Penyampaian pitching yang berkesan adalah gabungan penggunaan kemahiran “soft skills” dan “hard skills” yang berguna kepada bakal pelanggan yang berpotensi, bakal majikan atau untuk membangunan rangkaian networking. Perbezaan di antara kemahiran soft skill dan hard skills adalah seperti yang berikut. Kemahiran soft skills adalah elemen yang mempunyai ciri-ciri personaliti; seperti samada tuan mempunyai kemampuan untuk menyesuaikan diri atau adakah tuan seorang individu yang bertanggungjawab. Hard skills pula adalah lebih kepada ciri ciri yang bersifat teknikal. Sebagai contoh, sekiranya tuan merupakan pengurus bagi sebuah rangkain runcit, salah satu hard skill tuan mungkin adalah ‘pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan.’

Apakah yang dimaksudkan sebagai pitching yang berkesan? Merujuk kepada tulisan Dwight Peters yang merupakan penulis jemputan laman Enterprenuer.com, beliau menggariskan enam langkah yang tuan akan dapat menfaatkan bagi membentuk semula penyampaian pitching tuan dengan lebih bergaya:
(1) Pamerkan Sikap Mengambil Berat Dan Tonjolkan Kredibiliti Tuan
Usahawan profesional sudah lali mendengar beratus-ratus ucapan pitching sepanjang hayat mereka. Jadikan penyampaian pitching tuan kali ini lebih menonjol berbanding yang lain dengan memahami mereka dan menambahbaik ucapan tuan supaya dapat disesuaikan dengan harapan mereka. Dapatkan pemahaman awal mengenai harapan mereka dengan melakukan penilaian menggunakan kaca mata dan perspektif mereka atau keperluan seseorang majikan. Seseorang individu sepatutnya mampu memanfaatkan kemahiran soft skills dan hard skills yang ada pada mereka lebih-lebih lagi seperti yang tuan sedar, kemahiran ini amat ditekankan dalam deskripsi pekerjaan.
Sebagai contoh, situasi dimana seorang individu yang sedang menyampaikan ucapan pitching beliau kepada seseorang pengurus akaun. Katakan pula bahawa individu tersebut juga mempunyai pengalaman dalam penjagaan kanak-kanak. Sudah tentu terdapat beberapa kemaahiran soft skill yang beliau perolehi daripada pengalaman menguruskan kanak-kanak yang dapat dimanfaatkan. Walaubagaimanapun, ianya tidak semestinya pengalaman yang mempunyai kaitan rapat dalam bidang yang dimohon. Kemahiran yang lebih berkait rapat yang perlu ditonjolkan adalah pengalaman hard skills yang diperolehi tuan semasa memikul peranan sebagai setiausaha bendahari ketika masih aktif dalam pertubuhan pelajar semasa bergelar mahasiswa di zaman kolej dahulu yang sebenarnya dapat menaikkan kredibiliti tuan.
(2) Dapatkan Perhatian Mereka
Ucapan pitching sebenarnya sangat ringkas, sebaiknya tidak melebihi 60 saat. Pastikan tuan hanya menyampaikan informasi yang paling penting pada awal permulaan ucapan, tetapi jangan mendedahkan kesemuanya lagi. Langkah stratergik meninggalkan beberapa informasi dapat meninggalkan individu yang sedang disampaikan tersebut dalam keadaan tertanya-tanya yang akan dapat membawa kepada perjumpaan susulan.
(3) Terangkan Tindakan Susulan (call to action)
Yakinkan individu yang tuan sedang sampaikan itu supaya beliau berminat untuk melakukan perjumpaan susulan bersama tuan. Berikan tindakan susulan yang mudah untuk diintegrasikan melalui pelbagai kaedah antaranya secara penukaran kad bisnes, ucapan lisan, atau ucapan yang dapat menarik perhatian individu yang tuan cuba yakinkannya. Berterus terang mengenai apa yang tuan harapkan supaya tuan dapat memudahkan individu tersebut memahami bagaimana mereka dapat membantu tuan pada masa hadapan.
(4) Pilih Pendekatan Yang Lebih Realistik
Walaupun setinggi mana harapan tuan agar dapat meyakinkan individu tersebut supaya beliau dapat memberi perhatian penuh pada penyampaian tuan, namun jangan lakukannya secara berlebih-lebihan. Seseorang mungkin mudah terperangkap dalam keyakinan palsu seolah-olah mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang yang sebenarnya lebih daripada kemampuan sebenar mereka. Namun kemudian hari, mereka mungkin akan terpanggil bagi membuktikan kemampuan sebenar mereka. Sebagai contoh, tuan mungkin berjaya menyakinkan mereka bahawa tuan sangat mahir dalam perisian komputer yang digunapakai syarikat, sedangkan pada hakikatnya, tuan hanya mempunyai pemahaman asas mengenai cara-cara penggunaan perisian komputer tersebut.
Seandainya mereka mendapati bahawa hasil kerja tuan tidak mencapai tahap seperti yang mereka harapkan, ini dapat memberi kesan pada kredibiliti tuan dan tuan akan terperangkap dalam situasi yang lebih mencabar. Oleh itu, tuan dinasihatkan supaya mengambil pendekatan yang lebih jujur dan realistik dalam penyampaian tuan.
(5) Sentiasa Menilai Kemampuan Diri Sendiri
Apabila berbicara soal kemahiran individu dalam menyampaikan pitching, sentiasa ada ruang kelemahan yang dapat ditambahbaik. Amalkan latihan bersama orang yang berada di sekeliling tuan. Manfaatkan pandangan yang mereka berikan dan sentiasa amalkan latihan yang berterusan. Latihan yang berterusan sudah tentu dapat menajamkan kemahiran tuan!