Tangani 4 Halangan Utama Kepada Pertumbuhan Networking Pasukan | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Jalinan networking yang meluas mampu membawa masuk potensi bisnes baru yang dapat membantu tuan dan pasukan tuan mengembangkan lagi bisnes tuan melalui jualan dan rakan kongsi yang berkesan. Walaubagaimanapun, terdapat 4 faktor utama mengapa sebahagian besar orang masih bergelut apabila berbica soal networking:

  1. Polisi dan amalan tuan yang tidak menggalakkan.
  2. Kebanyakan orang rasa seperti ralat atau perlu diasah lagi kemahiran mereka.
  3. Tembok penghalang di antara individu dan pasukan.
  4. Pegurusan atau pasukan tidak mengambil langkah yang proaktif.

Jadi bagaimana tuan dapat membantu pekerja tuan dalam membina hubungan networking dengan berkesan?

Usaha membina hubungan jangka masa panjang bersama pihak luar

agak mencabar sebenarnya seandainya tuan masih memiliki peratusan kadar pusing ganti pekerja (turnover) yang tinggi, pekerja yang berstatus sementara atau tidak tetap yang ramai, atau tuan memiliki pekerja lama yang agak ralat untuk melakukan perubahan khususnya dalam memacu model bisnes baru yang didorong oleh pertumbuhan-networking. Tuan mungkin perlu menilai semula kriteria pengambilan pekerja baru, insentif dan latihan pembagunan yang diamalkan di dalam organisasi tuan. Hanya setelah tuan mengambil langkah mentransformasikan suasana persekitaran yang dapat menggalakkan budaya networking, barulah tuan dapat menangani cabaran-cabaran yang lain yang sedang di hadapi pasukan tuan.

Rangkaian networking pasukan dari dalaman yang kuat dapat membawa pasukan tuan kepada budaya hubungan positif yang lebih membina.

Majoriti orang mendapati bahawa tugas-tugas membina rangkaian networking merupakan satu usaha yang sangat mencabar dan kurang selesa. Bukan itu sahaja, malah pasukan juga mungkin boleh menjadi terpecah-pecah. Kadang-kala barisan pengurusan dan ah pasukan tidak mempunyai keserasian gerak kerja di antara keduanya. Hubungan networking pasukan dari dalaman dapat membantu tuan dalam menangai cabaran dan halangan seperti ini.

Networking dari dalaman akan memudahkan tuan apabila mahu meminta bantuan atau nasihat daripada rakan sekerja walaupun skop kerja tuan tidak mewajibkan tuan untuk melakukannya. Sekiranya semua ahli pasukan tuan saling menyokong dan bantu-membantu antara satu sama lain di dalam tugasan harian mereka dan sentiasa mencari jalan bagaimana mereka dapat berhubungan secara lebih berkesan supaya dapat memberi tambah nilai kepada orang lain dalam syarikat tuan, syarikat dan ahli pasukan tuan secara keseluruhannya akan mendapat manfaat daripada usaha baik ini. Tambahan lagi, sebahagian besar prinsip ini juga dapat diaplikasikan semasa proses membina jaringan networking sama ada secara dalaman mahupun di luar pejabat.

Santapan makan malam bersama yang bertenaga dan menyeronokkan dapat menggalakkan pasukan tuan dalam mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat, pada masa yang sama membangkitkan selera semua orang dengan hidangan juadah makanan yang lazat. Kombinasi yang unik ini menggabungkan tema santapan malam yang santai bersama aktiviti “ice breaking” team building yang menyeronokkan. Bahagian acara yang seterusnya pula sebenarnya lebih menarik dan interaktif dimana tuan dikehendaki berpindah dari satu meja ke meja yang lain dan mengambil peluang tersebut untuk berkenalan dengan tetamu yang berada di meja lain. Sementara setiap orang menikmati hidangan mereka bermula dari pembuka selera, salad, hidangan utama dan pencuci mulut, pada masa yang sama mereka juga dapat melibatkan diri dalam permainan indoor yang ringan atau latihan menghiburkan seperti kuiz dan teka-teki yang dapat mewujudkan suasana yang santai dan memanfaatkan peluang tersebut untuk beramah mesra serta menambahbaik kemahiran “soft skill” yang ada pada setiap ahli kumpulan.

Tuan tidak mungkin mampu menambahbaik kemahiran networking pasukan dalam masa hanya satu malam, namun sekurang-kurangnya tuan dapat mendorong mereka untuk menambahbaik kemahiran dan keyakinan diri mereka dan pada masa yang sama meruntuhkan tembok yang menjadi penghalang kepada pembangunan networking pasukan dari dalam.

Bagaimanakah tuan menangani cabaran yang dapat membantutkan pertumbuhan bisnes tuan? Adakah tuan berjaya membina hubungan rangkaian networking pasukan dari dalaman?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA