Kami menyusun lima langkah untuk mulakan dan menguruskan pasukan jarak jauh melalui satu fokus untuk membina budaya.
Tiada keperluan lagi untuk penetapan bagi sebilangan kecil ahli pasukan, kerja berjauhan ini sudah menjadi semakin lebih biasa dari sebelum ini. Hari ini, impak coronavirus ( COVID-19) telah mendesak arahan wajib untuk berkerja dari rumah , dan banyak syarikat yang terpaksa bangun semula dalam menguruskan pasukan jarak jauh dengan cepat.
5 Langkah Untuk Mula Menyusunkan Pasukan Jarak Jauh
Memulakan sebuah pasukan jarak jauh memerlukan fokus pada komunikasi dan hubungan interpersonal.
Berita baik: gerak kerja jarak jauh lebih muda untuk disusun dan diimplimentasikan berbanding gerak kerja operasi kebiasaan.
Cabarannya? Ianya sangat mudah untuk mengikis aspek budaya syarikat yang menaikkan prestasi dan kepuasan pasukan.
1. Jelaskan ketetapan peranan virtual setiap orang
Walaupun langkah ini seakan tiada keperluan sekiranya tuan sudah mempunyai pasukan yang mempunyai peranan yang jelas, namun bagi persekitaran baru ini adalah amat kritikal.

Memperkenalkan penyusunan baru adalah tempoh terbaik untuk menilai semula bersama pasukan tuan untuk menjelaskan dan mengingati semula peranan setiap orang. Ini membolehkan ketetapan harapan yang jelas pada awal penubuhan pasukan virtual. Sekiranya pasukan jarak jauh tuan tersebut hybrid atau dikonfigurasikan, ini dapat memastikan semua orang mempunyai idea yang jelas berkenaan sumbangan dan pemahaman mengenai tentang sumbangan ahli pasukan yang lain yang akhirnya menyumbang pada kejayaan pasukan secara menyeluruh.
2. Tetapkan jangkaan kalender yang jelas
Tugas jarak jauh menawarkan banyak fleksibiliti untuk ahli pasukan. Kesannya pula, ahli pasukan mungkin hanya produktif pada masa-masa tertentu sahaja. Menggariskan garis pemisah waktu yang sesuai bagi ahli pasukan diperlukan untuk berada online dan bilakah waktu yang sesuai untuk offline dapat menyediakan struktur dan rutin kerja melalui pengalaman kerja jarak jauh. Bagi sebahagian pasukan, kerja jarak jauh adalah sesuatu yang baru, dan penyediaan struktur, stratergi dan panduan untuk pasukan tuan adalah perkara yangakan membantu. Ini juga bagi memastikan gerak kerja ahli pasukan disusun dan mampu untuk menambah fleksibiliti tanpa mengurangkan produktiviti atau rasa buntu semasa terperangkap dalam rumah mereka.
3. Luangkan masa untuk membina hubungan
Dalam tempoh mengasingkan diri, keperluan untuk menyusun masa bagi perbincangan jarak jauh supaya terus kekal berhubung dengan pasukan tuan. Bergantung pada dinamik offline pasukan tuan boleh dilakukan denga lebih formal atau perbualan kosong yang biasa. Ini mungkin juga satu keperluan untuk memperuntukkan masa yang lebih bagi perbincangan jarak jauh bagi membina pasukan untuk mengurangkan kesan pengasingan supaya persekitaran pasukan kolaboratif dapat dirasakan meskipun berada di rumah.
4. Sentiasa berhubung bersama ahli pasukan secara individu.
Sekiranya amalan berhubung secara satu “one-to one” bagi pasukan offline tuan, adalah penting untuk amalan ini diteruskan dan mungkin juga dapat diperkembangkan lagi. Dalam persekitaran kerja secara berasingan, tuan mungkin tenggelam dalam perbincangan dimana pelbagai soalan mungkin timbul dan memerlukan tindakan segera atau idea baru tiba-tiba muncul. Tambahan masa atau kekerapan “berhubungan” dapat memastikan komunikasi yang berterusan bersama ahli pasukan tuan dan interaksi kebiasaan yang erlaku secara semula jadi dalam prsekitaran pejabat.
5. Membangunkan saluran komunikasi yang mampan
Pusukan jarak jauh memerlukan mesyuarat yang lebih formal, dan mendalam bersama ahli pasukan secara individu, dan sebuah platform untuk ahli pasukan untuk berbincang secara langsung pada masa mereka melengkapkan tugasan mereka. Apabila saluran komunikasi mula berkembanng, cuba bina lebih konsistensi bagi memenuhi keperluan yang berbeza yang diperlukan pasukan. Merencanakan konsistensi akan dapat memastikan keseluruhann pasukan tuan interaksi secara berterusan dengan memanfaatkan sumber yang sama.

5 Langkah untuk Menguruskan Pasukan Tuan Yang Berkerja Dari Jauh
Setelah tuan susun pasukan jarak jauh, sudah tiba masanya untuk sambung tugasan! Pengurusan yang berterusan merupakan satu cabaran buat pasukan ini.
1. Fokuskan kualiti hubungan berbanding kuantiti
Sebahagain besar gerak kerja pasukan jarak jauh ini sudah ditambahbaik melalui teknologi. Daripada sambungan wifi yang laju kepada aplikasi mesej yang menyerluruh seperti Slack, dimana mempunyai pelbagai sumber yang menambahbaik hubungan jarak jauh.
2. Mengagihkan pegurusan projek secara langsung melalui maya (virtual)
Satu penggunaan teknologi yang penitng bagi pasukan kerja jarak jauh adalah pengurusan projek secara langsung menerusi maya (virtual) dan Persian yang boleh mengadaptasikan interaksi dalam pejabat yang sebenar seperti Asana atau Monday.com. Menyediakan jadual kehadiran mesyuarat maya bagi jabatan spesifik seperi ini menambahbaik keberkesanan dana pekerja mampu untuk mengemaskini kemajuan ahli pasukan seperti yang mereka rancang menggunakan aliran gerak kerja mereka.
3. Mendifinasikan semula akauntabiliti
Adalah mustahil bagi pengurusan micro untuk setiap ahli pasukan online. Tambahan pula, ahli pasukan yang baru atau mereka yang memikul beban kerja yang banyak memerlukan penyeliaan yang lebih. Menetapkan jangkaan tarikh akhir setiap tugasan dan kemaskini kehadiran virtual yang membawa pada perbincangan sebelum tarikh akhir tersebut akan dapat memastikan projek berjalan dengan lancar.
4. Fokus pada salurun penghantaran
Pastikan pasukan tuan mempunyai alatan atau sumber bagi penghantaran hasil tugasan yang mampan. Sekiranya pasukan tuan dapat menambahbai saluran mereka, fikirkan secara kritikal tentang bagaimana untuk menyediakan sokongan virtual yang berkesan. Susun pasukan tuan untuk kejayaan.
5. Wujudkan persekitaran yang meraikan kemenangan
Setelah tuan telah berjaya menyusun pasukan jarak jauh yang berkesan, jangan lupa untuk beri penghargaan pada pasukan tuan , dan konsisten dalam membina budaya dalam pasukan kerja jarak jauh.
Contoh seperti meraikan hari jadi dalam pejabat, dorong pasukan tuan untuk berinteraksi dan saling menyokong di antara satu sama lain dari jauh. Berkongsi kejayaan, terutamanya selepas mencapai sesuatu kejayaan yang besar, naikkan semangat dan moral mereka.
Mengapa hubungan antara pasukan membantu pekerja jarak jauh
Secara keseluruhannya, dari masa ke semasa dan peluang untuk hubungan antara pasukan membantu pekerja jarak jauh untuk merasa seronok tentang manfaat daripada persekitaran kerja jarak jauh dan memberi peluang pada pengurusan untuk mengurus pasukan mereka dengan berkesan.
Bagi pasukan yang sedang mencari akiviti team building outdoor yang lengkap jangan lepaskan peluang untuk kumpulkan rakan sekerja tuan melalui pakej team building kami. Hubungi kami hari ini dan kita dapat mebincangkan pilihan team building yang bersesuaian untuk pasukan tuan.