Apabila tuan memerlukan konsensus dan komitmen pasukan untuk menangani sesuatu isu, libatkan pasukan tuan ke dalam proses membuat keputusan.
Segey Dudiy, Ph.D. mengemukakan Sembilan Tips Kerjasama Pasukan dan Team Building pada tahun 2005, lapan tahun yang lalu. Nasihat yang kualiti sememangnya tak luput ditelan zaman!
Keputusan pasukan boleh menjadi agak mencabar, tetapi ia adalah kunci untuk setiap ahli pasukan untuk merasa hak menyumbang kepada keputusan akhir mengenai isu yang memerlukan sokongan semua orang. Lebih ramai ahli pasukan tuan rasa seperti ini, lebih tinggi kemungkinan mereka akan bersetuju dan komited pada garis tindakan yang dipersetujui. Perkara ini juga dapat membantu tuan membuat keputusan yang lebih baik untuk menghilangkan sikap berat sebelah dan bersedia menghadapi pengawasan orang ramai.
Walaubagaimanapun, apabila tuan membawa orang lain kedalam proses membuat keputusan, tuan perlu mengambil pendekatan yang berbeza. Keputusan pasukan memerlukan persiapan dan tempoh masa. Tuan akan menghadapi cabaran yang mungkin termasuklah:
- Ahli Pasukan dari Latar Belakang Yang Berbeza
- Kelemahan Polisi Panduan
- Kelemahan Autoriti Pasukan
- Politik Dalaman
- Budaya Birokrasi Berlebihan (Organizational Inertia)
- Kelemahan Integrasi
- Jurang dan Ketidak Pastian

Perlu diingat bahawa apabila satu atau dua orang memiliki kemahiran yang diperlukan untuk membuat keputusan, ia tidak masuk akal untuk melibatkan keseluruhan pasukan, terutamanya apabila tuan telah membina kepercayaan yang tinggi dalam organisasi tuan. Selain itu, perpaduan dan kesepakatan dalam kumpulan secara sedar menjadi lebih penting kepada manusia berbanding mencapai keputusan yang tepat dalam beberapa situasi. Faktor ini menggalakkan pemimpin untuk membuat keputusan yang memerlukan komitmen dalaman yang kuat tanpa input pasukan, yang akan perlahankan kejayaan pasukan tuan. Bagi mengenal pasti pendekatan yang bersesuaian, tanyakan diri sendiri:
- Apakah keputusan yang diambil memberi kesan kepada visi jangka masa panjang tuan?
- Adakah tuan sedang menilai situasi yang kritikal?
- Adakah tuan memerlukan bantuan daripada ahli pasukan yang ramai untuk mengeluarkan keputusan?
- Adakah tuan sedang menambahbaik pemahaman dan sokongan dikalangan akli pasukan tuan?
- Apakah kepentingan peribadi dicampur adukkan dalam proses membuat keputusan?
- Haruskah tuan cuba untuk meyakinkan, bukannya memberi tekanan pada ahli pasukan?
- Adakah penting untuk meminimumkan unsur politik di sebalik tabir ?
- Adakah tuan perlu mengimbangi risiko ?
- Adakah tuan sedang mencari solusi inovatif?
Andai kata jawapannya “ya” kepada kesemua soalan ini, pertimbangkan untuk merangka stratergi membuat kata putus bersama pasukan.

Sebelum tuan menganjurkan acara penyertaan penuh dari semua pasukan, pastikan temanya bersesuaian dan tuan mempunyai masa dan sumber yang mencukupi bagi menjayakannya. Apabila tuan sudah menentukan bahawa konsensus dan komitmen semasa sangat penting , ikuti tips tambahan ini untuk membuat ketetapan bersama pasukan dengan efektif.
- Kumpulan kecil mungkin lebih baik untuk tugasan yang mendesak.
- Kumpulan yang besar memerlukan struktur yang lebih formal untuk menyelaras tanggungjawab agar usaha yang sama tidak berulang.
- Pasukan kebiasaanya lebih efektif apabila mereka mempunyai campuran individu yang mengambil peranan yang memerlukan kemahiran dan kepakaran yang berbeza. (cth. “idea” individu v.s seseorang yang berfikiran analitikal)