Can You Hear Me Now | Mengatasi Halangan Komunikasi – Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Komunikasi Vokal Nonverbal Bagi Pasukan Remote, Bahagian 2

Frasa perbualan popular “can you hear me now?” mungkin sering kali digunakan dalam perbualan harian biasa. Namun tahukah tuan bahawa frasa ini sebenarnya hanya baru dipopularkan pada lewat tahun 2001 yang sebenarnya berasal daripada sebuah iklan ikonik di luar negara kepunyaan syarikat Verizon, iaitu sebuah syarikat telekomunikasi gergasi berpangkalan di Amerika Syarikat yang menawarkan pelbagai produk dan servis dalam talian. Iklan “Can You Hear Me Now?” bermula dengan seorang lelaki mengembara mengelilingi dunia dalam misi menguji kekuatan rangkaian komunikasi yang beliau telah langgani. Namun siapa sangka ianya bertukar menjadi satu frasa yang paling dibenci dalam dunia video conferencing?

YouTube player

Namun begitu, sekiranya tuan pernah cuba menahan kemarahan pada masa yang sama cuba untuk terangkan dengan tenang kepada ahli pasukan tuan yang tuan sebenarnya tidak dapat mendengar ucapan mereka, tuan mendapati bahawa lama-kelamaan percakapan tuan hanya menjadi semakin bertambah kuat dan kurang difahami, maka dalam situasi seperti ini tuan juga kemungkinan tidak dapat lari daripada mengajukan soalan yang sama. Sebelum itu mungkin tuan tertanya-tanya “apa sudah terjadi pada orang lelaki dalam video itu?”, sini terdapat satu artikel mengenai beliau. Saya akan terus menunggu tuan disini selepas tuan sudah selesai membacanya.

komunikasi

Bagaimana hendak Mengatasi Halangan Pada Komunikasi

Sebenarnya, walaupun tedapat banyak penulisan blog di luar sana memilih faktor “kelantangan suara” sebagai kunci utama penyampaian yang jelas, ahli bidang lakonan dan “improviser” lebih tahu bahawa suara yang lantang hanyalah satu bahagian daripada keseluruhan puzzle yang lebih besar. Malah, sangat penting untuk puzzle ini diselesaikan. Seperti yang Mike Hollier sudah jelaskan dalam posting beliau di Dolby Voice technology, otak manusia mengambil masa yang lebih sukar untuk membezakan suara dalam panggilan conferencing dengan suara di luar yang sebenar. “Otak kita sebenarnya belum canggih sepenuhnya lagi untuk memahami perbualan dalam persekitaran yang mana setiap gelombang bunyi yang diterima berpunca daripada sumber yang sama, yang boleh menyebabkan otak kita lebih sukar untuk membezakan satu gelombang bunyi daripada gelombang bunyi yang lain sehingga kita hilang jejak pada maklumat itu sendiri.

Ahli bidang lakonan sedar bahawa mereka dapat membantu penonton mereka menangkap dan memahami penyampaian mereka dengan menggunakan kelantangan suara dan kemahiran lakonan mereka kedua-duanya sekali. Pertama sekali, mengenai kelantangan suara, sama ada kita menguatkan atau melembutkan suara kita, ianya tetap mempunyai fungsi tersendiri. Selain faktor ganguan teknikal yang sering berlaku pada hampir semua panggilan conferencing kuno, masih banyak lagi faktor manusia lain yang memerlukan kita untuk lebih bersuara: panggilan conferencing bukanlah perkara yang selesa untuk semua orang. Kebanyakkan orang sama ada mereka sedar atau tidak sedar, lebih cenderung kepada “rule of behavior” :

 “Seandainya perkara itu menjadikan tuan rasa kekok, ianya juga menjadikan diri tuan nampak lebih terpencil.”

Dalam situasi yang kurang selesa, respon spontan yang biasa berlaku adalah mengambil ruang fizikal yang kurang (meleraikan kaki, menyilang tangan, mendongak dagu ke bawah) dan ruang vokal yang sedikit (menggumam, lebih berdiam diri). Kesannya adalah (melainkan tuan sudah mengikuti kelas improvasi) apabila tuan dalam keadaan kurang selesa — sama seperti keadaan dimana tuan rasa seperti bercakap dengan dinding dan bukannya dengan orang itu sendiri — tuan lebih cenderung untuk elak berkongsi pandangan tuan berbanding waktu lain yang tuan kebiasanya lebih gemar bercakap. Dan disinilah kebanyakkan penulis panduan online selalu lepas pandang, dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Unjuran vokal adalah memperkasakan suara tuan menggunakan nafas yang terkawal:

  • penuhkan rongga dada dengan udara sebelum memberi ucapan,
  • lepaskan nafas melalui dalam saluran pernafasan secara terkawal supaya tuan dapat mengeluarkan suara yang paling jelas walaupun pada hembusan nafas yang paling minima.
  • Dan faham waktu bila untuk berhenti dan mengambil semula nafas supaya tuan tidak kehabisan udara pada waktu yang salah.

Berikutnya adalah latihan praktikal yang mudah untuk tuan amalkan bagi membantu mengalihkan perhatian tuan kepada pernafasan tuan. Mula-mula sekali tuan dikehendaki berdiri, kemudian jauhkan kaki tuan sama jaraknya dengan bahu tuan dan bengkokkan lutut tuan sedikit — sama seperti Tai Chi. Letakkan tangan tuan atas sedikit dari perut tuan. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan bayangkan nafas itu turun ke bawah melalui rongga-rongga badan dan langsung memenuhi perut tuan seperti sebuah belon, kemudian, tolak perlahan-lahan tangan tuan jauh daripada tulang rusuk tuan. (Pernahkah saya beritahu “jangan lakukan aktiviti ini di tempat terbuka supaya tidak dilihat orang?” Sebenarnya saya rasa ianya bergantung kepada persekitaran pejabat tuan juga.)

Sekarang, muncungkan bibir tuan seperti tuan sedang meniup belon, dan mula hembuskan nafas secara perlahan dan secara terkawal. Semasa tuan sedang melakukannya, tekankan tangan tuan ke belakang seolah-olah tuan sedang menekan perut tuan hingga sampai ke tulang rusuk, dan “rasakan” udara itu tadi keluar dari perut dan bibir tuan. Ulangi prosesnya beberapa kali dan cuba panjangkan lagi masa menarik dan menghembus nafas dengan tambahan satu atau dua saat lagi. (Jangan salah faham, saya bukanlah seorang doktor. Ini bukanlah pandangan daripada pakar perubatan. Namun, seandainya tuan rasa seperti pening, tuan mungkin telah melakukannya secaea berlebih-lebihan.)

Sekarang mungkin masa yang tepat untuk mendedahkan bahawa tuan sebenarnya bukanlah bernafas ke dalam perut tuan — seandainya ini berlaku ianya sudah tentu teruk. Walaupun pernafasan kita berlaku di otot diafragma yang terletak berhampiran usus kita, kebanyakkan daripada kita seakan lupa cara sebenar kita bernafas. Berapa kerap tuan pernah melihat seseorang mengambil “nafas panjang” dengan mengembangkan dada mereka sambil mengangkat bahu? Macam mana cara ini boleh disalahertikan sebagai nafas panjang? Pada pandangan saya itu lebih kepada nafas “tinggi”. Nafas panjang adalah rasa seperti menurunkan nafas kebawah sampai ke isi perut kita dan menjadikan kita lebih stabil dan tenang.

Selain daripada aspek ketenangan, selang tempoh jangka masa yang panjang, tuan juga mungkin mendapati suara tuan telah bertukar menjadi lebih sekata dan jelas. Selain itu, apabila tuan cuba meninggikan suara, tuan dapat melakukannya dengan lebih semula jadi dan suara tuan juga akan kedengaran lebih yakin dan kurang menyeramkan. Semua elemen penyampaian yang penting ini seperti suara yang lebih jelas, kuat dan vokal yang lebih santai sudah tentu dapat membantu pendengar untuk memahami isi ucapan dengan lebih mudah.

Amalkan latihan pernafasan dan unjuran vokal di atas ini sebelum perjumpaan panggilan conferencing tuan yang seterusnya, terutama sekali perjumpaan dimana tuan menggunakan alatan pembesar suara. Dengan mengamalkan latihan baru ini mungkin tuan tidak perlu lagi bertanya “can you hear me now?”

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA