5 Klip Disney Yang Menonjolkan Kualiti Kepimpinan | Team Building

Team Building Malaysia @ Cherating Lagoona Villa Resort

Jika tuan fikirkan semula, tayangan Disney sebenarnya banyak mengajar kita tentang nilai pembelajaran berharga mengenai kuasa dorongan, semangat kerjasama dan membangunkan kemahiran untuk memimpin.

Banyak kualiti-kualiti ini sebenarnya amat penting khususnya pada kanak-kanak kecil, yang sebenarkan banyak menonjolkan kualiti penting darisegi aspek nilai kepimpinan dan pasukan yang sukses.

5 klip tayangan Disney yang menonjolkan kualiti dan ciri-ciri kepimpinan

1. Cinderella – Klip Video Menyiapkan Pakaian

Dalam klip video ini, anak-anak buah Cinderella berganding bahu untuk menceriakan beliau setelah beliau selesai melakukan kerja berat. Melalui kerjasama dalam pasukan mereka berjaya menyiapkan pakaian yang cantik bagi membolehkan Cinderella menghadiri majlis tarian supaya dapat bertemu dengan putera raja. Oleh kerana sifat Cinderella yang baik hati dan seorang yang sentiasa mengambil berat, pasukan beliau sanggup bersusah payah untuknya semata-mata mahu melihat beliau gembira.

Di tempat kerja, jika tuan menyedari salah seorang rakan kerja tuan sedang kemurungan atau nampak kepenatan, mungkin pertimbangkan untuk menyatukan kesemua rakan sekerja dalam pejabat untuk bantu menceriakan semula suasana. Ini bukanlah bermaksud tuan harus membuat sesuatu yang luar biasa atau mengangumkan seperti pemberian pakaian sepeti Cinderella, tetapi pemberian saguhati kecil seperti bar coklat atau sepotong e-mel yang memotivasikan sudah cukup dan memadai.

2. Mulan –I’ll Make a Man out of You”- (“Saya akan jadikan kamu seorang pemimpin”)

Jika ada orang memerlukan kata-kata motivasi-Saya akan memberitahu tuan ini adalah bahan pertama saya akan berikan.

Lagu “I’ll Make a Man Out of You” mendemonstrasikan satu figura kepimpinan yang cekap. Kapten kepada sepasukan tentera imperial, Tuan Li Shang, memberi penekanan pada nilai penyatuan dalam pasukan beliau yang ketika itu masih rapuh. Seperti yang tuan sedar pada awal klip video, ahli-ahli yang baru direkrut memunyai perselisihan dan tidak mempunyai kesefahaman yang kukuh antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, terima kasih pada kecekapan kepimpinan Tuan Shang, beliau akhirnya berjaya membina sebuah pasukan yang terlatih dan memiliki sikap persaudaraan.

Jika tuan merasakan bahawa suasana di dalam pejabat tuan seperti agak sedikit renggang, jadilah seorang pemimpin seperti Tuan Shang dan cari solusi bagaimana hendak menyatupadukan semula pepecahan tersebut. Program team building adalah kaedah terbaik untuk membina, mengekalkan atau memperbaiki hubungan.

3. The Lion King – Rafiki, Simba & Mufasa

Rafiki adalah salah satu mentor Disney yang paling hebat. Sungguh. Beliau sentiasa meminta padangan dengan mengunakan soalan yang betul. Bukan itu sahaja, beliau juga mampu memimpin Simba dalam misi pencarian bapa beliau dan menjawab segala persoalan-persoalan yang bermain dalam sanubari Simba.

4. Toy Story 2 – Melintas Jalan Raya

Kadangkala ianya memerlukan sedikit stratergi, kretiviti, dan kepimpinan yang berpengaruh untuk bergerak dari satu titik kepada titik yang seterusnya, samada semudah situasi melintas jalan raya atau mentransformasikan satu aspek dalam syarikat tuan.

Dalam kip video ini, Buzz memikul peranan sebagai pemimpin ketika beliau memberi arahan kepada rakan beliau dalam usaha melintas jalan raya yang sibuk. Sekiranya tuan mengambil alih tugasan Buzz, pastikan tuan tidak meninggalkan sebarang malapetaka sepanjang laluan tuan.

5. Remember the Titans

Remember The Titans benar-benar merupakan sebuah movie team building yang “quintessential”, itu pun jika masih wujud movie seperti ini lagi. Ini kerana terdapat hanya sebilangan kecil sahaja movie seperti ini yang menonjolkan aspek keimpinan. Tuan perlu tengok (dan tengok berulang kali) bagi mendapat gambaran jelas mengenai keseluruhan cerita untuk memahami transformasi lengkap yang dilakukan oleh pasukan bola sepak sekolah menengah tinggi ini pada awal tahun 70 an.

Jika tuan merasakan pasukan tuan perlu sentiasa diingatkan untuk terus menghadapi halangan dan cabaran dan maju menuju kejayaan, ingatkan mereka kembali pada rancangan Remember the Titan sebagai “ulangkaji”. Movie ini akan mendorong semua orang tentang bertapa hebatnya apa yang boleh dicapai melalui berpasukan.

Dapatkah tuan memikirkan apa-apa movie yang menonjolkan karekter kepimpinan yang perlu untuk kami masukkannya dalam senarai di atas?

You cannot copy content of this page. This content is protected by DMCA