Si dia memilih untuk meninggalkan tuan. Maka tamatlah hubungan tuan berdua. Sekarang tuan tidak boleh patah balik semula! Apa yang tuan mampu lakukan adalah belajar daripada kesilapan tuan sendiri.
Pusing ganti pekerja (employee turnover) boleh menjadi sesuatu yang sukar, walaupun persahabatan itu masih boleh dikekalkan, walau apa pun alasannya, tiada siapa yang mahu lalui perkara seperti ini, malah tidak juga bagi pekerja yang memilih untuk meninggalkan tuan.
Tapi tuan mahu menjadi seorang pengurus yang lebih baik…pemilik bisnes yang luar biasa…yang mempunyai pasukan paling kuat dan kadar pengekalan pekerja (employee retention) paling tinggi, bukan?!?! Bagaimana si dia sampai hati meninggalkan tuan seperti ini?!
Terdapat beberapa faktor biasa yang memberi kesan pada pusing ganti pekerja (turnover).
- 32% daripada pekerja berhenti kerja kerana faktor peluang kerjaya yang lebih baik atau peluang-peluang lain yang lebih baik.
- 22% daripada pekerja berhenti kerja disebabkan faktor gaji dan imbuhan.
- 20% daripada pekerja berhenti kerja kerana faktor kesesuaian kerja yang rendah.
- 17% daripada pekerja berhenti kerja disebabkan faktor pengurusan ataupun persekitaran kerja. (Itu tuan!)

Daripada: BOLT Insurance
Baiklah, baiklah. Ianya mungkin tiada kena mengena dengan tuan. Kebanyakkan faktor pusing ganti pekerja bukanlah bersifat peribadi, namun tuan masih boleh melakukan sesuatu untuk mengambil pelajaran daripada pengalaman yang lepas dan mewujudkan faundasi yang lebih baik untuk masa hadapan.
Pusing ganti pekerja bukan sahaja sangat mengecewakan, malah ianya juga melibatkan kerugian kos yang besar juga. Purata bagi kos pusing ganti bagi seorang pekerja yang dibayar RM8 satu jam adalah RM5,500. Alamak!
Langkah #1: Jalan Terus!
Seperti mana-mana hubungan yang terputus di tengah jalan (walaupun masih mesra), ianya sangat normal untuk tuan merasakan seperti tuan sudah messed up– memikul tanggungjawab bagi kesalahan tuan adalah sikap yang sihat (dan membantu!). Dari sudut yang lain pula, tuan juga perlu menerima hakikat bahawa tuan adalah seorang manusia yang baik.
Si dia telah melakukan beberapa kesalahan. Tuan sudahpun cuba untuk menegur beliau beberapa kali. Satu peringkat tuan masih cuba mengendahkannya yang akhirnya menyebabkan tuan melalui satu tempoh kemarahan tertentu adalah situasi semula jadi yang sering berlaku, namun sikap berlapang dada dan reda dengan apa yang terlah berlaku adalah kunci kepada permulaan semula yang baru. Sekiranya tuan tidak berhenti menunding jari kepada orang lain, tuan tidak akan mampu untuk menilai keseluruhan situasi tersebut tanpa bersikap berat sebelah.
Langkah #2 Refleksi diri!
Refleksi diri merupakan kuncinya, untuk tuan dan organisasi tuan. Fikir (dan bercakap) tentang isu yang menyumbang pada pusing ganti pekerja dan kenal pasti solusinya tanpa bercakap lagi mengenai si dia. Fokus pada diri sendiri. Dapatkan penglibatan barisan pengurusan dalam memfokuskan pada organisasi tuan, matlamatnya dan bagaimana tuan mahu membina pasukan yang lebih mampan.
- Perhatikan semua kejayaan yang tuan sudah berjaya kecapi hari ini.
- Komunikasi dengan rakan dan sahabat handai.
- Dapatkan maklum balas dan nasihat daripada mentor.
- Buat satu senarai peringatan tentang perkara-perkara yang tuan mahu capai atau tambah baik.
Langkah #3 Bina satu faundasi baru.
Tuan tidak akan lupakan ahli pasukan tuan yang lain, bukan? Sebagai seorang ketua, tuan sering kali perlu berhadapan dengan “break-up” dan terus menyuburkan hubungan sedia ada secara berterusan. Menangani situasi seperti ini memerlukan bakat! Tuan perlu sudah ada bakat dan kemahiran ini dalam diri tuan. Apa yang tuan perlukan adalah alat kerja yang dapat membantu tuan untuk kekal fokus.
- Mahu melancangkan produk baru? ……………… Idea pesta pelancaran produk baru yang paling hebat
- Perlukan ice breaker untuk pasukan baru? ….………… Idea ice breaker untuk hari orientasi yang tidak membosankan
- Ada sesuatu yang menghalang organisasi tuan? … 5 jenis latihan yang dapat meruntuhkan tembok penghalang
- Menghadapi banyak cabaran dalam satu masa? ………… Custom Team Building
Bagaimanakah tuan menangani situasi pusing ganti pekerja (employee turnover)? Minta kongsikan kata-kata hikmah tuan bersama pembaca kami.