Formula Pusing Ganti Pekerja (Turnover) & Mengapa Ianya Penting | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Formula Turnover:

Pusing Ganti Pekerja   adalah peratusan kaki tangan yang meninggalkan organisasi tuan , hubungan kerja ditamatkan dan mereka digantikan dengan orang baru. Atrisi pula adalah berbeza. Ini biasanya merujuk kepada penamatan hubungan majikan kerana faktor pencen atau dibuang pekerjaan atau kematian. Apabila atrisi berlaku, posisi tidak dipenuhkan dengan staf baru.

Kos Pusing Ganti Pekerja

Merit Kajian Pusing Ganti Pekerja

Pengiraan pusing ganti pekerja dapat membantu tuan mengkaji sebab untuk penamatan yang tidak diingini. Tambahan pula formula pusing ganti pekerja boleh membantu tuan menganggarkan kos untuk mencari pekerja melalui unjuran budget, latihan diperlukan atau menganggarkan masa pekerja dibelanjakan untuk aktiviti merekrut. Asas kiraan kadar pusing ganti adalah sangat mudah:

Jika syarikat tuan mengaji 100 staf dan 15 staf daripadanya dipecat atau berhenti, pusing ganti tuan adalah 15%.

Kiraan terperinci dapat memudahkan pemahaman tentang  pusing ganti pekerja. Untuk contoh:

Lima (5) staf berhenti pada Januari.
Satu (1) staf berhenti pada May.
Empat (4) staf berhenti pada November.
Tuan punya kadar turnover tahunan  adalah 10%. Purata turnover bulanan adalah 8.3%.

Apakah akan berlaku pada bulan yang syarikat anda mempunyai pusing ganti pekerja yang tinggi? Apakah faktor dalaman dan luaran yang memain peranan?

  • 32% daripada pekerja meninggalkan kerjaya disebabkan kemajuan dalam kerjaya atau mendapat peluang tawaran lebih baik.
  • 22% daripada pekerja behenti kerjaya disebabkan faktor gaji dan imbuhan.
  • 20% daripada pekerja berhenti kerja disebabkan faktor tidak dapat menyesuaikan diri dalam kerjaya.
  • 17% daripada pekerja berhenti disebabkan faktor pengurusan dan persekitaran kerja.

Kadar pusing ganti berbeza untuk setiap industri.  Sebagai contoh, sehingga 2010, purata tahunan 10 tahun pusing ganti adalah dalam industri runcit adalah 34.7%, sementara dalam bidang pendidikan hanyalah 13.2%. Untuk mencari maklumat turnover pekerja berkaitan industri tuan, dapatkan nasihat jurnal industri atau daripada Jabatan Statistik Negara. Ini dapat memberikan tanda aras untuk kefahaman tuan dalam kadar turnover berkaitan industri tuan. Namun begitu, seperti KPI yang lain , adalah sangat penting untuk mengawasi kadar tuan dari masa ke semasa. Ini dapat membantu tuan mengenal pasti trend, isu, dan peluang.

Formula Kadar Pusing Ganti Pekerja

TR = (T/((O + E)/2)) X 100

TR merujuk pada kadar pusing ganti, T adalah angka pekerja yang ditamatkan termasuk yang berhenti, O merujuk pada jumlah size kakitangan pada permulaan tempoh, dan E merujuk pada saiz terakhir kakitangan tuan. Contohnya , jika tuan mempunyai 75 pekerja pada permulaan tempoh dan 85 di akhir temph , maka purata angka pekerja adalah 80. Jika 16 pekerja berhenti, jalan kiranya adalah 16/80, atau 20%.

Secara purata, pusing ganti pekerja hanya dapat memberikan maklumat bahawa sekiranya pusing ganti tuan adalah tinggi, atau rendah untuk indutri tuan atau berdasarkan trend tuan. Ianya juga penting untuk menimbangkan sebilangan kumpulan pekerja. Contohnya, dianggarkan 22% daripada pusing ganti pekerja berlaku dalam tempoh 45 hari pekerjaan. Namun begitu, pekerja baru yang melalui fasa struktur ujian program adalah 58% lebih keberangkalian untuk bersama oraganisasi selepas fasa lebih tiga tahun. Jika tuan mengimplimentasikan perubahan kepada proses orentasi, formula pusing ganti pekerja akan dapat membantu tuan mengenal pasti sekiranya perubahan tersebut menghasilkan impak yang positif.

NR = (NE/T) X 100

NR merujuk pada kadar turnover pekerja baru, T adalah angka pekerja yang dihentikan atau berhenti dan NE adalah angka pekerja baru (jika organisasi tuan kurang daripada setahun) yang dipisahkan daripada organisasi dalam tempoh yang sama. Jika peratusan pekerja baru yang berhenti lebih daripada pekerja yang sedia ada ini bermakna pencapaian yang angka tinggi bagi industri tuan, tuan mungkin akan mempunyai masalah untuk mengekalkan pekerja baru. Cuba pertimbangkan mengenai kaedah onboarding yang baru dan pelan latihan yang baru.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA