menunjukkan gaya komunikasi yang tenang dan tegas. Kemampuan untuk bangkit semula menjadi sangat penting walaupun dalam keadaan persekitaran yang tertekan, turun naik dan sangat mencabar. Berita baiknya adalah kemahiran seperti ini boleh dipelajari dan ditambahbaik melalui latihan yang berterusan, sama ada secara individu, mahupun sebagai sebuah pasukan melalui perkongsian pengalaman dan pembelajaran secara berkumpulan. Contohnya di laman edx.org, mereka diantara salah satu organisasi yang berjaya merevolusikan program latihan kaedah tradisional kepada program secara online seperti  Bengkel Pembangunan Profesional. Malah lebih penting berbanding masa lepas, ini merupakan masa yang tepat untuk semua orang membangunkan dan memanfaatkan kemahiran interpersonal dalam mempertingkatkan komunikasi dan juga produktiviti. Untuk mendapatkan lebih banyak konten yang bermanfaat seperti ini semak webinar percuma daripada Virtual Teambonding pada setiap minggu.

Membenarkan Masa Tambahan

Dalam menyesuaikan budaya kerja di pejabat ke dalam persekitaran kerja di rumah, berikan mereka sedikit tempoh waktu dalam mengesuaikan diri kepada perubahan. Apa yang mereka biasanya siapkan dalam tempoh satu jam mungkin bertambah menjadi dua jam, dan situasi seperti ini sebenarnya masih dikira normal. Bekerja dalam persekitaran baru, meskipun tidak berapa ideal, mungkin akan berlaku banyak kesilapan.  Galakkan dan rancang sedikit masa untuk menyemak semula tugasan yang telah disiapkan. Sediakan satu garis masa dan struktur projek untuk melancarkan gerak kerja.

Susun gerak kerja tuan menggunakan kaedah saluran komunikasi berpusat untuk mengelakkan pertindihan kerja dan maklumat.

Mudahkan semua urusan. Cuba sesuaikan diri dan menjadi lebih fleksibel. Jangan buat keputusan dengan teragak-agak dan dapatkan fakta dalam semua keadaan.

Arahan Bertulis vs. Lisan

Terdapat banayk perbezaan diantara kaedah memberi arahan secara bertulis dan kaedah memberi arahan secara lisan. Malah di dalam jabatan marketing kami sendiripun, kami juga perlu cermat dalam membahagikan tugasan, menentukan deadline, dan meletakkan harapan yang jelas. Setiap kali ada waktu kelapangan kami akan mengadakan perjumpaan bersama melalui kaedah panggilan video secara online. Perincikan hasil kerja yang diharapkan bagi setiap projek adalah kunci gerak kerja berkesan. Walaupun kita mungkin rasa kita sudah faham apa yang dimahukan, namun tidak salah sekiranya kita mahu mendapat kepastiannya kali kedua.

Komunikasi Yang Jelas

Apabila tuan mahu berikan arahan, luangkanlah sedikit masa untuk menyemak semula apa yang tuan sudah fahami. Mengunakan teknik ini, tuan dapat mengurangkan kesilapan dan salah faham komuniasi dalam kalangan rakan sekerja, dimana sekiranya perkara ini tidak dibendung awal ianya boleh mudah merebak dan akhirnya menjadi parah. Ini juga merupakan salah satu amalan yang baik yang perlu diterapkan bagi melancarkan aliran gerak kerja yang lebih efektif.

Ingat kembali pengalaman-pengalaman yang lepas ketika tuan sedang cuba belajar sesuatu yang baru –  ingat kembali bertapa sukarnya pengalaman tersebut sewaktu tuan mula-mula cuba mempelajarinya. Kaedah yang lebih mudah perlu dirangka bagi membantu tuan untuk mendapatkan gambaran yang penuh tentang sesuatu idea.

Komunikasi sebenarnya menjadi lebih mudah ketika berdamping dengan orang yang kita rasa seronok, dan sebagai seorang insan biasa kita tidak mampu membina hubungan positif yang sama tahapnya dengan semua orang. Sekiranya tuan sedang bekerja rapat dengan individu lain yang memiliki personaliti yang berbeza daripada tuan, luangkan masa untuk perhatikan bagaimana corak gerak kerja mereka dan susuaikan gaya kerja tuan dengan mereka. Simpan satu buku catatan nota atau agenda untuk merangkumi apa yang tuan perlukan. Penyediaan perancangan yang tersusun akan dapat membantu tuan bagi menghadapi cabaran komunikasi hari ini. Ingatlah “Less is always more”.

Biasakan Diri Dengan Gangguan Persekitaran Baru

Semasa bertugas dalam persekitaran remote sudah tentu ada cabaran dan gangguannya tersendiri, dan perkara-perkara yang di luar daripada jangkaan kita. Ambil peka perkara ini sebelum tuan merancang tugasan harian tuan. Kita mestilah bersikap lebih terbuka dalam memberi respon kepada apakah yang dimaksudkan dengan virus manusia itu. Produktiviti pasukan juga mungkin menerima kesannya sewaktu pasukan sedang menyesuaikan diri ke dalam persekitaran kerja di rumah. Sebagai seorang pengurus, pasukan tuan mestilah dapat merasakan kehadiran tuan dengan cara memberi bantuan kepada mereka dari segi sokongan, tip productiviti, dan maklum balas peribadi yang membina dan berterusan.

Bersikap Realistik

Kita sekarang berada dalam waktu yang sangat luar biasa, jadi pamerkanlah sikap kasih sayang dan luangkanlah masa antara satu sama lain. Mempunyai teman rapat untuk meluahkan perasaan pada waktu-waktu seperti ini dapat mewujudkan satu hubungan komunikasi yang kukuh dan efektif. Walaupun hampir semua rakan sekerja tuan terpaksa bekerja di rumah, sebilangan daripada mereka pula mungkin rasa tertekan dengan persekitaran kerja yang terasing. Aktiviti pergaulan terhad dalam kehidupan harian boleh membawa kesan yang tidak baik, yang mana menjadi punca kepada pemikiran negatif terutama sekali pada zaman yang tidak menentu hari ini.

Di Cherating Lagoona Villa Resort, kami juga sedang mengharungi cabaran semasa hari ini dengan menggunakan pendekatan komunikasi secara lebih terbuka tentang apa yang kami perlukan dan tetapan sasaran yang lebih jelas. Kami menggunakan masa ini sebagai satu peluang untuk membangun bersama sebagai sebuah pasukan dengan lebih rapat menggunakan pendekatan yang lebih berani dan jujur dan tidak membenarkan jarak diantara kami sebagai penghalang kepada penyatuan pasukan.

Bagaimana Cherating Lagoona Villa Resort Melangkah Kehadapan Sebagai Sebuah Syarikat Team Building

Kesan daripada virus ini, tahun 2020 merupakan masa yang terbaik untuk memberi perhatian kepada  program team building secara virtual. Kami menjangkakan program virtual seperti ini akan menjadi salah satu keperluan new normal dalam dunia korporat dalam menaikkan motivasi pasukan dan hubungan kerja meskipun sedang berhadapan dengan kekangan jarak sosial.

Pada artikel yang lepas, kami memperkenalkan aktiviti perminan online seperti Rancangan Permainan Virtual – Jeopardy, dimana kita sebagai sebuah syarikat akan bermain bersama-sama – dan pada masa ini pun, sudah banyak syarikat di seluruh dunia sudahpun mencuba keseronokkan yang sama! Permainan ini sebenarnya sangat mudah dan semua soalan-soalan yang diberikan boleh diubahsuai, termasuklah bahagian acara pasukan beregu dan di peringkat akhir Jeopardy. Ianya tidak ubah seperti rancangan di kaca TV. Saya secara peribadinya, telah tersilap melakukan pertaruhan terlebih awal dan besar menyebabkan saya kehilangan semua mata saya! Meskipun saya berada dalam ruang pejabat rumah saya dan berada jauh daripada pasukan saya, saya masih lagi merasai semangat perhubungan – dan inilah matlamat sebenar program ini.

Kami Bantu Pasukan Tuan Untuk Kekal Berhubung

Aplikasi hubungan virtual boleh dan akan memperkukuhkan dan menyatukan pasukan tuan. Dengan hanya menggunakan alatan teknologi di hujung jari kita,

kita sebenarnya sangat bertuah kerana hidup di zaman serba canggih ini. Persediaan pekerja kita ke arah hubungan virtual memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tumpuan. Sebaiknya, lantiklah seorang pengurus untuk menguruskan bahagian ini. Luburkan masa dalam mengkaji apakah teknologi atau aplikasi-aplikasi baru yang terdapat di luar sana. Aplikasi dalam bentuk permainan bukan bertujuan untuk mendapatkan keseronokkan semata-mata. Matlamat utamanya adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan ahli pasukan.

Masa yang digunakan untuk mencari kaedah kreatif untuk digunakan dalam pekerjaan tuan bukanlah perkara yang sia-sia dan buang masa. Otak manusia tidak mampu untuk kekal fokus setiap masa dan memerlukan waktu rehat yang secukupnya. Sekiranya mereka tidak dipersiapkan, biarlah mereka sendiri mencarinya. Dengan mengadakan aktiviti team building secara remote, tuan sebenarnya sedang membangunkan sebuah pasukan mampu berfikir sendiri sistem yang sesuai bagi menambahbaik gerak kerja yang lebih berkesan.

Kami sudah melihat banyak kejayaan hasil daripada program acara team building virtual, dengan satu objektif yang sama iaitu untuk menyeragamkan keperluan dalam berkongsikan kemahiran. Kami melihat situasi yang sama terjadi dalam permainan team building tradisional seperti Treasur Hunt! . Baru-baru ini juga kami telah terlintas dengan satu laman web luar negara yang menawarkan satu permainan team building virtual secara online yang dinamakan sebagai Virtual Museum Hunts, sebagai satu kaedah alternatif bagi mengumpulkan pasukan remote untuk melibatkan diri di dalam permainan scavenger hunt! Saya sendiri pun masih rasa terpesona dan kagum dengan kemajuan tekonologi yang kita ada pada hari ini yang masih memberi ruang pada kita untuk mengembangkan lagi kaedah program team building yang dijalankan selari dengan kemajuan IT pada masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri elemen penting seperti keseronokkan, motivasi dan intelektual.

Sebenarnya ini merupakan masa yang terbaik untuk setiap ahli pasukan mengambil peluang untuk mengenali di antara satu sama lain dengan lebih dekat. Sebelum itu, jangan lupa juga untuk menyemak senarai alternatif aktiviti team building virtual bagi pasukan remote bagi membantu tuan untuk mendapatkan lebih banyak idea sebelum meracang aktiviti team building tuan yang akan datang. Manfaatkan juga masa ini untuk mengkaji bagaimana kita dapat menambahbaik cara kita bekerjasama denga lebih berkesan. Dengan adanya matlamat yang lebih jelas, pasukan kita dapat melakukan kerja dengan berkesan sekiranya kita hanya memfokuskan pada persamaan meskipun kita semua berada berjauhan di antara satu sama lain. Hubungi kami hari ini!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA