
Tentu masih ramai bekas pelajar komposisi bahasa Inggeris yang masih ingat bagaimana mereka diberi permakahan berdasarkan faktor “konten dan mekaniknya.” Zaman dimana cikgu-cikgu semua menggunakan pen dakwat merah semasa menanda kertas, dan pelajar pula cepat mempelajari bahawa idea mereka hanyalah sebagus dengan kemampuan mereka dalam menterjemahkannya idea tersebut secara jelas dan tepat.
Malangnya, zaman pen dakwat merah itu belum lagi canggih untuk menandakan kesalahan atau “x” terhadap apa yang orang katakan di tempat kerja, ataupun, cara bagaimana mereka mengungkapkannya. Sebagaimana akhbar Wall Street Journal dan Harvard Business Review sudah banyak melaporkannya, kini banyak bisnes yang sudah mula menyedarinya.
Dalam dunia lebih visual, komunikasi non-verbal bukan sahaja memainkan peranan yang penting, malah ianya juga merupakan kunci dalam membangunkan kepercayaan pasukan dari dalam. Dalam persekitaran dunia hari ini, kita mestilah meluaskan pemahaman kita di luar kerangka komunikasi fizikal termasuklah tona suara kita, yang menjadi alat vokal kita dalam kaedah komunikasi vokal secara non-verbal. Sebagai contoh, kita semua tahu bertapa cenderungnya kita untuk meninggikan pembesar suara apabila berhadapan dengan jurucakap yang suaranya agak perlahan dan monoton. Letakkan jurucakap seperti ini di dalam mesyuarat video conference dan hasilnya mungkin sangat mengecewakan.
Sekali lagi, disebalik semua ini, faktor mekanikal adalah elemen yang amat penting.
Sebagai langkah pertama, kita beralih dahulu daripada pengajian komposisi bahasa inggeris kepada satu topik penting yang diambil daripada kelab drama dan lakonan. Infleksi adalah salah satu cabang konsep daripada berpuluh-puluh konsep yang digunakan dalam persembahan teater yang saya sangat rekomen untuk dijadikan sebagai alat fokus yang boleh dimanfaatkan dalam pasukan virtual. Dan untuk lebih jelas lagi, meskipun pasukan tuan mungkin sangat bertuah kerana mempunyai alatan video seperi Webex, Skype, ataupun Google Hangout, komunikasi non-verbal masih lagi berperanan sebagai kunci utama dalam menghubungkan setiap ahli pasukan dan bukan hanya melihat pada sudut “teknikalnya” sahaja.
Infleksi merujuk kepada teknik penekanan tona suara sama ada tinggi atau rendah di dalam ucapan tuan melalui pemilihan kosa kata atau perkataan yang spesifik. (beberapa perkataan sahaja. Bukan kesemuanya.) Perubahan dalam corak ucapan perlulah selari dengan pilihan perkataan yang paling penting. Andai kata tuan merupakan seseorang yang sering mengadu, “tetapi semua isinya sama penting,” mulakan dahulu dengan mengaplikasikan teknik infleksi kepada perkataan bersifat kata kerja aktif ke dalam ucapan tuan. Sebenarnya ini adalah teknik lama yang kadang-kala sering dikaitkan dengan pelakon yang veteran yang terkenal Sir John Gielgud.
Apa yang lebih penting adalah sebaik sahaja tuan menghabiskan ayat terpilih itu tadi jangan lupa untuk kembali semula kepada tona ucapan normal yang asal dan lebih selesa. Apa sahaja tona suara, sama ada tinggi ataupun rendah boleh bertukar monoton sekiranya tuan menggunakannya terlalu lama. Ianya bukan lagi teknik inflasi, tetapi sudah bertukar pelik.
Sekiranya tuan sudah menyiapkan nota tuan lebih awal, meskipun hanya dalam catatan berbentuk “bullet point”, maka tuan boleh pertimbangkan beberapa amalan latihan berikutnya yang diambil daripada pelakon komersial. Pilih dua jenis warna krayon yang berbeza, satu warna untuk infleksi tona tinggi dan satu lagi pula untuk infleksi tona rendah. Bacakan catatan nota tuan dengan kuat dan cuba dengar sambil tuan sedang membacanya hala manakah suara tuan “mahu pergi” sama ada naik atau turun. Kemudian patah kembali kepada teks tuan dan gariskan setiap patah perkataan dengan warna yang selari dengan corak tona suara tuan. Kemudian, bacakan teks tersebut sekali lagi dan kali ini dengan lebih keras, memaksa diri tuan untuk meningkatkan tahap kesukaran yang mana tuan meninggikan atau merendahkan tona suara tuan untuk setiap patah perkataan yang digariskan. Akhirnya, apabila tiba masanya untuk berucap di hadapan pendengar tuan, cuba ambil jalan pertengahan di antara gaya infleksi yang tuan lakukan dengan gaya ucapan normal tuan yang biasa. Hasilnya sepatutnya lebih engaging yang mampu mencuri perhatian pendengar tuan dan menyerlahkan lagi bakat engagement tuan.
Pada mulanya, penggunaan infleksi dalam ucapan menjadikan kita kekok dan kurang selesa. Namun selepas menambahbaik secara berperingkat dan konsisten menambah infleksi ke dalam video conference tuan, tuan akan perasan lebih banyak respon yang bermutu daripada pendengar tuan. Orang lebih suka mendengar mereka yang memberi ucapan dengan penuh minat dan bertenaga. Infleksi adalah salah satu mekanik yang dapat membantu menyerlahkan lagi penyampaikan konten penting tuan!