Majlis pesta keraian menawarkan platform terbaik bagi meluaskan networking pasukan, yang dapat membantu tuan menajamkan lagi bakat tuan dan mengukukuhkan lagi jaringan kolaborasi bersama pihak lain.

Di sini terdapat beberapa tip yang dapat membantu tuan dalam mengambil langkah pertama:
1. Pamerkan sikap seorang individu yang ramah mesra supaya orang rasa selesa dan mudah untuk memulakan perbualan.
Fokus pada sesuatu topik atau seseorang yang tuan mempunyai banyak persefahaman yang sama adalah permulaan yang baik untuk bersuai kenal, tetapi pilih pendekatan yang lebih semula jadi dan tanyakan mereka soalan yang ringkas bagi menggalakkan perbualan ringan. Kolaborasi yang berjaya memerlukan konteks dan perkaitan yang rapat. Usaha seperti ini menjadi dua kali ganda lebih sukar sekiranya tidak dimulai dengan betul!
2. Minta nasihat, berikan perhatian yang penuh, dan ambil catatan.
Ianya merupakan satu penghormatan bagi individu sekiranya tuan secara peribadi memilih beliau sebagai teman yang dijadikan rujukan dalam meminta apa-apa pandangan dan nasihat dan percayalah sahabat-sahabat tuan menyimpan banyak informasi yang berguna untuk dikongsikan bersama tuan. Mintalah pandangan dan nasihat daripada mereka. Orang kebiasaanya lebih terbuka sekiranya mereka dijadikan tempat rujukan berbanding menjadikan mereka salah satu alat kepada penyelesaian masalah itu sendiri. Ajukan soalan susulan supaya komunikasi dapat berjalan dengan lancar. Rakan kerja tuan mungkin dapat memberi jawapan yang berguna namun tuan pada masa yang sama perlulah memberi tumpuan yang sepenuhnya mengenai apa yang mereka cuba sampaikan. Sudahkah tuan meminta apa-apa pandangan atau nasihat? Mintalah pandangan atau nasihat secara berhemah!
“Satu-satunya tindakan yang betul adalah menyebarkan nasihat yang tebukti bermanfaat. Nasihat yang berguna tidak membawa sebarang manfaat sekiranya nasihat tersebut disorokkan bagi kegunaan diri sendiri.” – Oscar Wilde, penyair
“Setiap kali tuan hendak mengeluarkan sebarang pendapat, sentiasa betanyakan pada diri sendiri terlebih dahulu, apakah maklumat yang ingin disampaikan itu sahih, adakah ianya bersesuaian dengan konteks persekitaran semasa dan adakah maklumat yang disampaikan itu dapat mententeramkan hati mereka yang sedang mendengar –Buddha
Sebaik sahaja tamat acara majlis keraian tersebut, catat kesemua nama mereka sebanyak mungkin termasuklah jawatan yang mereka pegang, topik yang tuan berdua bualkan, atau persamaan hobi dan minat bagi membantu daya ingatan tuan. Malah sekiranya tuan tidak mempunyai sistem networking da kolaborasi yang tersusun, amalan mencatat nota dapat membantu tuan dalam menyimpan maklumat-maklumat yang penting.
3. Follow up.
Sekiranya syarikat tuan tidak menyediakan sebarang direktori, minta maklumat peribadi yang mudah untuk dihubungi daripada setiap individu yang tuan sempat berkenalan. Follow up dengan mereka– secara peribadi atau online – rujuk kembali topik-topik spesifik berdasarkan perbualan lepas tuan bersama mereka (rujuk buku nota yang tuan telah catitkan)