Memahami Kadar Pusing Ganti Pekerja: Bagaimana Untuk Menjimatkan Masa dan Wang | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Faktor kadar pusing ganti pekerja (employee turnover) menyumbang peranan penting dalam mengekalkan kemampanan syarikat. Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi dapat menyumbang pada kerugian yang tinggi yang akhirnya boleh melemahkan bisnes itu sendiri. Pusing ganti pekerja (turnover) datang daripada pelbagai punca, maka elakkan daripada perkara buruk berlaku dan perhatikanlah perkara baik yang dapat dicontohi.



Mengapakah pekerja tuan berhenti??? Pusing ganti (turnover) datang daripada dua bentuk:

Pusing ganti berlaku secara sukarela berlaku apabila seorang pekerja mengambil keputusan sendiri untuk berhenti kerja. Ini mungkin berpunca daripada perskitaran/budaya kerja yang lemah, roadmap kerjaya yang tidak merangsangkan atau komunikasi yang lemah. Ini semua menjadi punca kepada pusing ganti pekerja yang perlu dielakkan.

Pusing ganti secara bukan sukarela berlaku apabila seseorang pekerja itu dipecat atau ditamatkan perkhidmatannya oleh pihak syarikat sendiri. Pengurangan pekerja mungkin diperlukan bagi menjamin kelangsungan hidup sesebuah organisasi. Kesakitan dan kematian adalah contoh faktor yang di luar daripada kawalan tuan. Setiap syarikat mempunyai kadar pusing ganti pekerjanya yang tersendiri kerana bukan semua orang akan memilih untuk kekal bersama atau melakukan pekerjaan yang sama selama-lamanya.

Beri perhatian kepada semua jenis bentuk pusing ganti (turnover).

Pusing ganti secara bukan sukarela boleh memberi kesan jangka masa panjang kepada kadar pusing ganti pekerja secara sukarela yang tinggi. Memahami kos kadar pusing ganti pekerja sudah cukup untuk dijadikan motivasi bagi mengelakkannya. Berpunca daripada kadar pusing ganti pekerja yang tinggi, banyak syarikat yang terpaksa menanggung beban kos langsung (direct cost) dan kos tidak langsung (indirect cost) yang tinggi. Kos tidak langsung termasuklah kos yang dikeluarkan bagi membayar perekrut untuk mendapatkan tuan pekerja baru manakala kos langsung pula termasuklah kejatuhan pendapatan kesan daripada kekurangan pekerja. Semakin tinggi kadar pusing ganti pekerja, semakin tinggi kos terkumpul. Jangan lihat hanya dari sudut faktor nilai mata wang. Kerugian lain termasuklah dari sudut faktor masa, pengatahuan, dan semangat moral. Tuan terpaksa meluangkan masa emas tuan dalam kerja-kerja merekrut dan melatih pekerja baru. Tambahan kepada kerugian sedia ada, pekerja akan membawa keluar bersama ilmu yang mereka perolehi apabila mereka berhenti. Ilmu pengatahuan ini memerlukan tambahan masa lagi melalui pengalaman dan latihan. Apakah tuan sudah terbiasa dengan corak sebegini? Kesimpuln umumnya, pusing ganti pekerja = kerugian besar.

Employee Turnover Keterikatan Pekerja - Team Building Malaysia

Betulkan apa yang ada dalam kawalan tuan sahaja.

Lantik pekerja yang betul.

Proses pengambilan pekerja adalah tempat permulaan yang baik untuk mengurangkan kadar pusing ganti pekerja. Sediakan langkah pencegahan yang berkesan dan lantik orang yang betul. Meskipun terdapat ramai calon yang berkongsi kemahiran yang sama, tuan sebenarnya lebih memerlukan seorang yang mudah menyesuaikan diri kepada budaya syarikat dan rakan sekerja yang lain. Sekiranya tuan mempunyai pekerja yang tidak memenuhi kriteria dan jangkaan yang diharapkan, mereka mungkin dapat melemahkan syarikat melebihi skop individu yang ada dengan memberi kesan negatif secara langsung kepada produktiviti dan moral individu lain. Gantikan mereka dengan seseorang yang mempunyai kemampuan untuk menggalas tugasan tersebut adalah satu-satunya jalan yang ada bagi menyelesaikan masalah ini. Mulakan dari bawah dan elakkan masalah seperti ini daripada terus berulang dengan melantik calon yang betul sejak hari pertama lagi.

Komunikasi.

Kekalkan persefahaman di antara ahli pasukan. Sikap mengambil berat tentang kebajikan pekerja tuan juga merupakan perkara penting agar mereka dapat merasakan bahawa diri mereka dihargai. Beritahu pasukan tuan bahawa suara mereka didengari. Pendekatan komunikasi yang lebih terbuka juga dapat membantu tuan dalam situasi dimana salah seorang daripada pekerja tuan mahu berhenti kerja. Sekiranya tuan dapat memahaminya lebih awal, tuan mungkin dapat menangani isu seperti ini dan membantu mereka untuk terus kekal.

Semak semua kadar gaji dan lain-lain manfaatkan yang ditawarkan

Mungkin ada pekerja tuan yang memilih untuk meninggalkan syarikat kerana mereka merasakan bahawa gaji yang diterima (atau manfaat lain) tidak setimpal dengan prestasi atau tanggungjawab yang mereka pikul. Ini semua adalah antara faktor-faktor penting dalam pengekalan pekerja, terutamanya bagi generasi milenium yang baru sahaja menceburi bidang kerja. Biasanya,semakin tinggi kadar gaji yang diterima, semakin rendah kadar pusingan ganti pekerja. Situasi ini sangat benar tambahan pula dengan jadual waktu kerja yang fleksibel dan bantuan latihan yang sewajarnya. Bersikap lebih murah hati dengan pekerja yang memang layak, atau tidak ianya akan lebih merugikan tuan seandainya mereka berhenti kerja.

Hubungan rapat bersama pekerja

Gaji dan pendapatan yang setimpal tidak menjamin pengekalan pekerja tuan. Sekiranya tuan mengharapkan kadar pusing ganti (turnover) yang rendah, tuan perlulah membina hubungan yang rapat bersama pasukan tuan. Seandainya mereka tidak merasa seronok dengan persekitaran budaya kerja yang membosankan di tempat kerja, jalan terbaik bagi mereka mungkin adalah dengan berhenti kerja. Paling kurangpun, mereka lebih cenderung untuk menunjukkan sikap yang kurang produktif.  Alatan menambahbaik keterikatan kerja (engagement tools) akan membantu tuan mengeratkan hubungan dengan pekerja tuan dan menjadikan mereka berasa lebih seronok untuk datang ke tempat kerja. Orang tidak mempunyai sebab untuk berhenti kerja sekiranya kebajikan mereka dijaga dan mereka merasa seronok.

Menjadi pemimpin yang baik.

Sering kali sebenarnya, pekerja meletak jawatan bukan kerana syarikat mereka tetapi kerana pengurusan mereka. Terdapat banyak kesan negatif hasil daripada pengurusan yang lemah dan kadar pusing ganti pekerja yang tinggi hanyalah salah satu daripadanya. Namun di akhir hari, tuan sendiri adalah individu yang bertanggungjawab tentang apa yang berlaku di dalam syarikat tuan. Barisan pengurusan yang bagus adalah individu yang mampu mendorong kejayaan semua orang dalam pasukan.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA