3 Aktiviti Team Building Yang Mendorong Komunikasi di Tempat Kerja

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Angka ini amat mengejutkan.

  • 60% daripada pekerja ketandusan elemen yang diperlukan bagi pengekalan keterikatan kerja (employee engagement) yang tinggi
  • 82% daripada pekerja mengatakan adalah sangat kritikal untuk organisasi mereka menegaskan masalah keterikatan kerja (employee engagement)
  • 69% daripada pekerja melaporkan keterikatan kerja (employee engagement) merupakan salah satu isu dalam organisasi mereka.

Sudah jelas bahawa komunikasi di tempat kerja perlu dipupuk dalam semua syarikat, persoalannya sekarang bagaimana? Terdapat banyak taktik yang tuan dapat guna pakai, namun disini terdapat tiga aktiviti team building yang mendorong komunikasi di tempat kerja dengan segera.

1. Mendorong Komunikasi: Acara Team Building

Jika komunikasi di tempat kerja adalah lemah atau memerlukan sedikit dorongan, perkenalkan acara team building dan aktiviti untuk memberi ruang platform sebagai langkah pertama usaha tuan dan menambahbaiki keputusan.

Acara team building menawarkan kaedah yang menyeronokkan untuk merapatkan hubungan dengan pekerja tuan melalui inisiatif mereka sendiri; tetapi, sebuah organisasi mendapat manfaat lebih besar dan jangka masa panjang apabila sesuatu acara memfokuskan keyakinan diri sebagai sebahagian besar strategi untuk mencapai matlamat spesifik.

2. Latihan Komunikasi: Penyampaian Komedi dan Persembahan teater

Latihan komunikasi merupakan satu program yang disusun untuk membangunkan kemahiran “soft skill” dan kepimpinan. Melalui penglibatan dalam latihan dan permainan ini tuan dapat membangunkan kemahiran profesional yang penting. Program ini boleh diolah dalam bentuk komedi atau memasukkan elemen keseronokan dalam pasukan.

Tuan bukan sahaja boleh belajar bagaimana untuk menyampaikan hiburan atau melakukan persembahan teater. Pendekatan ini meletakkan prinsip dan teknik improvisasi teater yang berkesan apabila memeberi persembahan di diatas pentas ala teater.

Penambahbaikan komunikasi di tempat kerja adalah manfaat terbesar dalam program ini.  Program latihan ini mengfokuskan pembangunan kesedaran diri, menitik beratkan kepentingan mesej dan mesej ucapan dan mempelajari teknik untuk membangunkan dan mengekalkan keyakinan diri.Tuan juga dapat menumpukan perhatian dan kemahiran mendengar pandangan orang lain dengan lebih berkesan.

Pada masa ini dalam dunia pengurusan oraganisasi tertinggi, alat-alat penambahbaikan dapat membantu individu dan pasukan untuk menghadapi perubahan dan cabaran.

Program dinamik seperti penyampaian komedi dan persembahan teater menitik beratkan elemen penting – yang sering kali dilepas pandang– kemahiran komunikasi dan mendengar yang akan menambahbaik kualiti kerja tuan daripada masa ke semasa.

3. Mendorong Komunikasi: Gamifikasi Pejabat

Aktiviti harian yang mudah di tempat kerja dapat menjadikan tuan lebih terikat (engaged) semasa sedang bekerja. Walaupun sesetengah alat teknologi dapat menganggu tumpuan, terdapat banyak lagi aplikasi keterikatan kerja dan  stratergi komunikasi yang dicipta dengan memanfaatkan teknologi.

Gamifikasi merupakan satu proses pengunaan elemen dalam situasi luar permainan untuk menaikkan produktiviti. Officevibe fokus dalam aktiviti team building harian yang membolehkan pasukan tuan rasa lebih bersemangat dan terikat (engaged).

Aplikasi mata ganjaran dalam platform Officevibe ini seperti Yammer, dapat mendorong komunikasi di tempat kerja. Dengan menekan fokus utama untuk pekerja melibatkan diri dengan lebih seronok , gamifikasi menggalakkan amalan baik yang akan menaikkan dan menyemai kesatuan dalam kalangan pasukan tuan. Kami berharap senarai kami mengenai 3 aktiviti team building dapat medorong komunikasi di tempat kerja yang sudah tentu dapat membantu tuan memilih kaedah komunikasi yang efektif bersama pasukan tuan!

Adakah team building membantu tuan dalam mendorong komunikasi di tempat kerja? Apakah aktiviti yang berkesan? Tidak berjaya? Tuan tahu mengapa?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA