
Bagi memahami bagaimana manusia berkelakuan berbeza dalam susunan kumpulan yang berbeza, pertama sekali kita perlulah mendefinasikan apakah yang dimaksudkan dengan berkumpulan. Pada masa ini, terdapat pelbagai kaedah akademik dan sosiologi yang berbeza yang boleh digunakan, tetapi versi paling mudah dapat disimpulkan sebegini: Sebuah pasukan yang mempunyai dua atau lebih orang saling berhubung antara satu sama lain melalui hubungan sosial.1
Cabaran berikutnya, apakah yang dimaksudkan dengan “hubungan sosial”? Sekiranya terdapat kumpulan terdiri daripada dua atau lebih orang yang berkongsi persamaan sudah cukup untuk dikenalpasti sebagai sabuah kumpulan, dan apa yang lebih daripada itu samada keluarga yang terdiri daripada 4 orang atau sebuah stadium yang penuh semasa perlawanan di tempat sendiri dapat ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan, namun kedua-dua koleksi kumpulan ini membawa fungsi dan perhubungan antara satu sama lain melalui pendekatan yang berbeza.
Sesuatu kumpulan dapat dipecahkan kepada 4 kategori:1
- Kumpulan keintiman
- Kumpulan tugasan
- Persatuan lemah
- Kategori sosial
Kumpulan keintiman adalah koleksi individu seperti keluarga, suami isteri dan sahabat karib dimana wujudnya hubungan sosial intim dan dijangka akan kekal untuk tempoh masa yang panjang. Sekumpulan penyokong bola sepak akan jatuh pada kategori persatuan lemah, termasuklah sekumpulan peminat di konsert atau sekumpulan penumpang yang manaiki kereta api. Kategorai sosial pula merangkumi maksud yang lebih luas, gambungan koleksi individu seperti “muslim” atau “wanita+pemimpi” atau “rakyat Malaysia.” Walaupun kumpulan individu yang dikategorikan dalam persatuan lemah atau kategori sosial mempunyai minat, hobi atau hubungan yang dapat dikongsi bersama, mereka tidak semestinya mengenali setiap seorang secara individu di dalam kumpulan mereka.
Kumpulan Tugasan, adalah kumpulan yang kita sedang memfokuskan, adalah ciri kumpulan yang tuan mungkin berhadapan dalam persekitaran kerja berkumpulan. Kumpulan tugasan termasuklah pasukan sukan, persatuan ibu bapa, pasukan kerja – secara umumnya ciri-ciri kumpulan individu yang bekerjasama untuk mencapai satu matlamat. Ciri-ciri kumpulan ini wujud untuk sebab yang berbeza berbanding kumpulan keintiman, dan memerlukan struktur yang lebih luas berbanding kumpulan persatuan lemah kerana gerak kerja mereka adalah untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama.
Struktur adalah elemen penting untuk semua kumpulan, terutamanya dalam kumpulan tugasan. Kaedah bagaimana mereka distukturkan menentukan dinamik mereka, bagaimana mereka berfungsi dan bagaimana mereka bergantung antara satu sama lain. Bagi semua struktur kumpulan, terdapat beberapa elemen ketergantungan, atau sikap kebergantungan pada sama sendiri. Walaubagaimanapun, pendekatan saling ketergantungan ini dapat berubah sekiranya struktur kumpulan berubah.

Perhantikan imej1 dari kiri menunjukkan beberapa ciri-ciri struktur kumpulan berbeza yang boleh dimanfaatkan. Imej pertama menunjukkan satu ahli kumpulan dalam posisi mempengaruhi ahli-ahli yang lain, imej yang kedua pula merupakan kesinambungan daripada daya pengaruh di mana tugasan diagihkan daripada ahli ke ahli. Ketiga, kami mendapati pelbagai ketergantungan dimana semua ahli kumpulan saling bergantung antara satu sama lain secara samarata. Akhirnya, terjadinya dua tahap struktur dimana tugasan atau maklumat diturunkan melalui perantaraan, berbeza dengan kaedah secara langsung daripada sumber asal.
Kesan bagaimana setiap individu bertindak balas melalui struktur ini mencerminkan bagaimana mereka mendefinasikan peranan ahli pasukan mereka2. Semua orang mengambil pengalaman yang berbeza dari situasi mereka, mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza, dan ini akan memberi kesan kepada bagaimana mereka mampu menggalas peranan yang diamanahkan. Ciri-ciri personaliti dapat memberi kesan yang besar pada kejayaan atau kegagalan sesebuah pasukan. Ahli pasukan yang menghalang komunikasi dengan melepaskan batuk di tangga dan menyalahkan ahli pasukan yang lain atau bersikap berpeluk tubuh dan tidak mampu untuk berjuang kehadapan, boleh menyebabkan struktur ketergantungan ini runtuh.
Pasukan yang terdiri daripada ahli yang bersikap mengambil berat dan membantu antara satu sama lain di dalam struktur, atau membawa pendekatan yang bagus bagi menangani konflik, mempunyai kesan yang mendalam dalam menangani rakan sejawat mereka yang bersikap negatif2. Salah satu kaedah untuk memastikan fungsi tugasan kumpulan berjalan lancar adalah mengenalpasti individu yang berada dalam kumpulan yang mempunyai ciri-ciri personaliti yang dapat mendorong gerak kerja yang produktif dan meletakkan mereka kepada posisi dalam kumpulan yang membolehkan mereka bertindak sedemikian. Kekuatan hubungan interpersonal dalam kumpulan dapat menentukan sebagus mana mereka berfungsi secara menyeluruh.
Sambung bacaan untuk posting seterusnya untuk mempelajari tentang hubungan interpersonal!
