Kunci Kearah Program Pembangunan Kepimpinan Yang Berkesan | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Pekerja merupakan barisan hadapan syarikat tuan. Pemahaman mengenai keinginan dan keperluan mereka akan dapat bantu mendorong pembangunan diri mereka menjadi aset yang penting kepada organisasi tuan. Menurut Jeff Fermin, seorang usahawan dan penyumbang untuk Huffington Post, 83% pekerja merasakan yang mereka tidak mempunyai jenama pekerjaan yang menarik.

Oleh itu bagaimanakah kita dapat menaikkan keterikatan kerja (employee engagement)?

Kami berjaya mencapai ini dengan mendahulukan pekerja kami.

Langkah pertama untuk lebih penglibatan bersama pekerja tuan adalah melalui komunikasi terbuka bersama pengurusan dan pekerja tuan. Dengan mewujudkan persekitaran sebegini, tuan dapat melahirkan kepimpinan dalam organisasi tuan. Menurut John Hall, salah satu penyumbang kepada portal Forbes:

 “Semakin tuan menaikkan penjenamaan mereka, tuan akan melihat kredibiliti syarikat tuan naik dengan mendadak. Pelaburan dalam jenama pekerja tuan adalah sama penting seperti penjenamaan menyeluruh syarikat tuan.”

keterikatan pekerja dalam organisasi syarikat kepimpinan

Selepas mengenalpasti keperluan dan harapan pekerja tuan, anjurkan bengkel latihan atau sediakan latihan bekisarkan keperluan dan harapan mereka. Bahagikan pekerja tuan kepada pasukan kecil yang ditugaskan untuk bekerja untuk memikirkan solusi tentang bagaimana mereka dapat melengkapkan tugasan mereka dalam organisasi tuan dengan lebih lancar. Pekerja yang merasa dihargai oleh majikan mereka 93% lebih cenderung untuk kekal bermotivasi untuk melakukan tugasan mereka dengan cemerlang hasil kajiant kertas kerja Program Psikologi Sihat di Tempat Kerja, kajian di tempat kerja daripada “American Psychology Association Harrison Interactive”

Apakah beberapa kaedah yang tuan berjaya gunakan untuk memastikan pekerja mengekalkan keterikatan kerja (engaged) yang tinggi?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA