Cabaran Terbesar Dalam Mendorong Pekerja Tuan Supaya Saling Berhubung (Engaged) | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Lagoona Resort Cherating sudah bekerjasama dengan banyak syarikat di dalam negara bagi membantu mereka membina pasukan organisasi yang lebih kuat, jadi kebiasaanya, topik berkenaan penglibatan pekerja atau istilah dalam bahasa inggerisnya “employee engagement” sering kali dibangkitkan. Istilah ini sering kali dibincangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini seiring dengan keperluan organisasi dalam mencari adunan formula yang terbaik bagi mengurangkan penurunan kadar pusing ganti pekerja (turnover), mendorong semangat ahli kumpulan dan menaikkan produktiviti di dalam kalangan pekerja.

Terdapat pelbagai pandangan di luar sana berkenaan kaedah yang terbaik untuk menaikkan keterikatan pekerja (employee engagement), namun kami memilih pendekatan yang berbeza dengan melihat dari sudut perspektif yang berlainan dalam mengenalpasti apakah halangan-halangan yang sering dihadapi oleh barisan pengurusan dan pemilik bisnes. Kami telah menjalankan satu survey di website kami dengan penglibatan lebih 500 buah syarikat kategori serdahana besar di seluruh Malaysia yang terdiri daripada responden yang mempunyai latar belakang sama ada pemilik bisnes atau barisan pengurusan dan meminta mereka untuk mengenal pasti apakah cabaran nombor satu yang sering mereka hadapi apabila melibatkan isu penglibatan pekerja (employee engaged). Kesemua responden-reponden ini mempunyai latar belakang sama ada pemilik bisnes itu sendiri atau sebahagian daripada barisan pengurusan yang bertanggunjawab menguruskan bisnes dengan jumlah kakitangan kurang daripada100 orang. Inilah jawapan balas mereka:

1. (31%) Gangguan berpunca daripada telefon pintar

Ternyata, apabila berbincang mengenai syarikat kategori serdahana besar, ketepikan sementara masalah-masalah kompleks tentang isu menangani keterikatan pekerja (employee engagement) dan beri perhatian kepada isu yang sering dianggap remeh khususnya cabaran menguruskan pekerja virtual dan mereka yang bekerja dari rumah atau cabaran menguruskan pasukan kerja yang dibahagikan beberapa jabatan atau bahagian yang terpisah kepada satu gabungan integrasi bagi mewujudkan satu pasukan yang bersatu padu. Mereka perlu diberi bantuan dari segi dorongan moral bagi agar mereka dapat mengurangkan ketagihan melayari telefon bimbit mereka! Adakah ianya  sesuatu yang mengejutkan apabila majoriti responden melaporkan bahawa masalah seperti ini adalah antara cabaran terbesar yang mereka sering hadapi?

Alatan tekonologi telefon pintar sudah menjadi ketagihan baru, merosakkan mata kita dan menghilangkan sebahagian besar fokus kita. Ini merupakan isu yang besar dan sering terjadi terutamanya dalam pekerjaan yang bergaji rendah dan lokasi kerja di luar bandar. Pemilik dan pengurus bisnes yang serdahana besar dan yang mempunyai pendapatan gaji kurang daripada RM24,000 setahun, termasuklah mereka yang beroperasi di luar bandar, sebahagian besarnya turut menyenaraikan masalah ini sebagai cabaran terbesar mereka dalam menangani masalah keterikatan pekerja (employee engagement).

Pengurus dari latar belakang golongan orang muda juga mendapati bahawa mereka menghadapi masa yang sukar dalam mendisiplinkan pekerja mereka terutamanya mereka yang berada di dalam lingkungan umur 18-34 tahun daripada memberi tumpuan secara berlebihan kepada telefon bimbit mereka yang juga merupakan halangan terbesar kepada keterikatan pekerja (employee engagement). Telefon yang sering diguna pakai pekerja juga telah diintegrasikan kepada kegunaan kehidupan peribadi dan tugasan kerja, maka ianya agak sukar sebenarnya bagi menggalakkan pekerja untuk mengasingkan diri mereka jauh daripada kebergantunan kepada alatan komunikasi tersebut dan mengutamakan komunikasi tradisional secara langsung bersama rakan sekerja mereka. Apatah lagi apabila 74% daripada jumlah pekerja melaporkan bahawa organisasi mereka mengamaikan polisi yang menggalakkan pekerja mereka membawa sendiri alatan kerja mereka seperti telefon pintar dan komputer riba, maka keberangkalian mereka untuk hilang fokus dan terganggu oleh media sosial dan aplikasi yang tidak berkaitan semakin membimbangkan.

Akhir sekali, pengurus daripada wanita dan pemilik bisnes bersaiz serdahana besar mempunyai peratusan (34%) lebih tinggi berbanding pengurus lelaki iaitu (28%) mengatakan bahawa masalah pekerja yang hilang tumpuan disebabkan alatan telefon mereka merupakan cabaran terbesar yang mereka sedang hadapi.

Satu solusi yang mungkin berkesan dalam menangani isu ini? Mengambil sikap lebih terbuka terhadap kebergantungan pekerja tuan kepada alatan teknologi mereka berbanding usaha untuk memulihkannya. Sebagai contoh, memanfaatkan permainan dalam talian seperti scavenger hunts ataupun kaedah kajian maklum balas keterikatan pekerja (engagement survey) yang mesra-telefon dapat membantu dalam membina solusi yang berkesan dan menyeluruh mengenai isu pengunaan telefon yang berlebihan. Dan sekiranya kaedah ini masih tidak berkesan, tuan sentiasa boleh wujudkan satu polisi yang baru.

2. (24%) Isu Kadar pusing ganti pekerja (turnover) yang tinggi & cabaran dalam mendorong pekerja baru untuk lebih keterikatan (engaged)

Kekerapan kehilangan pekerja di dalam pasaran sumber manusia yang semakin kompetatif dan mesra pekerja dan usaha dalam mendapatkan staf baru yang mempamerkan sikap keterikatan (engaged) yang tinggi sering kali menjadi isu yang sering diketengahkan oleh pemilik bisnes kecil dan barisan pengurusan mereka. Apatah lagi di kawasan luar bandar (29%), dimana keberangkaliannya lebih sukar untuk syarikat bagi mendapatkan bakat baru yang sesuai dengan keperluan organisasi.

Pusing ganti pekerja adalah penghalang kepada keterikatan pekerja (employee engagement) dimana ianya merupakan isu yang paling mendapat perhatian barisan pengurusan dan pemilik bisnes khususnya di negeri-negeri pantai timur dan utara berbanding negeri-negeri di pantai barat dan selatan semenanjung Malaysia.

Satu faktor penting yang perlu diperkenalkan semasa proses temuduga adalah budaya syarikat tuan, kemudian daripada situ, tuan dapat mengolah fleksibiliti pilihan secara kreatif kepada staf tuan. Dalam kata yang lain, beri sebab kepada pekerja tuan untuk kekal bersama syarikat tuan. Kemudian dari situ, cari jalan untuk menambahbaik keterikatan pekerja (employee engagement) dalam persekitaran syarikat tuan.

3. (23%) Usaha mendapatkan menyatukan semua pekerja dari latar belakang generasi yang berbeza untuk sentiasa terikat (engaged)

Isu yang paling membebankan bagi pemilik bisnes kecil dan barisan pengurusan adalah cabaran dalam menangani kerenah generasi boomer, generas X, dan generasi milenium yang diadunkan dalam satu kumpulan pekerja yang terdiri daripada latar belakang dan pengalaman hidup yang berbeza.

Perbezaan jurang masa di antara satu generasi kepada satu generasi boleh menjadi dinding penghalang kepada keterikatan pekerja (employee engagement). Dari satu sudut, tuan mendapati 45% daripada generasi boomer & generasi X mengeluh tentang pekerja generasi milenium yang kurang berpengalaman dalam bidang pengurusan, dan pada masa yang sama, tuan menyedari bahawa pekerja dari generasi millennium sangat menekankan tentang fleksibiliti dan keseronokan.

Daripada pemerhatian yang dijalankan, antara hasil yang paling menarik adalah cabaran dalam menyatukan staf daripada latar belakang generasi yang berbeza untuk saling berhubung dan terikat (engaged) merupakan isu yang paling sukar (28%) terutamanya bagi responden kami yang berumur dalam lingkungan 35-45 tahun. Sebahagian daripada responden ini mendapati bahawa mereka sebenarnya tersepit di antara dua kumpulan generasi yang berbeza ini.

Jadi apakah langkah yang terbaik dalam menangani situasi seperti ini? Fokuskan hanya kepada perkara yang membawa kepada persamaan. Puaskan hati kedua-dua pihak dengan memperkenalkan aktiviti seperti team building. Acara makan malam beramai-ramai yang dihiasi dengan suasana gelak ketawa juga merupakan salah satu aktiviti team building yang sesuai untuk semua lapisan generasi.

4. (22%) Cabaran dalam memastikan pekerja virtual atau pekerja remote sentiasa kekal terikat (engagaed)

Walaupun trend bekerja dari jauh (remote) merupakan antara faktor yang paling kurang diberi penekanan bagi kebanyakkan responden, namun masih terdapat satu kumpulan yang mendapati bahawa cabaran mengurus dalam persekitaran kerja seperti ini adalah yang paling mencabar berbanding semua isu yang ada. Pengurus dan pemilik bisnes yang mempunyai pendapatan gaji melebihi daripada RM150,000 setahun (anggaran purata gaji yang bekerja di organisasi besar) mendapati bahawa cabaran memastikan keterikatan pekerja (employee engagement) di dalam persekitaran kerja sebegini adalah yang paling mencabar (43%).

Walaupun persekitaran bekerja jarak jauh (remote) menawarkan kebebasan kepada pekerja, namun kekurangan interaksi fisikal boleh menjadi satu cabaran yang besar bagi kebanyakkan syarikat yang memerlukan keterikatan (employee engagement) yang tinggi. Malah 65% daripada pekerja jarak jauh itu (remote) melaporkan bahawa mereka tidak pernah terlibat di dalam sesi team building bersama syarikat.

Bagi menangani isu seperti ini, pemilik bisnes dan barisan pengurusan hadapan mungkin perlu mengambil pendekatan yang lebih interaktif seperti komunikasi langsung bersama pekerja mereka secara online. Pekerja tidak ditempatkan di dalam satu pejabat yang sama tidak mempunyai peluang interaksi secara fizikal yang membolehkan mereka untuk benar-benar berhungung sesama sendiri pada tahap yang lebih peribadi. Platform seperti Slack dan HipChat dicipta bagi mendorong komunikasi dalaman, dan yang lebih penting dapat menggalakkan staf untuk bersikap lebih terbuka di luar kerangka persekitaran kerja (hello GIF’s!).

Mahukan idea yang lain? Sekali-sekala pelawalah mereka untuk mengeteh di kedai kopi! Walaupun staf jarak jauh (remote) atau freelancer sangat menghargai jadual fleksibel yang mereka miliki berbanding waktu bekerja normal di dalam persekitaran pejabat, mereka juga kadang-kala boleh merasa bosan dan keseorangan. Sekiranya tuan mempunyai pekerja di dalam pasukan tuan yang bekerja secara remote, pelawalah mereka untuk mengeteh di kedai kopi sekurang-kurangnya satu bulan sekali pada masa yang sama ambil peluang ini untuk melakukan perbincangan secara santai sambil memantau tugasan kerja yang diberikan.

Akhirkata, sebenarnya terdapat banyak pilihan aktiviti team building virtual dan permainan yang dapat menambahbaik keterikatan pekerja (engagement activities)  di luar sana terutamanya bagi pasukan maya (virtual )tuan.

employee engagement pekerja

Lihat infografik keterikatan pekerja (employee engagement) yang penuh >

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA