Idea Buah Tangan Untuk Rakan Sekerja | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Pemberian cenderahati atau hadiah merupakan salah satu perasaan yang paling menyeronokkan, terutamanya apabila cadangan diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Pertimbangkan idea hadiah perayaan agama untuk rakan kerja dan pasukan pada hari sambutan cuti perayaan umum ini.

Jenis cenderamata apakah yang tuan rancang untuk cuti perayaan keagamaan tahun ini?

Sedapnyaaa!

Apa sahaja yang berkaitan makanan sentiasa merupakan idea yang bagus. Bar coklat atau apa jua manisan adalah contoh yang terbaik. Ini merupakan pemberian cenderahati untuk dibawa pulang dan dikongsi bersama keluarga oleh itu pilihan ini tidak mungkin silap. Cuma pastikan tuan sedar jika tentang alahan makanan (dan pilihan!) sebelum tuan membuat keputusan untuk membeli. Serbuk kopi dan tea juga adalah contoh idea pemberian buah tangan team building yang menarik. Apakah pemberian cenderahati yang lebih baik dari serbuk kafein?

Ambil pendekatan peribadi.

Cenderahati yang mempunyai nilai perbadi adalah sentuhan dan pilihan terbaik kerana ia juga akan menjadi satu yang sangat unik. Ia melambangkan usaha tuan yang tuan benar benar melaungkan masa untuk berfikir tentang pembelian tuan. Bekas cawan yang mempunyai ciri-ciri perlambangan peribadi atau alatan melancong seperti tag bagasi atau juga pemegang kad bisnes adalah idea pemberian cenderahati team building korporat yang tebaik. Mahukan sesuatu yang benar benar original? Semak pilihan cenderahati korporat. Fesyen SWAG sentiasa menjadi antara pilihan paling tinggi.

Peralatan dan perkakas pejabat merupakan idea yang menarik kerana tiada penghujung bagi keperluan untuk mewujudkan organisasi yang lebih baik dan perhiasan reka bentuk dalam yang menarik khususnya di ruang dekorasi meja kerja pejabat. Pemilihan jenis rka bentuk meja yang menggalakan interaksi dikalangan pekerja adalah pilihan yang harus dipertimbangkan. Alat menyimpan bahan kertas, set alat tulis, dan pemengang perkakas alat tulisan merupakan idea cenderahati yang bermanfaat untuk rakan sekerja. Bayangkan barang-barang kebiasaan yang orang jarang terfikir untuk membeli untuk kegunaan diri mereka sendiri tetapi sebenarnya sangatlah bermanfaat.

Apa yang perlu dilakukan?

Hobi dan berkongsi pengalaman merupakan cenderahati yang lengkap untuk membina persefahaman semasa rakan sekerja atau bos tuan dengan meluangkan masa mereka bersama di luar waktu kerja. Tuan boleh memilih jenis cenderahati yang dapat menghubungkan persahabatan seperti menonton perlawanan sukan hinggalah belanja makanan kegemaran mereka. Menonton wayang dan sketsa malam kebudayaan juga merupakan pemberian yang menarik juga!

DIY

Persembahkan kretiviti tuan di sini melalui pemberian cenderahati hasil buatan tangan sendiri. Pilih satu tema dan hasilkan sebuah bakul yang dipenuhi barang-barang pemberian. Hadiah bakul pemberian tersebut yang dipenuhi dengan makanan manisan, alatan bagi pencinta rekreasi luar, atau hadiah bersesuai bagi penggemar filem. Senarai ini tiada penghujung baginya oleh itu pilih satu topik dan mulakan langkah seterusnya daripada situ. Kotak pemberian ini melambangkan masa yang tuan luangkan dan kasih sayang diterjemahkan melalui cenderahati ini.

Hadiah buah tangan boleh menjadi satu yang agak kekok pada permulaannya, namun jangan biarkan kesipuan ini mempengaruhi anda pada tahun ini. Salah satu idea ini pastinya akan memenangi hati rakan sekerja tuan!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA