Idea Keterikatan Pekerja (Employee Engagement) & Alatan yang praktikal | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Hampir 70% pekerja tuan tidak merasa seronok dengan pekerjaan mereka. Oleh itu, samada tuan memahaminya sebagai komunikasi dalaman atau keterikatan pekerja, apa pun istilah yang difahami, tuan masih dapat melakukan penambahbaikan!

Keterikatan Pekerja ialah: “Hubungan emosi seseorang pekerja rasakan terhadap organisasi beliau, yang akan mempengaruhi sikap mereka dan tahap usaha dalam aktiviti berkaitan tugasan. Lebih tinggi hubungan keterikatan perkerja yang dimiliki pekerja dengan syarikat mereka lebih besar sumbangan usaha mereka.

Keterikatan (engagement) = Usaha

Dalam kebanyakkan masa, menyemai keterikatan pekerja lebih mudah diucapkan dibibir berbanding usaha sebenar yang perlu diambil. Ianya boleh menjadi satu cabaran untuk menyatukan pekerja yang merasa sudah dipinggirkan di tempat kerja . Langkah pertama adalah mengenal pasti. Menurut kaji selidik terkini tentang keterikatan pekerja, komunikasi memainkan peranan yang penting untuk memastikan pasukan tuan terikat. Terdapat beberapa idea keterikatan pekerja yang bagus, permainan dan alat-alat diluar sana yang data membantu tuan untuk mulakan langkah pertama.

Survey Monkey digunakan untuk membuat bancian.

Seramai lebih 20 juta orang mengunaka alat ini jadi jika tuan belum mencuba, cubalah! Maklum balas daripada pekerja adalah sangat penting untuk penambahbaikan persekitaran tempat kerja. Tanya pendapat pekerja dan pertimbangkan pandangan mereka. Mereka akan merasa lebih kebersamaan dengan syarikat secara menyeluruh. Pastikan tuan mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya setelah meneliti jawapan maklum balas mereka!

OfficeVibe juga merupakan salah satu alat kajian maklum balas yang lain digunakan sebagai kaedah pengumpulan maklumat daripada pekerja.

Menggunakan alat ini, pekerja akan menjawab satu satu minggu satu soalan yang akan menilai perasan mereka dan pandangan mereka mengenai budaya syarikat dengan mejawab kaji selidik yang “pendek dan manis”. Apa yang bagus tentang alat ini adalah ujian kaji selidik hanya mengambil masa 5 minit sahaja setiap bulan. Masa adalah emas yang kita tak mampu kembalikan, oleh kerana itu, ini merupakan pilihan yang terbaik!

Unily ialah servis intranet yang menawarkan ciri ciri aplikasi mobile.

Servis intranet menawarkan rankaian komunikasi setempat atau terhad untuk kegunaan pejabat sahaja. Servis ini sangat mesra pelanggan tuntuk kekal berhubung dengan lancar dan memastikan keterikatan pekerja. Aplikasi mobile app Unily menawarkan ciri-ciri yang mesra pelanggan apabila tuan sedang berada berjauhan daripada pejabat!

Unily alat untuk komunikasi berpasukan

HipChat adalah servis mesej segera yang mempunyai ciri ciri perkongsian skrin dan bilik maya bagi tujuan berkomunikasi.

Servis ini telah disesuaikan sepenuhnya memastikan alat ini mudah untuk digunapakai bagi memenuhi keperluan tuan. Ini merupakan kaedah terbaik untuk saling berhubungan di pejabat dan mempromosikan komunikasi yang sihat.

Jika tuan yang merupakan pembaca artikel ini adalah seorang pemimpin ataupun sesorang yang berjawatan tinggi, tuan juga sebenarnya merupakan alat keterikatan pekerja. Tuan mungkin mempunyai kemampuan untuk mengubah persekitaran di tempat kerja. Sentiasa berhubung dengan semua orang dan bekerjasama untuk kekal terikat dan produktif. Keseronokkan akan menyusul kemudian.\

Menambahbaik keterikatan pekerja perlu menjadi antara matlamat paling utama, cubalah salah satu atau kesemua alat diatas. Semakin tinggi semakin bagus!

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA