5 Resolusi Tahun Baru Untuk Pejabat | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Resolusi peribadi untuk tahun baru sangat menarik namun adakah tuan pernah terfikir untuk melakukannya bagi pejabat? Kebanyakkan kita meluangkan masa hampir satu per tiga daripada kehidupan kita di tempat kerja. Perubahan positif yang dilakukan dalam pejabat dapat memberi kesan pada aspek lain dalam kehidpuan kita. Permulaan tahun baru adalah masa yang terbaik untuk fokus pada penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk bergerak kehadapan. Disini adalah 5 Resolusi Tahun Baru untuk pejabat.

1. Besikap Lebih keterikatan (Engaged)

Sekiranya sepanjang tahun lepas tuan bukanlah seorang yang mempamerkan keterikatan pekerja (engaged worker) yang paling tinggi, jagan risau. Tuan dengan mudahnya dapat kembali ke landasan yang betul. Kami mempunyai  e-book yang menyeluruh untuk membantu tuan. Kongsikan pada seluruh pejabat bagi memastikan orang lain mendapatan manfaatnya juga! Ini sepatutnya menjadi resolusi paling utama kerana bukan sahaja ia akan memberi manfaat pada tuan, malah semua orang juga. Bos tuan akan menjadi orang yang paling menghargai usaha ini.

2. Pemakanan Yang Betul

Ini mungkin juga merupakan salah satu daripada matlamat peribadi tuan, jadi mengapa tidak dipromosikan juga di tempat kerja? Bawa bekalan makanan beberapa kali dalam seminggu untuk mulakan amalan yang baik ini. Melalui cara ini, tuan dapat mengawal pilihan makanan yang sihat berbanding dengan hanya menempah apa sahaja makanan yang tuan gemarkan. Bawa bekalan makanan tengah hari  juga dapat menjimatkan wang tuan juga! Disamping mengamalkan pemakanan yang sihat, jaga juga adap di dapar dengan betul. Hormati barang kepunyaan rakan sekerja dalam peti sejuk. Dan, sudah tentu, jaga kebersihan diri sendiri.

3. Megambil langkah Jauh Kehadapan

Posisi peranan yang tuan sedang galas masa  ini berpotensi untuk terus berkembang kepada sesuatu yang lebih besar dan lebih baik. Tahun baru ini, dorong diri sendiri di tempat kerja. Lakukan projek tambahan yang tuan tidak biasa lakukan. Tugasan kecil akan bertambah dengan pantas dan menampakkan tuan seperti berwajah baru dan menambaik tugasan dan kemungkinan kenaikan pangkat yang lebih cerah untuk tuan!

4. Komunikasi Dengan Lebih Berkesan

Resolusi ini adalah satu keperluan dan tuan harus berusaha dalam aspek komunikasi, ucapan, dan mendengar! Mempunyai kesedaran tentang perkara yang perlu diberi perhatian dan cari jalan untuk mengetengahkannya! Tuan akan mendapat lebih kepuasan selepas mengharungi tahun yang panjang berbanding dengan hanya sekadar memerhati dan tidak menyumbangkan apa-apa. Dalam masa yang sama, belajar menjadi seseorang pendengar yang lebih menarik.

5. Bersikap Positif

Berusaha menjadi pekerja yang lebih bersemangat dan optimistik. Ia akan memberi kesan kepada orang lain di pejabat dan membantu memulihkan semangat semua orang. Jadilah elemen positif yang diperlukan rakan kerja tuan di tempat kerja. Sementara tuan melakukan perubahan untuk diri sendiri, tuan dapat membantu orang lain di sekeliling tuan.

Mulakan dengan memberi sepenuh fokus pada beberapa tugasan resolusi Tahun Baru ini sementara melengkapkan tugasan yang lain. Dan, sudah tentu, buat tambahan untuk diri sendiri dalam senarai tersebut! Tunggu dan perhatkan kesan tahun baru yang sedang menanti tuan.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA