Kelebihan Team Building Remote Gaya Virtual

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Baiklah, adakah pada masa ini, tanpa disengajakan tuan mendapati bahawa tuan sedang menyesuaikan diri dalam suasana pengurusan gaya remote? Pada artikel kali ini tuan akan dapat lebih banyak maklumat mengenai manfaat team building gaya virtual sementara kami kongsikan juga beberapa idea-idea aktiviti team building gaya virtual yang tuan boleh implementasikan. Budaya kerja secara remote sudah menjadi topik yang hangat dibincangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan dengan kehadiran ujian COVIC-19 ini akan memaksa lebih banyak lagi organisasi mengadaptaskan diri ke arah persekitaran kerja secara online, jesteru itu team building gaya remote sudah menjadi satu keperluan dalam bahagian operasi bisnes dan tenaga sumber manusia. Namun begitu cabaran situasi semasa hari ini perlu dilihat sebagai satu peluang untuk memaksa diri untuk berfikir dengan lebih kreatif tentang bagaimana untuk menyatukan pasukan tuan dan menjadikan mereka rasa seronok dengan persekitaran kerja yang baru ini, terutamanya sekali dalam situasi genting yang sangat mencabar dan tertekan.

Kaedah Untuk Mengadaptasikan Team Building Tuan Kepada Online

Jangan risau, terdapat pelbagai pilihan cara yang boleh digunakan untuk mentransformasikan team building syarikat tuan kepada online. Daripada aktiviti permainan online yang berintensiti tinggi hinggalah kepada aktiviti team building yang memfokuskan pada kesihatan dan kesejahteraan, terdapat pelbagai lagi acara team building virtual yang sudah mula mengambil tempat di dalam pasaran. Aktiviti-aktiviti seperti ini memberi peluang kepada setiap pasukan untuk membangunkan kemahiran komunikasi mereka menjadi lebih mampan melalui saluran online dalam usaha mendorong produktiviti dan kepuasan pasukan.

Acara Berintensiti Tinggi

Team Building Remote gaya virtual - Team Building Malaysia

Salah satu contoh terbaik permainan team building virtual yang berintensiti tinggi ialah Jeopardy!®.  Konsep permainan ini diambil daripada permainan indoor game pejabat yang biasa dan kemudiannya diubah suai kepada online, malah permainan ini juga boleh disesuaikan mengikut keperluan semasa syarikat tuan. Tuan juga boleh mengambil konsep permainan Jeopardy!®, dimana soalan-soalan yang diberikan telahpun disesuaikan bagi menonjolkan imej syarikat tuan secara khusus, mengenali jurang pengetahuan bidang pekerjaan, atau hanya sebagai acara team building biasa yang menyeronokkan. Tidak kira apapun niat tuan, permainan berkonsepkan pembelajaran melalui keseronokan seperti Jeopardy!® ini dapat memberi peluang kepada  setiap ahli pasukan untuk merapatkan hubungan sesama sendiri secara virtual dengan menggunakan saluran-saluran baru yang lebih interpersonal.

Kesihatan dan Kesejahteraan

Satu lagi bab penting dan tepat pada masanya untuk pasukan virtual tuan ialah fokus dalam bab kesihatan dan kesejahteraan. Hampir semua event permainan online diluar sana membolehkan penyesuaian pada permainan online itu sendiri bergantung kepada keperluan dan saiz pasukan. Aktiviti team building Virtual  memfokuskan tentang cabaran berkaitan kesihatan yang digambungkan dengan video, gambar, media sosial dan permainan trivia. Setiap pasukan perlu mengutip mata bagi menambahkan jumlah mata terkumpul dan juaran keseluruhan akan ditentukan berpandukan beberapa faktor antaranya jumlah keseluruhan mata yang tertera di papan mata, jumlah bilangan cabaran yang berjaya dilengkapkan, dan berapa kreatif konten media yang mereka hasilkan.

#KesehjateraanYangDibayangkan

Pasukan yang boleh bergelak ketawa bersama, juga merupakan pasukan yang berinovasi bersama. Pekerja yang yang mendaftar diri di dalam permainan team building online akan disusun dalam persekitaran yang dapat menggalakkan komunikasi dan kolaborasi. Cara bagaimana kita berkomunikasi telah banyak berubah; seiring dengan perkembangan teknologi, kita hari ini mampu berkomunikasi di antara satu sama lain hanya melalui skrin komputer, tanpa bergantung pada bahasa isyarat tubuh badan (body language). Selain daripada itu, para peserta program ini juga terpaksa melangkah keluar daripada zon selesa dan dapat membawa pulang beberapa kemahiran baru seperti kemahiran mendengar yang proaktif, menajamkan fokus, membina kepercayaan dan kasih sayang antara satu sama lain dan yang paling penting dapat beseronok dan bergelak ketawa bersama!

Team Building Remote gaya virtual - Team Building Malaysia

Terdapat terlalu banyak aspek positif yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan dalam persekitaran budaya kerja secara remote. Pasukan juga dapat menambahbaik kemahiran komunikasi serta produktiviti pasukan melalui Kursus Latihan Secara Virtual. Pekerja pula mendapat peluang untuk bersama-sama dalam pembelajaran berasaskan pengalaman secara remote. Kursus latihan secara virtual ini dapat diubah suai mengikut keperluan syarikat agar kita dapat menilai sejauh mana keberkesanan persekitaran kerja di rumah dapat menyumbang kepada produktiviti dan keseronokkan mereka.

Budaya Virtual Syarikat Membawa Perbezaan

Fokus objektif acara ini memberi peluang kepada pasukan untuk menjadi lebih kuat sementara pada masa yang sama menyumbang kepada kesejahteraan individu secara menyeluruh. Terutamanya pada masa kebimbangan COVIC-19 ini, memfokuskan isu kesejahteraan ahli pasukan adalah langkah penting dalam memupuk nilai kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli pasukan.

Apa yang paling penting adalah pengurus dan ahli pasukan mencapai kata sepakat dengan konsisten untuk program team building remote. Apabila bekerja dalam persekitaran remote, kita mudah lupa tentang keperluan hubungan interpersonal kerana kita hanya lebih memfokuskan kepada manfaatnya sahaja contohnya dari segi kecekapan kerja atau fleksibiliti masa. Walaupun kita sentiasa ada ruang dan masa untuk aktiviti team building yang mempunyai kaitan dengan tugasan kerja, namun selitkan juga aktiviti-aktiviti lain yang di luar daripada konteks kerja.

Pada zaman dimana persekitaran tempat kerja semakin virtual, aktiviti team building gaya remote adalah peluang terbaik untuk menambahbaik keterikatan pekerja (employee engagement). Integrasi team building kedalam pasukan remote akan memberi pulangan yang besar dalam menaikkan semangat pasukan dan menambahbaik budaya syarikat.

Apa lagi yang tuan sedang tunggu?

Ambil langkah pertama hari ini untuk menambahbaik pasukan virtual tuan atau terus hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lain berkaitan topik team building remote, atau apa sahaja topik lain yang berkaitan!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA