Peranan seorang pemimpin adalah peranan yang paling penting dalam kumpulan. Kecekapan seseorang pemimpin dapat membawa kesan besar kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu pasukan secara menyeluruh, sementara gaya kepimpinan tidak semestinya menjamin kejayaan sesebuah kumpulan, salah satu fungsi paling penting kepimpinan adalah bagi memastikan saluran komunikasi yang jelas di antara semua ahli pasukan.
Terdapat beberapa pendekatan kepimpinan yang berbeza. Gaya kepimpinan sentiasa berkembang, dan tedapat banyak perdebatan mengenai gaya kepimpinan manakah yang paling berkesan. Selalunyai ianya seiring dengan persekitaran dan suasanan tertentu, tetapi terdapat beberapa corak sama yang di mana diamalkan oleh semua gaya kepimpinan.
Gaya kepimpinan yang sering kali dibayangkan oleh kebanyakkan orang adalah dimana satu orang berada dalam posisi kekuasaan ke atas semua ahli pasukan mereka, dan mempunyai kuasa penuh ke atas mereka. Gaya kepimpinan ini dinamakan sebagai Average Leadership Style atau ALS.1 Ianya memerlukan pemimpin tersebut mampu untuk berkomunikasi secara adil bersama semua ahli pasukan dan melayan mereka semua samarata. Pada inilah masanya “kesamarataan” melalui ALS memainkan peranan. Salah satu mana-mana dari ahli pasukan sepatutnya dilantik bagi mewakili ahli pasukan yang lain, melalui komunikasi dan tanggungjawab yang samarata. Walaupun corak gaya kepimpinan ini boleh menjadi sangat berkesan apabila bekerja dalam kumpulan yang kecil, tetapi apabila di aplikasikan kepada pasukan yang lebih besar atau syarikat secara keseluruhannya, ia dapat menjadi sesuatu yang agak mencabar.
ALS adalah gaya kepimpinan yang dimana fokus utamanya adalah pada kepimpinan itu sendiri, tindakan mereka, dan keperluannya di dalam pasukan yang dinamik. Kebanyakkan gaya kepimpinan yang lebih moden sudah semakin beralih daripada gaya dinamik ini dan mengfokuskan samada melalui tindakan atau keperluan ahli pasukan, atau berdasarkan hubungan di antara pemimpin dan ahli pasukan.
Pertukaran Ahli Kepimpinan atau bahasa inggerisnya Leader Member Exchange (LMX) adalah salah satu alternatif gaya kepimpinan. Seperti yang tuan sudah dapat bayangkan melalui pilihan namanya, fokus LMX adalah pada hubungan di antara pemimpin dan ahlinya.2 Hubungan di antara kedua-dua pihak melalui model LMX adalah unik daripada satu individu ke satu individu, berbeza daripada kesamarataan kumpulan besar secara menyeluruh seperti di dalam ALS. Sekali lagi, gaya kemimpinan ini menjadi lebih kompleks bagi pasukan yang lebih besar, dan sentiasa memerlukan langkah perantaraan berbanding seorang pemimpin sahaja yang bertanggungjawab bagi hubungan kompleks dengan syarikat secara keseluruhannya.

Sekiranya tuan masih ingat lagi tentang artikel kami mengenai dinamik pasukan dimana kami telah berbincang tentang perbezaan susunan kumpulan, dan perbezaan ini perlu disesuaikan dengan kepelbagaian kumpulan dinamik. Kumpulan yang berfungsi melalui saling kebergantungan, dimana semua ahli kumpulan bergantung antara satu sama lain secara sama rata, akan lebih dapat dimanfaatkan melalui kaedah LMX berbanding kaedah ALS.
Melangkah lebih jauh lagi daripada kaedah kempimpinan tradisional, kita akan mempelajari tentang Teori Kepimpinan Kompleks atau bahasa inggerisnya Complex Leadership Theory (CLT). Sementara kebanyakkan teori menfokuskan mengenai tindakan dan hubungan pemimpin melalui individu, CLT lebih menekan berat tentang dinamik sesebuah kepimpinan3. Berbanding hanya mengfokuskan pada hierarki kepimpinan, seperti struktur pengurusan yang diperkenalkan dalam tempat kerja, ia lebih fokus kepada kepimpinan setempat yang sudah wujud secara semula jadi dalam organisasi.
Gaya kepimpinan seperti ini menjadi sangat diperlukan terutamanya apabila menangani tempoh perubahan. Kemampuan untuk mengadaptasikan diri dan memberi bantuan pada orang lain untuk menyesuaikan diri merupakan perbezaan ketara seorang pemimpin yang dapat diperhatikan melalui CLT. “Cabaran adaptif adalah masalah yang memerlukan pembelajaran baru, inovasi, pola tingkah laku yang baru. Terdapat pelbagai jenis masalah teknikal, yang dimana dapat diselesaikan melalui ilmu pengatahuan dan prosedur yang sudah sedia ada.”3 Ahli-ahli kumpulan yang mampu untuk bertindak balas dengan cepat kepada perubahan dan membantu orang lain mencerminkan gaya kepimpinan semula jadi ini yang tidak dapat ditangani oleh pengurusan yang bersifat hierarki, dan oleh itu tidak dapat ditengahkan melalui teori kepimpinan yang lain.
Tidak kira apa jenis gaya kepimpinan yang sedang diamalkan, kemampuan untuk menambahbaik komunikasi adalah bahagian penting dalam kepimpinan. Melalui ALS, adalah penting untuk semua ahli pasukan menerima hala tuju yang jelas melalui corong saluran komunikasi yang sama. Melalui LMX, hubungan di antara pemimpin dan ahli pasukan bergantung pada pertukaran maklumat dan kerjasama yang jelas di antara pelbagai pihak. CLT menjelaskan bahawa kepimpinan berkembang dan berjuang dalam situasi yang paling diperlukan dimana saluran komunikasi adalah sangat jelas dan ahli pasukan mampu untuk membantu diantara satu sama lain.
Persoalannya sekarang adalah, apakah faktor yang dapat memampankan sesuatu saluran komunikasi? Adakah ianya hanya berkisar tentang hubungan interpersonal dan keupayaan mereka menangani emosi? Adakah, akhirnya ia dapat menjadikan pasukan lebih bekerjasama? Teruskan membaca untuk posting terakhir dalam siri ini, dan pelajari bagaimana team building yang berkesan dapat menambahbaik aspek utama kerjasama berpasukan ini.