Program Team Building Masa Hadapan: Dunia Tanpa Sempadan

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Virtual Reality (Teknologi Realiti Maya) Bakal Menjadi Teknologi Masa Depan, Gabungan Acara Team Building Berimpak Tinggi

Mari kita menjelajah masa lampau kepada tahun 90 an apabila Virtual Reality yang sekarang singkatan popularnya VR hayalah satu konsep yang daripada imaginasi liar? Terdapat beberapa prototaip pada masa itu, namun kemungkinan besar ianya masih jauh daripada realiti. Satu satunya alat VR yang berada di pasaran pada waktu itu adalah sangat berat, mesinnya yang sangat besar dan tidak mudah dibawa bersama kemana mana.

Selepas 20 tahun kehadapan, konsep headset VR yang pertama kali pertama diperkenalkan dalam pasaran. Melihat kembali potensi produk ini, syarikat seperti Sony, Facebook, Google, mula membuat pelaburan dalam projek VR mereka seperti Oculus VR, Projek Morpheus, Headset VR untuk PS4, dsb. Virtual Reality mempunyai pelbagai kegunaan seperti permainan gaming, membeli belah, latihan perubatan dan banyak lagi. Sesetengah syarikat yang berfikiran jauh mengimiginasikan ianya boleh digunakan dalam aktiviti Team Building dan latihan?

Virtual Reality sebagai acara Team Building telah berkembang dan melalui rakan kongsi bersama Catalyst Global Team Building. Pasukan daripada Catalyst Tunisia telah mencipta Gelung Infiniti yang sangat creative dan bermanfaat untuk diguna pakai. Mereka adalah syarikat pertama yang menggunakan virtual reality untuk aktiviti team building dan menawarkan teknologi dihasilkan oleh pengeluar Catalyst Network  untuk membantu menyatukan pasukan dan mereka sekarang sedang mencipta versi baru untuk pasukan yang berjauhan.

Memperkenalkan “Gelung Infiniti”

Matlamat program Gelungan Infiniti adalah untuk menawarkan pasukan dengan komunikasi masa semasa, penyelesaian masalah secara kolaborasi, pengumpulan data, perkongsian ilmu, membina dan menggerakkan solusi dan banyak lagi. Misi aktiviti pasukan team building ini adalah untuk menyelamatkan orang muda yang terperangkap dalam dunia maya.

Pasukan perlu mencari petunjuk-petunjuk dalam dunia maya dan solusi dalam dunia sebenar. Ini adalah combinasi sempurna dan pengalaman yang unik dan bermanfaat.

Alami pengalaman Virtual Reality Lagoona Cherating di sini. Pengalaman yang sangat menarik untuk melihat aktiviti di Lagoona Resort Cherating.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA