5 Langkah untuk Membantu Pasukan Anda Menghadapi Musibah Bencana Alam | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Akhir-akhir ini, musibah bencana alam seperti kebakaran, jerebu, banjir besar atau musim kemarau atau penularan penyakit telah melanda negara kita beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menyenaraikan 5 langkah untuk memastikan pekerja tuan selamat dan persediaan mendapatkan bantuan untuk menghadapi musibah bencana alam sekiranya terjadi lagi masa hadapan. Jika berlaku keadaan krisis, jangan biarkan pekerja tuan mungkin berseorangan untuk mengatasi kesan kesakitan fisikal dan emosi selepas berlalunya musibah yang melanda. Ambil langkah persediaan dan perancangan awal tuan dan pasukan tuan untuk menghadapi dan mengatasi krisis mempunyai impak yang ketara terhadap keseluruhan aspek bisnes tuan.

1. Merancangn Pelan Tindak Balas Kecemasan

Jika tidak mempunyai pelan tindak balas kecemasan, sekarang merupakan masa yang terbaik untuk melakukannya. Persiapan ini boleh mendatangkan perbezaan apabila bencana melanda. Pusat Pengawalan Penyakit mempunyai templat yang berguna bagi memudahkan tuan.

Jika tidak mempunyai pelan tindak balas kecemasan, sekarang merupakan masa yang terbaik untuk melakukannya. Persiapan ini boleh mendatangkan perbezaan apabila bencana melanda. Pusat Pengawalan Penyakit mempunyai templat yang berguna bagi memudahkan tuan.

2. Memberi Pelonggaran pada Polisi Cuti & Menggalakkan Kerja Dari Rumah

Bisnes tuan mungkin mewajibkan notis awal bagi permohonan cuti atau mempunyai bilangan kuota hari cuti yang boleh dipohon. Pertimbang untuk memberi pelonggaran pada polisi ini dan menggalakkan kerja dari rumah semasa atau sejurus bencana sedang melanda. Pekerja tuan tidak harus meletakkan diri mereka dalam keadaan terancam semata-mata untuk ke pejabat.

3. Menawarkan Solusi Penjagaan Kanak-kanak

Sebahagian pekerja yang mempunyai anak-anak kecil mungkin mendapati pejabat mereka sudah dibuka sebelum daripada taska atau pusat jagaan anak. Jika bekerja dari rumah bukan pilihan yang sesuai untuk bisnes tuan, pertimbangkan idea untuk menukarkan ruang pejabat yang tidak digunakan atau bilik persidangan kepada pusat jagaan kanak-kanak sementara untuk kemudahan pekerja tuan.

4. Memastikan Keselamatan

Sebelum membuka semula bisnes tuan, pastikan tuan menyenaraikan pasukan penilai tuan atau pihak professional yang lain untuk menilai tahap keselamatan di lokasi tempat kerja tuan. Adalah penting untuk mengalu-alukan ketibaan semula pekerja tuan di tempat kerja dengan memastikan kondusi keselamatan di tempat kerja yang mereka merasa selesa.

5. Menyediakan Bantuan Jangka Masa Panjang

Terdapat perbagai cabaran mental dan fisikal yang hadir bersama akibat bencana alam. Adalah wajar untuk menawarkan pekerja tuan bantuan jangka masa panjang selesai kejadian krisis. Mengumpul tabung derma untuk rakan sekerja mungkin dapat menambah sumber kewangan mereka, menggalakkan dialog terbuka dengan pekerja tuan secara individu untuk memahami apa yang tuan dapat lakukan untuk membantu mereka dengan lebih berkesan, atau merancang aktiviti pejabat yang mengfokuskan pengurusan tekanan. Apa jua pilihan tuan untuk memeberi sokongan jangka masa panjang pada pekerja, pastikan tuan menjadikan keperluan mereka sebagai keutamaan di tempat kerja.

Apakah yang dilakukan organisasi tuan untuk membantu pekerja? Bagaimana pula dengan komuniti tuan?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA