5 Kaedah Mudah Menaikkan Kadar Pengekalan Pekerja (Employee Retention) | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort
pengekalan pekerja team building syarikat

Program onboarding dan latihan untuk pekerja baru boleh menjadi sesuatu yang memakan kos yang tinggi, $4,129 usd menurut survey SHRM tahun 2016. Ketepikan suduk kewangan, pencarian individu yang mampu mengekalkan daya saing secara berterusan dalam budaya syarikat tuan boleh menjadi satu cabaran; mengekalkan pekerja tuan yang telah terbukti membantu tuan menangani kedua-dua cabaran tersebut.

Sekiranya peratusan kadar peratusan pengekalan pekerja (employee retention) sedang mengalami penurunan, atau telah perlahan untuk beberapa ketika, ini adalah masa yang tepat untuk menimbangkan perubahan yang membuatkan mereka mahu berterusan bekerja untuk tuan. Disini adalah enam langkah mudah yang tuan boleh mulakan untuk menambahbaik pengekalan pekerja (employee retention) hari ini.

1. Sediakan Alatan Untuk Berjaya

Pernahkan tuan memberi tugasan atau projek kepada pasukan tuan dan mereka benar benar terlupa mengenainya? Sementara ianya mungkin dapat mengecewakan umajikan dan pekerja, selalunya ia adalah kesa daripada n kelemahan persediaan untuk berjaya. Jika pekerja tidak mempunyai panduan yang jelas, dan akses kepada bahan bantuan yang mereka perlukan untuk menyiapkan projek, bagaimana mereka dapat diharapkan untuk berjaya?

Stratergi “menambahbaik pengekalan pekerja” tuan: Bertanyakan kepada setiap pasukan alatan apakah yang mereka kekurangan untuk melengkapkan tugasan mereka dengan baik dan berkesan. Mungkin ini adalah stratergi baru untuk pengurusan projek atau menaik taraf perisian komputer yang akan membantu mereka untuk kekal teratur dan mampu berfikir pada masa yang tertekan dengan syarikat. Melabur dalam alatan yang akan membuatkan kehidupan pekerja tuan lebih mudah mencerminkan kepedulian tuan mengenai kejayaan mereka, yang merupakan langkah terbaik untuk menambahbaik pengekalan pekerja (employee retention).

2. Melakukan Perubahan Secara Berperingkat

Struktur syarikat yang berkembang adalah sangat kritikal untuk kekal kompetatif dalam kebanyakkan sektor industri. Namun begitu, perubahan secara drastic dan tidak berperingkat boleh menyebabkan pekerja bimbang mengenai jaminan pekerjaan dan ini menyebabkan pengekalan (retention) sangat mencabar.

“Sebagai contoh seseorang pekerja yang berpendapat pekerjaan mereka berada dalam risiko mungkin lebih cenderung untuk mencari pekerjaan di tempat lain, meneybar berita tentang perkara negatif menegnai organisasi, dan menunjukkan usaha yang tidak bersungguh dalam pekerjaan mereka jika mereka berpendapat mereka tidak mempunyai masa hadapan di sana,” penjelasan daripada Jessica Everitt dan Laura Heathcock, kakitangan perunding penglibatan.

Stratergi “menambahbaik pengekalan pekerja” tuan: Pengurusan melabur banyak masa merancang perubahan sebegini, namun pada peringkat apakah pekerja mampu mengenal pastinya? Daripada membiarkan mereka menyesuaikan diri, lancarkan perubahan secara perlahan-lahan besertakan penjelasan. Sekiranya mampu, biarka pasukan menilai sendiri perubahan yang akan memberi impak pada tugasan harian mereka. Ini dapat memberi ruang pada mereka untuk berkomunikasi tentang sebarang isu sebelum sistem baru itu diadaptasikan—menyuburkan nilai kepercayaan dan hormat di antara majikan dan pekerja.

3. Jadikan Cuti Bekerja Sebagai Satu Kewajipan

Purata hari cuti bergaji di Malaysia adalah antara 8 hingga 16 hari setiap dua belas bulan bergantung kepada tempoh pekerja bekerja untuk majikan tersebut seperti yang tertera di dalam Akta Kerja 1955. Namun menurut kajian Harvard Business Review pada tahun 2017, dua daripada tiga maklum balas tertinggi tentang manakah yang lebih bermanfaat menrut pendapat pekerja di Amarika Syarikat, adalah “tempoh masa kerja yang lebih fleksibel” dan “tempoh masa yang lebih untuk bercuti.”

Stratergi “menaikkan pengekalan pekerja” tuan: Kebanyakkan organisasi telah cenderung pada tempoh bercuti tanpa had sebagai langkah mendorong pekerja untuk mengambil lebih masa untuk berehat. Perkara paling menarik adalah, kebanyakkan syarikat mendapati bahawa pekerja mereka tidak mengambil masa yang lebih mana untuk bercuti jika dibandingkan dengan pakej standard tempoh bercuti, menjadikannya satu kemenangan bagi kedua-dua belah pihak.

“ Kemungkinan besar ia tidaklah sesuatu yang mengejutkan apabila orang lebih gemar perkara seperti konsep cuti tanpa had, namun ada kesan yang menarik daripada pekara ini: Sepanjang tempoh satu tahun, pekerja menghantar pemohonan cuti hampir sama jumlahnya dengan hari cuti yang ditetapkan melalui polisi had hari cuti yang dibenarkan pada tahun lepas, apabila kita mengamalkan sistem masa berbayar terakru,” jelas Nathan Christensen, melalui penulisannya “Kami Telah Menawarkan Tawaran Polisi Hari Cuti Tanpa Had Selama Satu Tahun. Dan Ini Apa Yang Kami Telah Pelajari.”

4. Bayar Pekerja Mengikut Kadar Semasa Yang Adil

Salah satu aktiviti pengekalan pekerja yang berkesan yang syarikat dapat lakukan adalah menyediakan bayaran upah yang menarik sepadan dengan apa yang mereka berhak menerimanya. Sementara wang bukanlah tentang segala-galanya, kadar pampasan yang betul dapat membantu pekerja menghargai apa yang mereka sedang usahakan—dan tekanan yang sering hadir semasa menjalankan tugasan—biarlah ia setimpal. Menurut kajian daripada sumber tenaga global, hanya 53% sahaja pekerja yang merasakan mereka diberi upah yang adil, berbanding pekerja lain yang berada dalam posisi kerja yang sama.

Stratergi “menaikkan pengekalan pekerja” tuan: Ia boelh menjadi sesuatu yang mencabar bagi banyak syarikat untuk mengenal pasti bagaimana merangka skim gaji yang berdaya saing dalam masa yang sama mengekalkan keuntungan. Pertimbangkan memanfaatkan falsafah upah kerja untuk menguruskan perbelanjaan kepada pekerja, dan juga kenaikan.

5. Perhatikan Nilai Persahabatan Di Tempat Kerja

Adalah sangat penting untuk mempromosikan nilai perhubungan, komunikasi dan kerjasama berpasukan dalam budaya kerja tuan. Bagi pekerja yang berpendapat persahabatan di tempat kerja adalah mengganggu, kajian terkini mendapati ia merupakan elemen pengekalan pekerja (employee retention) yang amat penting. Malah  The Office Club berpendapat, “ Apabila pekerja merasakan mereka dapat berkomunikasi dengan bebas antara satu sama lain bersama pemimpin mereka, mereka lebih cenderung untuk merasa lebih dihargai, berpuas hati dan bermotivasi di tempat kerja.

Stratergi “menaikkan pengekalan pekerja” tuan: Aktiviti team building  seperti perbincangan meja bulat, majlis yang dianjurkan syarikat malah makan tengah hari bersama memberi peluang pada pekerja untuk meruntuhkan tempok perbezaan dan dapat mengenali di antara satu sama lain. Menggalakkan persahabatan yang positif dan mengabil tahu secara ikhlas apa yang pekerja sedang hadapai membolehkan tuan mendapat kepercayaan dan kesetiaan mereka.

Apa yang dilakukan syarikat tuan untuk menambahbaik pengekalan pekerja (employee retention)?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA