Alihkan Fokus Anda | Fahami Kepentingan Pengekalan Pekerja (Employee Retention) – Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Isu pengekalan pekerja (employee retention) adalah isu yang penting untuk dipantau di dalam persekitaran tempat kerja. Memahami jumlah kekerapan pekerja tuan mengakhiri karier mereka bersama organisasi tuan dan mengapa mereka memilih untuk menamatkan tugasan mereka adalah penting bagi menangani masalah pengekalan pekerja. Sebahagian besar alasan yang diberikan sebenarnya bukanlah bersifat peribadi, namun tuan sebenarnya mampu membuat beberapa penambahbaikkan daripada kejadian yang lepas dan bangunkan semula faundasi yang lebih baik untuk masa hadapan yang lebih mampan.

Mengapa Pengekalan Pekerja (employee retention) sangat penting?

Purata kos pusing ganti pekerja (turnover) bagi seorang pekerja yang berpendapatan RM8 satu jam adalah dianggarkan berjumlah RM5,500. Proses melantik pekerja baru hanyalah permulaan bagi membangunkan semula tenaga sumber manusia syarikat tuan. Lantikan baru memerlukan pelaburan masa dalam proses orientasi dan latihan yang secara tidak langsung membawa memberi kesan kepada penurunan dalam produktiviti syarikat. Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi juga sebenarnya dapat melemahkan pasukan dan organisasi itu sendiri.

Walaubagaimanapun, cara berfikir yang memfokuskan pada solusi masalah (pengekalan pekerja) adalah lebih penting dalam menangani cabaran besar seperti masalah pengekalan pekerja (employee turnover). Cara berfikir yang hanya memfokuskan pada masalah sahaja tidak banyak membantu tuan dalam menangani isu yang sedang dihadapi. Apabila kita hanya menggunakan akal kita bagi mencari punca masalah, ianya sebenarnya mempunyai kesan yang negatif pada semangat motivasi pasukan tuan.

 “Kita mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah kita seandainya kita masih mempunyai cara fikir pada tahap yang sama, dimana kemungkinan besar menjadi punca kepada permasalahan itu sendiri” ― Albert Einstein

Pemantauan prestasi kadar pusing ganti pekerja (turnover) merupakan langkah yang pertama perlu diambil. Teknik untuk menambahbaik kadar pengekalan pekerja termasuklah:

  • Menawarkan pakej imbuhan dan manfaat yang kompetitif mengikut kesesuaian keperluan pekerja.
  • Mengumumkan beberapa faedah tambahan secara tidak dijangka.
  • Memperkenalkan bentuk cabaran baru seperti pertandingan atau initiatif yang dapat mendorong motivasi pekerja.
  • Mengadakan sesi wawancara bersama pekerja lama.
  • Mendahulukan tawaran kenaikan pangkat kepada pekerja lama.
  • Menyediakan roadmap perkembangan kerjaya di dalam organisasi.
  • Memupuk budaya persekitaran yang menggalakkan komunikasi terbuka di antara pengurusan dan staf.
  • Menggalakkan barisan pengurusan melibatkan diri secara langsung di dalam program latihan dan mentoring mereka.
  • Sentiasa ingatkan kembali tentang matlamat besar bisnes tuan.
  • Menawarkan initiatif tambahan yang berbentuk wang tunai.
  • Pastikan pekerja jelas mengenai harapan tuan kepada mereka.
  • Melantik seorang pengurus profesional yang mahir dalam pengurusan sumber manusia.

Aktiviti Team Building mendorong kadar pengekalan pekerja (employee retention)!

Matlamat utama adalah menghancurkan tembok pemisah yang dapat menghalang syarikat untuk berkembang dengan sihat dan pada masa yang sama dapat mengadakan perbincangan secara kumpulan dalam keadaan suasana yang menyeronokkan berbeza daripada persekitaran harian pejabat yang normal. Keadaan persekitaran di luar pejabat dapat menenggelamkan budaya hierarki pejabat dan mewujudkan suasana yang lebih santai.

Pengekalan pekerja/employee retention - Team Building Malaysia

Terdapat kajian yang juga membuktikan bahawa individu yang melibatkan diri dalam persekitaran pembelajaran yang interaktif (menjalankan tugasan yang sebenar, simulasi, permainan berbentuk latihan, dll.) mampu mengekalkan 90% daripada maklumat yang diterima. Bukankah jenis pengekalan (retention) sebegini yang dapat membezakan pasukan tuan daripada yang lain? Kami juga berfikiran begitu!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA