Komunikasi Vokal Nonverbal Bagi Pasukan Remote, Bahagian 3: Bagaimana Pemilihan Diksi Perkataan Yang Tepat Dapat Menambahbaik Kemahiran Komunikasi Interpersonal
Dalam cerita movie My Fair Lady, Profesor Henry Higgins sedang berusaha melatih Puan Eliza Doolittle dengan kemahiran membawa diri mengikut protokol adab dan tatacara di Balairung Seri. Salah satu topik paling sukar dalam pengajian ini adalah kemahiran penggunaan diksi yang betul yang kadang-kala merupakan halangan terbesar dalam komunikasi informal. Sering kali kita dapat perhatian sewaktu video conferencing dimana ada sesetengah peserta yang memang malu untuk menonjolkan diri tiba-tiba menjadi lantang dan gugup apabila diminta untuk bercakap. Berdasarkan pemerhatian ini rasanya banyak bisnes yang perlu mengambil giliran bersama Profesor Higgin di ruang tamu beliau.

Tuan mungkin pernah mengikuti pengajian dalam cara mengatasi halangan dalam komunikasi di zaman sekolah menengah di bawah topik pronunciation, enunciation, diksi atau latihan pengucapan awam yang jelas. Untuk tujuan praktikal, apa yang saya boleh simpulkan adalah, semua ini topik memberi kepada penekanan kepada konsonan pertuturan dan penggunaan pemisah kata yang betul di antara setiap perkataan. (Saya suka mengelakkan daripada menyebutnya sebagai “jeda” atau istiah bahasa inggerisnya “pause” kerana di saat pendengar tuan mula menyedarinya, tuan munkin sudah menggunakannya secara berlebih-lebihan.)
Diksi adalah teknik penggunaan saluran pertuturan yang betul. Apabila ianya digunakan dengan betul, ianya kedengaran lebih semula jadi tanpa perlu terlalu memikirkannya. Kami semua tahu bahawa tuan tidak mahu kedengaran seperti kebanyakkan budak remaja — melainkan rata-rata remaja hari ini sudah banyak berubah semenjak zaman saya semasa menjadi remaja dahulu – yang mana ucapan “saya sayang awak!” bertukar menjadi “syayasyayangawak!”. Namun begitu, kita juga tidak mahu kedengaran seperti seorang mahasiswa yang baru sahaja menamatkan pengajian Master beliau dalam bidang Seni Persembahan dan Lakonan dan sekarang tidak boleh muncul di khalayak ramai tanpa trademark scarf dan turtleneck mereka. Diksi adalah selah satu daripada saluran untuk menyampaikan mesej bermula dari penghantar sampailah kepada penerima, dan apabila ianya menjadi …hmm…terlebih pronounced, mesej yang cuba disampaikan itu sendiri boleh menjadi lemah.
Dalam video conferencing, teknik komunikasi sudah menjadi semakin penting. Dalam banyak-banyak teknologi telekomunikasi yang tuan gunakan, bunyi yang lebih kuat tidak semestinya bermaksud lebih baik. (Seandainya tuan mendapati bahawa tuan mempunyai suara yang lembut, rujuk bahagian 2 siri ini untuk dapatkan lebih unjuran.) Mesej yang lantang tetapi bercelaru tidak akan membawa penambahbaikan pada pendengar. Untuk seorang pelakon, saya mencadangkan penggunaan kata konsonan yang jelas, perkataan yang terpisah dan ayat mestilah disusuli dengan tanda baca – maksud saya elakkan daripada berhenti pada akhir ayat tuan. Kemudian (ya maksud saya “hanya kemudian”), barulah sesuai untuk bercakap dengan menggunakan suara yang lebih tinggi.

Untuk setiap posting dalam siri ini, saya menyarankan tuan mengamalkan satu latihan drama yang ringkas. Untuk latihan pronunciation, saya suka mencadangkan satu permainan daripada Viola Spolin berjudul Theater Games for the Lone Actor, sebuah buku yang saya sangat rekomen untuk rujukan pelakon, penceramah, atau sesiapa sahaja yang pekerjaan mereka memerlukan interaksi yang tinggi bersama orang lain. Latihan “vowel dan konsonan” daripada Spolin ini menggunakan teknik menyerlahkan kata diksi, memfokuskan pada ciri-ciri semulajadi individu dan mengabungkannya semua kembali.
Tingkatkan kemahiran komunikasi interpersonal tuan dengan mencuba latihan berikutnya:
- Pilih satu konten penulisan untuk digunakan sebagai contoh. Andai kata tuan sedang menyediakan ucapan sendiri, gunakan penulisan tuan sahaja.
- Bacakan petikan penulisan itu dengan kuat sambil perhatikan penghayatan mulut, gigi, lidah, bibir dan rahang tuan, cth. Tumpukan perhatian tuan sepenuhnya kepada penghayatan ucapan tersebut. Ucapan yang baik adalah sebahagian daripada seni.
- SBacakan petikan itu dengan kuat sekali lagi, tetapi kali ini, overpronounce setiap konsonan. Bacakannya sepuas hati tuan. Berikan penghayatan sepenuhnya sekali lagi.
- Bacakan petikan itu secara lantang buat kali ketiga. Namun kali ini, overpronounce setiap huruf vowel. Panjangkannya, bacakannya dengan nyaring dan berkembang.
- Akhir sekali, ulangi petikan tersebut seakan tuan sedang berada hanya 100 kaki jauh dari bilik perpustakaan. Tuan tidak boleh meninggikan suara tuan, tuan hanya boleh menggunakan konsonan dan vowel sebagai medium mesej tuan.
Selain daripada manfaat menonjolkan konsonan dan vowel, ada sesuatu yang menarik tentang bacaan berulang yang mampu menarik perhatian kita kepada mekanik ucapan itu sendiri, yang mana sangat penting dalam komunikasi gaya informal. Saya masih ingat semasa zaman saya meluangkan masa hampir satu semester dalam kelas teater dimana saya diminta melakukan pelbagai jenis eksperimen pada satu sonet “Shakespearean”. Saya sudahpun lupa isi kandungan sonet tersebut, tetapi apa yang saya dapat belajar adalah kemahiran saya dalam memberi uncapan telah memberi pulangan yang besar dalam sepanjang karier saya dari segi persembahan, ucaptama, di bilik mesyurat dan dll.
Pada akhir cerita My Fair Lady, Puan Eliza akhirnya belajar lebih daripada sekadar kemahiran memberi ucapan begitu juga Higgins yang sempat belajar satu dua perkara juga. Lain kali apabila tuan sedang berada dalam video conferencing, eksperimen penyampaian tuan dengan menggunakan teknik diksi dalam menyampaikan mesej tuan, dan ingatlah bahawa “clearer is almost always better than louder”.