Tiada keraguan bahawa networking merupakan kemahiran penting bagi mengembangkan bisnes atau membangunkan jaringan networking peribadi. Setiap jaringan kenalan yang tuan usahkan adalah sangat penting, sebagaimana yang diulas ketua reka cipta Twitter, Mike Davidson pernah berkata:
Semunya tentang manusia. Ianya tentang networking dan berbuat baik kepada orang dan elakkan perkara yang membawa kepada salah faham. Buku sijil tuan mungkin amat mengangumkan, namun akhirnya berbalik kepada keputusan seseorang individu juga yang membuat keputusan untuk mengambil tuan bekerja.
Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk kita dapat membina networking dengan cekap? Sekolah bisnes Paul Merage bertempat di Universiti California, Irving menawarkan beberapa tip networking profesional.
Mesra Untuk Didekati:
Adakah tuan merupakan seseorang yang sangat mesra untuk didekati? Adakah tuan dapati tuan seorang yang mudah untuk memulakan perbualan? Atau tuan sering menghadapi cabaran untuk memulakan perbualan dengan orang luar yang tuan tidak kenali secara rapat? Realitinya adalah, tidak semua orang mempunyai keterampilan yang karisma. Untuk mengatasi halangan ini, tuan harus beri penekanan tentang komunikasi nonverbal. Sekiranya tuan dalam posisi seakan menengelamkan diri seperti berpeluk tubuh di atas kerusi, tuan akan keihatan seakan kurang mesra untuk didekati berbanding seseorang yang berdiri tegap dan kelihatan terbuka untuk orang lain menghampiri dan mulakan perbualan.
Mengamalkan Sikap Terbuka Pada Semua Perhubungan:
Setiap perkenalan yang tuan miliki adalah sangat kritikal bagi kemajuan kerjaya atau bisnes tuan. Hidari daripada perkara-perkara yang dapat merosakkan persahabatan.
Jangan kerana tuan berkenalan dengan seseorang yang berjawatan lebih rendah berbanding seorang yang berjawatan seperti pengurus tinggi, ini tidak bermakna tuan harus mempunyai sikap layanan yang berbeza. Tuan mungkin tidak tahu bagaimana perkenalan tersebut dapat memberi manfaat atau mudarat apabila tuan sedang berusaha melangkah jauh dalam kerjaya tuan!
Pakaian Yang Berketerampilan Lambang Kejayaan:
Seperti penekanan penting yang diberikan pada menjaga perhubungan yang tuan miliki, adalah penting juga untuk memastikan tuan mempunyai keterampilan menarik ketika padang pertama apabila sedang berkenalan dengan kenalan baru. Lakukan kajian awal dan kenal pasti jenis majlis networking yang tuan harus melibatkan diri. Jika ianya merupakan persidangan networking, tuan mahu berpakaian lebih formal berbanding acara yang kurang formal seperti majlis keraian pada hari cuti.
Tonjolkan Diri Tuan
Ambil pendekatan berbeza berbanding duduk mejauhi di dipenjuru dinding, dorong diri sendiri untuk turut serta dan bergaul dengan orang ramai di kawasan tumpuan seperti di lokasi meja makan. Kebanyakkan orang bersikap lebih terbuka untuk memulakan perbualan di sini. Tonjolkan diri dengan berjalan di sekeliling orang ramai dan perkenalkan diri pada beberapa kumpulan yang dilintasi. Semakin menonjol tuan dalam acara networking seperti ini, semakin besar manfaat yang tuan akan perolehi dengan menghadirinya.
Mempunyai Matlamat Yang Jelas:
Realistiknya, tuan tidak mungkin berpeluang untuk bertemu semua orang yang hadir dalam majlis networking itu. Oleh itu, sangat penting untuk tetapkan secara jelas topik yang ingin disentuh tuan semasa melakukan perbualan.
Dalam ucapan pengenalan tuan, pastikan mempunyai kesemua elemen baik seperti kejujuran, kebolehpercayaan, fleksibiliti dan kesesuaian topik. Ini adalah kesemua potensi kemahiran yang majikan inginkan untuk pekerja mereka tanpa mengambil kira perbezaan jenis dan tahap posisi. Pastikan ucapan pengenalan pendek dan ringkas, tidak melebihi 60 saat.
Terus Berhubung:
Selesai tuan berkenalan dengan individu lain kumpulkan kad bisnes mereka. Hantar mereka sepotong e-mel mengingatkan mereka tentang perbualan yang lepas. Mengekalkan hubungan baik dengan individu ini; tuan tidak tahu sekiranya hubungan yang terjalin ini mungkin membawa manfaat kepada tuan pada masa hadapan!
Terdapat pelbagai aktiviti team building menarik yang dapat menajamkan kemahiran membuat networking dengan pantas antaranya adalah:
- Aktiviti permainan bingo manusia dimana tuan perlu mencari seseorang yang mempunyai persamaan kriteria di atas papan permainan.
- Pemberat dan Tali pelabuh yang berkunci dan dilekatkan kunci, dan tuan mesti mendapatkan individu yang mempunyai kunci tersebut untuk membukanya.
- Kepingan permainan papan puzzle, dimana tuan perlu menyusun semula dan lengkapkan bersama peserta-peserta lain.
