Manfaatkan SEMUA Alatan Team Building Bagi Membina Pasukan Yang Lebih Kuat

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

“Pekerja yang berpuas hati dan seronok kemungkinan yang paling terikat (engaged). Pekerja yang mempunyai keterikatan pekerja yang tinggi adalah yang paling rajin berusaha, kekal bersemangat dan melaksanakan yang terbaik.” – Jurnal BIisnes Gallup Business

Gallup telah mendapati bahawa keterikatan (engagement) mempunyai kesan keatas kesejahteraan pekerja melebihi manfaat lain dalam kajian mereka. Pekerja memerlukan hibungan intrinsic terhadap pekerjaan dan syarikat mereka untuk membentuk pasukan yang kuat.

Muafakat pasukan bertambah kuat dari masa ke semasa melalui pengalaman yang dikongsi bersama. Manfaatkan alat team building untuk mendorong muafakat yang kukuh dan pasukatan tuan akan menjadi lebih produktif.

Hilangkan kesipuan dan raikan mesyuarat

Kita semua mempunyai kisah yang menghubungkan kita. Kenali pasukan tuan melalui icebreaker dalam pejabat. Jenis aktiviti team building ini akan membantu permuafakatan pasukan tuan DAN memberi nafas baru dalam apa-apa perjumpaan.

Company Retreat Bina Hubungan Yang Kukuh

Musim ini adalah musim untuk cuti majlis keraian! Perjumaan syarikat adalah kaedah terbaik untuk mengembalikan semangat pasukan dan membantu mereka membina hubungan baru, berkenalan dengan rakan kerja di luar rutin kerja harian mereka. Ini bukan semata-mata mengenai acara tahunan. Rancang makan tengah hari bersama, masa untuk berseronok dan membangunkan profesionalisme untuk mengambil manfaat penuh melalui perjumpaan.

Budaya Komunikasi

Apabila pekerja berkomunikasi dengan baik, mereka akan dapat membina lebih kepercayaan antara satu sama lain. Ini dapat mengelakkan persaingan yang tidak bermanfaat dalam jabatan dan membantu pekerja untuk bekerjasama secara harmoni.

Tidak tahu dimana hendak bermula? Libatkan diri dengan gamifikasi tempat kerja. Titik permulaan yang kreatif ini akan membantu tuan mentransformasikan budaya tuan kearah komunikasi yang lebih efektif.

Alatan dan latihan team building akan memberi kesan perubahan positif ke atas sikap ahli pasukan. Apakah alat team building yang sedang digunakan dalam pasukan tuan?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA