Komunikasi Efektif di Tempat Kerja Untuk Mencapai Kemenangan | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Kita sudah melalui pelajaran awal dimana agar kehidupan kita dapat menjadi lebih baik kita perlu menang, dan untuk mencapai kemenangan, kita perlulah mempunyai daya saing.

Walaupun sikap ini mempunyai fungsi bagus dalam sukan, permainan dan kerjaya peribadi, namun ianya dapat membantutkan kerjasama dalam pasukan.

Terlalu banyak persaingan menyebabkan ahli pasukan untuk terus bersikap mengalahkan satu sama lain, yang akan menyebabkan tekanan, cemburu, dan koflik. Walaubagaimanapun, dengan semangat pesaingan yang betul ia apat menggalakan kretiviti dan memupuk komunikasi efektif dalam pasukan kerja. Tambahan pula, ia dapat memotivasikan ahli pasukan dan meningkatkan kerjaya mereka.

Persaingan Dapat Memanfaatkan Tuan Dengan Baik

Komitmen organisasi dan kepercayaan adalah aliran proses yang dibina melalui interaksi simbolik dengan ahli orgnisasi. Persaingan sihat dapat mempercepatkan interaksi ini, tambahan pula, pesaing kecil dapat menjadikan pekerjaan biasa menjadi lebih menyeronokkan.

Menurut kajian dari satu sumber anggaran 25% orang tidak terkesan dengan persaingan, 25%  rebah dalam persaingan sengit, dan 50% manfaat adalah daripada punca persaingan. Untuk menjadikan persaingan sebagai dorongan, pemain perlu dekat, maksudnya ahli pasukan perlu merasakan bahawa mereka berpeluang untuk maju.

Komunikasi yang efektif membantu pasukan untuk berjaua dalam aktviti Explorace

Kesimpulan mudah: Sesiapa yang tidak terasa tercabar cenderung untuk rebah, sesiapa yang tidak nampak peluang untuk bersaing cenderung untuk menyerah kalah. Persaingan tidak hanya merancakkan komunikasi efektif dalam tempat kerja, tetapi ianya juga dapat membantu dalam memberi anjakan paradigma mengunakan deria kecemasan bersama ahli pasukan untuk kekal fokus membuat kemajuan sebenar setiap hari.

Persaingan Meransang Komunikasi

Melalui persaingan, pekerja dapat mempelajari nilai sesuatu komunikasi dan pada masa yang sama dapat membantu orang lain, yang dimana kedua duanya mempunyai impak dalam lapangan kerjaya seperti servis perkhidmatan pelanggan.

Terdapat banyak  manfaat untuk berkomunisi secara efektif dalam tempat kerja. Komunikasi bisnes yang bagus adalah sangat mudah dan senang untuk difahami, satu syarat yang selalu dilepas pandang oleh pengurus dan ahli pasukan.

Bagaimana persaingan dapat membantu pasukan tuan? Apakah taktik yang tuan gunakan untuk komunikasi efektif di tempat kerja?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA