Menaikkan Produktiviti di Tempat Kerja Melalui Kepimpinan | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Menjadi seorang pemimpin yang cekap:

Beri perhatian! Sikap cepat berpuas hati memberi keda kepada penurunan inovasi, ketirisan kepercayaan dan kesetiaan dalam organisasi tuan. Adakah tuan seorang yang mendorong perubahan? Adakah tuan seorang yang memberi penghargaan kepada kegagalan? Adakah kadar pusingan pekerja tuan sedang meningkat? Adakah tuan membuat keputusan berdasarkan intuisi atau berasaskan fakta maklumat? Atau, sekadar untuk melegakan kebimbangan yang sementara?

Apabila sikap cepat berpuas hati menjadi sesuatu yang lazim, insentif baru kebiasaanya tidak dapat menjadi tunjang yan kuat dan persaingan tidak dapat dipantau dengan kesedaran. Pengurusan yang baik dapat membantu tuan mengenal pasti cabaran dan perubahan perancangan; namun begitu, kepimpinan yang kuat adalah kunci penting untuk meransang deria tekanan dan membina pendekatan holistik bagi memupuk produktiviti kerja.

Perubahan pengurusan sahaja tidak cukup untuk berdepan dengan tekanan persaingan yang sekarang memerlukan kercepatan, dan respon yang lebih berani. Perubahan pengurusan kebiasaanya memacu perubahan kecil, sementara perubahan kepimpinan adalah idea yang patut dipertimbangkan untuk berdepan dengan risiko baru.

Keseimbangan adalah sangat penting. Dalam masa yang sama pihak pengurusan menyusun perkerja dan usaha untuk mencapai matlamat secara efektif dan cekap, pemimpin perlu mempersiapkan enjin sokongan pada setiap bahagian proses dan mendorong pasukan supaya berjuang kearah perubahan. Pengurus tahu apa yang berkesan, sementara pemimpin didorong oleh kebaikan,meskipun idea mereka belum terbukti lagi.

Pertukaran Pengurusan:

  • Proses perubahan sentiasa berada dalam kawalan.
  • Keseluruhan projek dibangunkan mengikut perancangan budget.
  • Perubahan matlamat melalui skala kecil.
  • Melakukan perubahan bagi menjamin kepentingan pemengang saham.
  • Perubahan dalam kumpulan pengurusan dalam organisasi tuan.
  • Visi penstukturan telah dirancang rapi dan disegerakan.

Pertukaran kepimpinan:

  • Visi organisasi pada masa hadapan di jelaskan dengan terperinci.
  • Mengoptimumkan manfaat setiap sumber.
  • Perubahan matlamat dalam skala besar.
  • Pemimpin organisasi memberi inspirasi kepada pemegang saham supaya percaya pada perubahan.
  • Pemimpin dalam organisasi tuan sedang memacu perubahan.
  •  Visi perubahan adalah mendesak dan menyumbang inspirasi pada tindakan spekulatif.

Isu berkaitan produktiviti di tempat kerja timbul apabila organisasi tuan tidak mempunyai keseimbangan yang mampan diantara pengurusan dan kepimpinan. Lakukan lebih banyak penilaian termasuklah dari segi perubahan kepimpinan, kemahiran pengurusan yang pincang dari segi kualiti kepimpinan. Organisasi kemudiannya dapat mengambil langkah penstrukturan semula pasukan yang dilihat kurang berdaya saing.

Bagi membangunkan dan menarik lebih ramai kepimpinan, galakkan dan beri penekanan pada:

  • Ketulusan
  • Berkongsi kejayaan
  • Seorang mentor
  • Bervisi
  • Bersemangat dan optimistik
  • Minat
  • Ketegasan
  • Karakter seorang juara

Seorang Pemimpin dan pengurus yang hebat mempu mendengar dengan teliti, bersifat ingin tahu, menguruskan percakapan mereka sendiri, dan mengambil tangungjawab akantabiliti bagi memacu kejayaan bisnes. Matlamat akhir sebenarnya sama – hanya pendekatan sahaja yang mungkin berbeza. Bagi mengekalkan keseimbangan yang harmoni:

  • Memastikan kesedaran pekerja pada tahap paling optimal.
  • Memupuk akauntabiliti dan pemberdayaan.
  • Mengispirasi, bukan mengawal.

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA